17 October 2009

Renungan: Ramalan gajet 2010



Apakah gajet atau teknologi yang dijangka meraih perhatian dunia pada tahun depan?


TELEFON 4G dikatakan mempunyai keupayaan menghantar dan menerima data pada kelajuan yang belum pernah dirasai sebelum ini. Ia dikatakan mampu mencapai kelajuan lebih daripada 10Mbps dengan purata kelajuan di antara 3 hingga 6Mbps.


SYARIKAT yang berteraskan teknologi hari ini tidak boleh lagi bergantung kepada kejayaan semalam. Pilihan yang ada cuma dua, sama ada tenggelam atau meneruskan renangan dalam dunia teknologi yang bergerak pantas. Produk baru untuk tahun baru harus sentiasa dititikberatkan.


Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum kita memasuki tahun 2010. Ada antara teknologi yang sedang dibangunkan diharap dapat dipasarkan sebelum penghujung 2010. Ambil contoh teknologi kamera digital pintar yang sedang dibangunkan oleh Hewlett-Packard. Ia dikatakan mampu membuat terjemahan imej yang diambil kepada beberapa bahasa.


Telefon Motorola


Ciri ini amat berguna untuk mereka yang sering ke luar negara. Jika bahasa yang digunakan pada papan tanda jalan tidak difahami, anda cuma perlu menghalakan lensa kamera ke arah papan tanda tersebut dan menekan butang alih bahasa. Kemudian kamera tersebut akan memberitahu mesej yang tertulis kepada bahasa yang kita fahami.


Telefon bimbit yang bukan sekadar berfungsi sebagai telefon sahaja diramal akan semakin bertambah menjelang 2010. Motorola dilapor bakal mengeluarkan telefon bimbit yang mampu memberikan pengalaman seumpama teater rumah dengan sistem bunyi surround. Telefon tersebut dikatakan mampu memuat turun video berdefinisi tinggi. Selain dilengkapi dengan projektor mikro membolehkan tayangan filem dipaparkan pada permukaan rata.


Sungguhpun ramai yang mungkin mempersoalkan yang komputer riba dengan dua skrin LCD tidak begitu praktikal, namun tidak dapat dinafikan kekemasan dan reka bentuk komputer riba Canova dari V12 Designs. Meskipun komputer riba dengan ciri skrin sentuhan sudah terdapat di pasaran, tetapi komputer riba dwiskrin dengan fungsi skrin sesentuh pastinya akan menjadi peneraju gajet masa hadapan.


KOMPUTER riba dengan dua skrin LCD yang dibangunkan oleh Valerio Cometti.


V12 Designs merupakan sebuah firma reka bentuk industri Itali dan diasaskan oleh Valerio Cometti yang dilapor sedang membangunkan komputer riba dwiskrin sejak empat tahun yang lalu. Rekaan itu dikatakan menyokong input pelbagai sentuhan dan perisian papan kekunci, membolehkan papan kekunci dipaparkan pada skrin. Cometti kini sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat untuk bersama-sama membangunkan dan sekali gus memasarkan komputer riba tersebut.


Khabar angin berkisar tentang Projek Microsoft Pink telah tersebar luas di Internet dan dikatakan bakal muncul sekitar 2010. Ia didakwa sebagai kod nama untuk telefon Zune yang dipercayai bakal memasuki pasaran penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan. Telefon yang bakal membawa jenama Microsoft dan bercirikan perkhidmatan telefon bimbit premium itu seperti kedai video Zune serta menawarkan langganan dan jualan muzik. Malah, telefon itu juga mempunyai ciri sentuhan skrin untuk menjadi pesaing iPhone.


Microsoft 2010


Telefon generasi keempat (4G) pula dijangka menemui pengguna bagi menggantikan telefon 3G yang telah berada di pasaran sejak beberapa tahun lalu. Telefon 4G dikatakan mempunyai keupayaan menghantar dan menerima data pada kelajuan yang belum pernah dirasai sebelum ini. Ia dikatakan mampu mencapai kelajuan lebih daripada 10Mbps dengan purata kelajuan di antara 3 hingga 6Mbps.


Perisian Microsoft Office juga dijangka bakal memperkenalkan pengganti Office 2007 pada tahun hadapan, Microsoft 2010. Menurut Microsoft, ciri tambahan yang terdapat pada aplikasi pejabat terbaru itu adalah untuk membolehkan tugasan dibuat dengan lebih efisen. Ia menggunakan aplikasi web yang membolehkan tugasan boleh diakses di mana-mana selain untuk membuat gabungan kerja menjadi lebih mudah.


Lebih menarik lagi, Office 2010 juga bakal diperkenalkan seiring dengan versi online untuk aplikasi Word, Excel, PowerPoint dan OneNote. Ia juga sesuai digunakan dengan pelayar web Internet Explorer, Firefox dan Safari, menjadikannya boleh digunakan dari mana-mana komputer yang mempunyai capaian Internet.


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Alexander Graham Bell 1847-1922

Komentar:


Kemajuan semakin hari semakin membangun canggih, kepintaran manusia mencipta pelbagai gajet yang melangkau pemikiran manusia yang berfikir secara logik membuat kita kagum dan berhajat untuk memilikinya. Saya berfikir, kalaulah Alexander Graham Bell hidup lagi ketika ini, melihatkan teknologi telefon mudah alih yang begitu canggih, sudah pasti sakit jantung dibuatnya dia.


Emm, mungkin persoalan yang kita boleh berfikir bersama, kalaulah ada gajet atau teknologi canggih yang mampu mengatasi segala masalah sosial manusia dengan kefasadan yang berlaku hari ini, dengan jenayahnya, kerosakan alam dan harta benda dan macam-macam lagi..sudah tentu aman damai dunia ini. Peliknya teknologi canggih sebegini pula yang menjadi pembantu kepada berlakunya masalah-masalah ini.


Maklumat di atas hanyalah sampingan dan sebagai maklumat tambahan bagi kita, kerana apa yang paling penting di sebalik apa yang tersirat yang boleh kita jadikan pengajran. Kerana kemajuan sains dan teknologi telah memberikan kemudahan-kemudahan dan kesejahteraan bagi kita sekaligus merupakan sarana bagi kesempurnaan manusia sebagai hamba Allah dan khalifahNya. Allah telah mengurniakan anugerah kenikmatan kepada manusia yang bersifat saling melengkapi iaitu dengan anugerah agama dan kenikmatan sains teknologi. Hanya mereka yang cerdik dan berilmu pengetahuan mampu menilai sejauh mana falsafah teknologi yang rata-ratanya dari Barat dapat di kembangkan mengikut acuan yang terdapat di dalam Al-Quran. That's the point.

“Telah kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi utk kamu guna memelihara diri dalam peperanganmu.".Al-Anbiya' 80

Al-Quran sejak berkurun-kurun penurunannya telah pun memberitahu Islam tidak menolak teknologi. Teknologi sangat di perlukan dan digalkkan untuk diperluas, oleh sebab itu lahirnya ramai cendikiawan dan sarjana-sarjana Islam pada abad ke 7 dan selepas-selepas itu untuk memperluaskan lagi ilmu pengetahuan berlandasankan wahyu Al-Quran dan Hadith sehingga mereka diiktiraf Barat.


Namun seiring dgn upaya meningkatkan ilmu pengetahuan dan teknologi, kita harus bijak menentukan pilihan. Untuk apakah semua kemajuan itu? Adakah sekadar menuruti keinginan-keinginan hawa nafsu lalu tenggelam dalam kemewahan dunia hingga melupakan akhirat dan menjadi pengikut-pengikut syaitan? Atau pun semua ilmu dan kemajuan itu dicari dan di manfaatkan bagi menegakkan syiar Islam dengan memakmurkan bumi dan menegakkan keadilan seperti yg dikehendaki Allah atau bagi meluruskan kehidupan manusia berlandaskan pada kaedah sebagai seorang Muslim yang mukmin?


Persoalan ini yang harus di jawab..Namun sebagai umat Islam kita harus selalu optimis dan tetap bersyukur kepada Allah SWT. Kerana walaupun perubahan sosial dan nilai kehidupan hari ini dibawa oleh arus modernisasi westernisasi dan sekularisasi terus-menerus menyerang masyarakat Islam, kita harus teguh dan tetap pada jalan yang satu.Jalan Islam. Wallahualam.


Nasihat untuk diri..teruskan memblog..;p


No comments: