24 October 2009

Lagu Rasuah berkumandang lagi..

tiada istilah tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima....dalam rasuah


Penghapusan Rasuah secara menyeluruh di dalam Bajet 2010. Kerajaan akan menggubal Akta 'whistle blower' atau Akta Pemberi Maklumat bagi menggalakkan pemberi maklumat lebih berani tampil memberi maklumat berkaitan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Rasanya Kerajaan negeri Pulau Pinang telah pun melaksanakan tindakan seperti ini. Walaupun ia bukan berbentuk akta tetapi berbentu skim, yang memberi anugerah atau ganjaran. Konsepnya tetap sama, iaitu mereka yang berperanan sebagai penyalur maklumat terhadap penyalahguanaan kuasa dan rasuah sesuatu indivudu atau organisasi. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini telah melaksanakan kempen anti rasuah pentadbiran dalam kerajaannya dengan menawarkan RM10,000 kepada mana-mana yang bersedia dan mampu memberikan maklumat mengenai kegiatan rasuah di negeri itu.

Najib berkata akta yang digubal ini, antara pelaksanaannya adalah dengan menubuhkan 14 buah lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat buah Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah. Katanya lagi, hanya terdapat dua buah mahkamah khas tersebut di ibu negara dan dua lagi di Shah Alam, Selangor. Saya tak pastilah ada berapa banyak lagi mahkamah yang kerejaan hendak tubuh di Malaysia ni. Dan saya juga tak pasti samada Najib tahu atau sedar yang kebanjiran mahkamah di Malaysia ini hanya mengusutkan lagi keadaan. Masing-masing akan menolak kes, itu bukan kuasa mahkamah ini, ini bukan kuasa mahkamah itu..dan lain-lain. Masalah masih tak setel-setel.

Persoalan, adakah benar segala masalah penyalahgunaan kuasa atau rasuah berpunca dari kurangnya mahkmah. Atau ianya berpunca dari ketelusan badan-badan penyiasat yang berperanan membasmi rasuah? Mengapa baru hari ini SPRM mahu di pulihkan kembali imejnya setelah sekarang ini wajah sudah memang tidak boleh di pulihkan? Jika Najib kata kerejaan akan mengadakan persidangan memerangi rasuah peringkat antarabangsa, kempen kesedaran melalui media massa dan menjalin hubungan baik dengan masyarakat, dalam usahanya membasmi rasuah. Saya nak kata, siapa sebenarnya yang banyak terlibat, dan banyak memberi kesan buruk pada negara kalau ianya bukan kepada para pemimpin negara. Mahu buat persidangan dan kempen untuk rakyat, tetapi masa sama pemimpin sendiri yang rasuah. Perompak yang meminta pencuri menjaga barang.

Sesungguhnya kerajaan 1 Malaysia Najib tidak ikhlas membentras rasuah. Sebabnya, dahulu dalam pembentangan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA), telah dikatanya antara agendannya adalah untuk membasmi rasuah. Hari ini Indeks Rasuah Negara meningkat dengan rangking Malaysia berada di tangga ke 47 di anatar negara-negara dunia. Pemimpin-pemimpin yang dilantik untuk menjadi wakil rakyat atau menjadi wakil di dalam sesuatu organisasi kebangsaan juga di kalangan mereka yang telah terbukti melakukan kesalahan rasuah. Dan dalam bajet 2010 ini berbunyi kembali lagu rasuah. Kononnya bertujuan untuk meningkatkan lagi keyakinan dan persepsi masyarakat dalam membanteras rasuah. Keyakinan rakyat bukan keyakinan para pemimpin rakyat. Seolah rakyat bodoh untuk menentukan yang haram itu haram, yang halal itu halal. Sebenarnya pemimpin-pemimpin kerajaan yang terdiri dari puak-puak UMNO ini yang harus di sedarkan dan diyakinkan kembali dalam diri mereka tentang besarnya dosa rasuah ini.

Mereka yang memikul amanah, hampir sebelah kakinya berada di dalam neraka. Jika amanah tersebut tidak di jalankan dengan baik, maka bersedialah untuk dipersoalkan. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang menjadi pemimpin. Kalaulah pemimpin-pemimpin UMNO ni tahu atau tidak jahil, sudah tentu lama sudah rasuah ini di benteras. Tetapi mereka tetap beramal dengan rasuah, walaupun kata di mulut lain buat di tangan lain. Dan maaf saya katanya inilah mereka yang kata Allah dan Rasul antara ciri-ciri orang yang Munafiq. Wallhua'lam.


No comments: