27 June 2010

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali


Sebagai peringatan kepada kita semua. Semua yang hidup, pasti akan mati.
Yang kekal hanya Allah S.W.T sahaja..Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.

3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4. Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur'an


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:


1) Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

2) Zuhor: Tidak diberikan berkah dalam rezekinya

3) Asar: Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan

4) Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

5) Isyak: Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya




26 June 2010

UMNO tak nak buat Dewan Ulama UMNO?

Mungkin selepas ni kita akan lihat mereka bertudung sempurna..(Gambar hiasan)


40 Ulama sertai UMNO (sumber)


Mungkin selepas ini UMNO boleh menubuhkan Dewan Ulama UMNO atau apa-apa sahaja Jabatan atau Biro yang mungkin dapat mengangkat status Ulama di dalam UMNO.


Kemasukan ulama muda kedalam UMNO bukanlah sesuatu perkara yang baru kerana semasa di zaman Tuanku Abd Rahman lagi memang sudah ada ulama di dalam UMNO.


Saya berpandangan biarlah ulama di dalam UMNO juga di beri kuasa dan suara untuk mengubah UMNO terutamanya yang berkaitan dengan perlembagaan dan dasar UMNO.


Apa yang di maklumkan di dalam berita hari ini, kemasukan ulama muda ini hanyalah untuk mengubah atau berdakwah di dalam ruang lingkup keagamaan dan kerohanian. Ini suatu yang malang andai peranan ulama muda yang masuk UMNO ini, lebih-lebih lagi mereka berkelulusan tinggi dari luar nagara hanya berperanan di dalam ruang lingkup kerohanian semata-mata.


Andai perkara ini dipersetujui didalam perjanjian antara pemimpin UMNO dan ulama muda ini, maka inilah petanda awal Sekularime yang bakal di terima oleh ulama muda ini.


Saya mengambil contoh andai di dalam perlembagaan UMNO itu sendiri terdapat dasar yang bertentangan dengan agama, maka apakah ulama muda ini dapat mengubahnya?Yang mana kah agak-agaknya pemimpin UMNO ini akan ikut dahulu? Perlembagaan atau ulama?.Jika dahulu semasa Tuanku Abd Rahman pernah mencadangkan di wujudkan loteri kebajikan, maka ramai ulama dalam UMNO bangkit menentang, namun bantahan mereka tidak dilayan dan mereka keluar dari UMNO selepas itu. Itu dahulu yang boleh di katakan UMNO masih agak 'bersih' berbanding sekarang, rasuah di kalangan pemimpin mereka, keruntuhan akhlak dan ada yang juga yang mencabar hukum tuhan.


Saya berpandangan biarlah ulama yang masuk UMNO ini di beri 'kuasa' di dalam politik, menjadi sebahagian di antara penentu atau penggubal dasar atau perlembagaan dalam UMNO seperti mana yang dilakukan PAS di dalam dewan Ulamanya. Andai UMNO benar-benar mahu berubah.


Andai alasan pemimpin mereka untuk membawa ulama muda ke dalam UMNO semata-mata untuk membalas balik hujah pembangkang, maka inilah agama yang di politikkan dan UMNO sendiri tidak akan kemana-mana.


Just wait and see..



Lesen Judi Bola Tidak Di Keluarkan


Lesen Judi Bola tidak di keluarkan. (Sumber)


Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah pada kerajaan atas keputusan yang dibuat untuk menarik balik lesen judi bola. Setelah mendapat pelbagai tentangan desakan dari pihak yang membangkangnya akhirnya kerajaan terpaksa akur.

Petanda apakah ini?

Sesungguhnya yang benar itu tetap benar, dan yang salah itu juga tetap salah. Walaupun sepatutnya kerajaan tahu yang judi itu haram dan salah di sisi Islam.

Langsai satu hutang..ada banyak lagi hutang yang masih belum di lunaskan. Hutang BERSIH, ISA, PROTES, Royalti Minyak dan lain-lain. Jika judi bola kerajaan mampu berlapang dada dan mengambil pandangan masyarakat, begitu juga ISA, BERSIH, minyak dan lain-lain..

Yang 'Halal Besar' telah di Haramkan..bila lagi yang 'Halal kecil' nak di Haramkan pula..Sport Toto, Magnum, Kedai Jual Arak, Kelab Malam dll..

p/s : atau apakah ianya petanda yang PRU yang hampir tiba..masing-masing sibuk membersih nama..

25 June 2010

Pemimpin sekular kini sudah pandai cakap JI, Wahabi etc.


Isu Wahabi ini tidak akan habis sampai kiamat..dahulu kebanyakan isu ini di mainkan oleh orang-orang awam dan kebanyakan ustaz. Kini nampaknya para pemimpin sekular di Malaysia telah mula pandai bercakap tentang isu ini, wahabi dan Jemaah Islamiyah yang kini menutup segala isu maksiat pemimpin kerajaan yang dilakukan sebelumnya. 

Semuanya akan berbalik kepada umat Islam itu sendiri-Untung dan Ruginya kita. Apa yang kita dapat jika kebanyakannya hanyalah berbentuk serangan kepada individu bukannya penerangan terhadap isu ini.

Malangnya apabila pemimpin yang dilihat alim tentang isu ini mula menjajanya merata-rata tempat. Fakta atau bukti yang konkrit masih samar, sedangkan hukum maksiat yang telah terang dan jelas itu tidak pula di hiraukan. Apatah lagi apabila kelihatan tiada ustaz mahupun alim ulama yang menerang apatah lagi menegur.

Apakah agaknya gambaran orang bukan Islam tentang JI mahupun wahabi ini? Tahukah mereka apa itu JI selain sebuah pertubuhan pengganas. Wahabi pula? samakah dengan JI? Atau adakah isu ini ekslusif untuk orang Islam sahaja? kerana kita sahaja yang faham. Orang bukan Islam hanya terganga melihat banyak orang Islam dan ustaz-ustaz bercerita tentang isu ini, lebih-lebih lagi ada pula yang dok menunding sana, menunding sini.

Ya, setiap orang ada hak untuk bersuara, ada hak menyatakan sesuatu pandangan dan pendapat. Namun kebanyakan suara pemimpin itulah yang lebih jelas kedengaran oleh rakyat lebih-lebih lagi di dalam negara Malaysia yang berbilang kaum. Lebih-lebih lagi isu berkaitan tentang agama. Lagi-lagi perkara yang sensitif. 

Isu JI, Wahabi adalah isu agama, kebiasaannya dikatakan sensitif lebih-lebih lagi dikaitkan dengan penganas dan sebagainya. Tetapi jangan dilupa, isu murtad, arak, zina judi juga adalah isu agama. Jika isu JI dan Wahabi dilihat pada agama Islam, jangan di lupa isu murtad, judi, arak dan lain-lain juga bukan sahaja melibatkan agama Islam sahaja, agama lain turut terlibat.

Apakah ini maslahah ummah atau umat Islam sahaja? dan berapa peratus pula nisbah perbincangan antara kedua-duanya..?


Wallahualam. Sekadar berpandangan. 


Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam telah meletakkan panduan dan syarat berikut jika ingin mendakwa sesuatu itu sebagai maslahat -


1- Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
2- Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
3- Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
4- Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.



Dr.Asri, ulama yang bagaimana?


Dalam UMNO ramai Ulama..(click)

Ulama dalam UMNO bukan ulama yang pentingkan kuasa..

Ulama dalam UMNO tidak menunjuk-nunjuk diri mengatakan mereka ulama..

Ulama dalam UMNO, ulama yang mempunyai ilmu yang tinggi..

dan ulama UMNO, ulama yang bebas dari Wahabbi mahupun JI..


Dr.Asri rasanya termasuk ke dalam  semua ketegori-kategori di atas..


 

20 June 2010

100 ulama akan masuk UMNO..??



Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang, Ab Rauf berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan UMNO lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia.” (sumber).

Tak sabar rasanya nak lihat senarai 100 ulama yang akan menyertai UMNO nanti. Ada yang mewar-warkan antara ulama yang akan masuk UMNO antaranya adalah bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin, walaupun beliau sendiri tidak memutuskan perkara itu. 

Apa yang boleh kita lakukan adalah tunggu dan lihat. Saya berpandangan mungkin ada kebaikan apabila ada golongan ulama di dalam UMNO ini, memandangkan dahulu, UMNO juga di wakili oleh ramai para ulama semasa di zaman Tunku Abd Rahman. 

Persoalannya apakah penglibatan ulama ke dalam UMNO ini sekadar untuk menyakinkan orang Melayu terhadap UMNO ataupun kononnya mahu mengerunkan parti lawan seperti PAS bahawa UMNO juga mempunyai golongan ilmuan agama?.

Sejauhmanakah pula nanti bidang tugas ulama di dalam UMNO ini nanti? Adakah sebagai rujukan bagi segala tindakan pemimpin yang melaksanakan sesuatu dasar? ataupun adakah kewujudan mereka adalah sebagai 'alat' bagi meng'halal'kan segala dasar yang di putuskan kerajaan?..

Harapnya pemimpin UMNO lebih ikhlas menerima golongan Ulama ini, cadangan menarik golongan ulama ke dalam UMNO sebenarnya bukan lah suatu perkara yang baru. Ramai penganalisis politik, pemimpin parti termasuk parti lawannya dan orang awam sendiri telah menyatakan cadangan supaya UMNO membawa masuk golongan Ulama sebagai penasihat, penegur dan rujukan buat pemimpin mereka, memandangkan sudah terlalu banyak tindakan kerajaan dan pemimpin UMNO yang menyalahi agama dan moral, contohnya isu judi akhir-akhir ini.

Namun, janganlah pula nanti penglibtan ulama di dalam UMNO sekadar mahu menjaga kepentingan peribadi atau dasar parti semata-mata walaupun ianya bertentangan dengan prinsip agama. 


p/s: dulu ulama keluar UMNO sebab loteri kebajikan yang di cadangkan kerajaan..kini apakah ulama masuk UMNO  di sebabkan lesen judi bola yang di perkenalkan??


17 June 2010

MERKAVA




Merkava merupakan Kereta Kebal milik Israel yang dikatakan paling berkuasa telah di cipta oleh Israel dalam usaha mempertingkatkan lagi pertahanan ketenteraan mereka dalam peperangan. Ia tersenarai dalam TopTen Military Tank yang meletakkan kereta kebal Merkava ini ditangga ke-9.(sumber). Pengubahsuaian demi pengubahsuaian juga telah dilakukan terhadap kereta kebal Merkava ini terutamanya dari sudut keupayaan untuk menyerang (attacking) dan pertahanan (defensive)  (sumber).

Walaubagaimanapun, tujuan saya bukanlah mahu sangat mengagumi keupayaan teknologi Israel ini apatah lagi bila teknologi ini di gunakan untuk membunuh manusia tidak berdosa. Tetapi ianya untuk memberitahu bahawa setinggi mana pun IQ kaum yahudi ini membina senjata canggih, ia tetap akan tewas dengan semangat juang pejuang Islam yang mendapat bantuan terus dari Allah. 


Sepertimana pejuang Islam Hizbullah di Lubnan. Pada tahun 2006, Menteri Keamanan Publik Israel, Avi Dicter dan Meteri Pertahanan Israel Amir Peretz telah mendedahkan, pejuang Hizbullah telah menghancurkan kereta-kereta kebal Merkava.

Sepertimana pertempuran yang pernah berlaku di wilayah Lubanan, Kyiam dan Aita Syi'b selama 3hari, dimana sekitar 35 buah kereta kebal Merkava telah di gunakan. Namun dengan semangat juang oleh tentera Hizbullah dan pertolongan dari Allah mereka telah berjaya mengahncurkan 25 buah kereta kebal Merkava dengan menggunakan roket pelontar granade RPG-29 Vampir yang berhulu peledak. (info)


Kemusnahan kereta kebal Merkava menimbulkan tanda-tanya kepada Israel yang begitu yakin kereta kebal mereka begitu ampuh dan sukar di hancurkan, lebih-lebih lagi oleh senjata pejuang Hizbullah. Tersentak dengan kekalahan itu, Israel telah menggunakan helikopter pula untuk menyerang kota Kyiam, namun ia masih gagal. Akhirnya dengan kedua-dua bentuk serangan oleh Isreal terhadap wilanyah Lubnan itu Gagal dan di kalahkan oleh pejuang Hizbullah, sehingga hari ini tentera Israel masih tidak mampu menawan Lubnan hatta walayah kecil di sana sehingga pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah menyatakan dalam pidatonya yang terkenal,  “Israel lebih lemah dari sarang labah-labah”  .




Ya, sememangnya Israel adalah lemah. Namun persoalannya mengapa umat Islam masih tidak mampu bersatu menentang Israel yang lemah itu..Malangnya negara islam terutamnay negara-negara Arab pula menjadi tali barut membantu Israel. Kini tiada apa yang dapat kita harapkan dari negara-negara Arab dan negara Islam bagi membantu rakyat Palestin. Tetapi kuasa Allah memberikan petanda kepada kita bahawa hari ini bukan sebuah nagara yang akan membantu negara umat Islam yang ditindas, tetapi sebuah GERAKAN ISLAM/ PARTI ISLAM seperti Hizbullah, HAMAS dll yang menjadi front-line perjuangan membebaskan Palestin. IsyaALLAH.

Semoga PAS juga menjadi antara wakil gerakan Islam di Malaysia membantu perjuangan gerakan Islam lain di negara lain bagi membebaskan Palestin...InsyaAllah.

p/s: UMNO..Perkasa..?????


14 June 2010

Islam Mahathir.


"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu."

Saya quote ayat ini agar kita dapat berfikir dan menilai siapa dia pemimpin Sekular ini..

Agak-agaknya kalau Mahathir sambung kontrak sampai tua atau sampai mati atau renew kontrak lepas Najib jadi PM Malaysia , rasa-rasanya bagaimana perkembangan Islam di Malaysia..???

Jika sebelum ini Pak Lah membawa Islam Hadhari, mungkin secara kasarnya dilihat nampak 'Islamic'..walaupun implementasinya hanya kelihatan songkok di kepala..tapi kira ok lah..

Sekarang Najib Razak yang langsung tidak kelihatan 'Islamik'nya dalam pemerintahan beliau pula mungkin tidak jelas dari sudut pembawaan Islam dalam 1 Malaysia, walhal beliau sendiri pernah kata, 1 Malaysia itu mengikut sunnah nabi..

Tetapi zaman Mahathir sehinggalah sekarang, walaupun beliau telahpun menjadi mantan, bukan sahaja langsung tidak nampak pembawaan Islamnya namun yang  jelas adalah pembawaan sekularnya, lebih jelas lagi apabila melihat kata-kata berbaur sekular yang keluar dari mulutnya..cth:

"Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud." (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidangMajlis, Tertinggi Umno, 1994 (saya sudah post artikel : Bukti UMNO tolak Islam)

Beliau bukan tidak pernah terang-terang menghina hukum hudud, hina undang-undang Islam, beliau juga pernah menghina janggut nabi. Hari ini beliau sendiri tidak yakin yang Islam yang Allah turunkan tidak boleh di dokong atau dianuti oleh bukan Islam.

Ini bukan Islam Hadhari..Islam ciptaan yg mungkin kita boleh pertikaikan atau ragu-ragu penerimaannya oleh masyarakat. Tetapi ini Islam Hakiki yang PAS bawa,..tiada tambah atau kurang sedikit pun..agama yang datang direct dari Nabi s.a.w, seperti mana firman Allah

" Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada mu, dan aku redha Islam itu agama-Mu" Al-Maidah 3

Persoalan judi pun di katakan di politik..agak-agaknya kalau ditanya pada beliau persoalan apa dalam dunia ni yang tidak menyentuh langsung tentang politik?..mungkin beliau akan kata, Sembahyang..puasa..zakat..haji..sunat..kahwin..dan lain-lain..

Ini lah hasil 'tarbiyyah' pemimpin Malaysia, natijahnya berjangkit pada masyarakat, kebejatan moral dan keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa berlaku dalam negara, bunuh, ragut, rogol, rompak, dan banyak lagi. Peliknya, masing-masing cari jalan penyelesaian sedangkan jalan yang ada sudah 1000 tahun lebih sudah ada dan diberi pada kita..mungkin masing-masing cari jalan cara politik kot..

Sekularism..bapak segala penyakit ideologi..Wallahualam







13 June 2010

Re-Branding 'PAS'..?


Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Dr. Zainal Kling berkata Pas harus menggugurkan perkataan Islam dari singkatan nama parti itu yang digunakan sejak penubuhannya berikutan keputusan membenarkan calon bukan Islam bertanding mewakili parti itu pada pilihan raya umum akan datang (baca selebihnya)

Penyarah tersebut menyatakan demikian kerana melihat PAS sepatutnya mengutamakan ideologi dan prinsip parti memandangkan pembukaan kepada calon bukan Islam untuk bertanding atas tiket PAS dilihat lebih nasional dan mudah diterima kaum lain.

Saya berpandangan, ia tidak menghairankan kerana orang yang berkata demikian hanyalah seorang profesor, bukan seorang ustaz, jauh lagi tok guru. Bahkan saya yakin jika beliau seorang yang faham tentang prinsip perjuanagn PAS apatah lagi seorang yang bergerak kerja bersama PAS kemungkinan besar kenyataan di atas tidak akan keluar. 

Dan mungkin persoalan yang akan keluar adalah mengapa bukan Islam boleh menerima PAS? Bukanlah sebab PAS itu? Itu sepatutnya yang profesor-profesor ini selidik..

Bagi saya ia hanyalah masalah nama. Seperti mana UMNO, BN, DAP dan lain-lain. Namun nama PAS itu bukan atas dasar kebangsaan, perkauman dll, tetapi atas dasar agama. Ia memberi maksud PAS atau Parti Islam yang menjadikan politik kepartian sebagai wasilah (kaedah), dimana perlembagaan utamanya adalah Islam (Al-Quran dan Sunnah). Pembukaan keahlian kepada bukan Islam itu adalah strategi dakwah yang mungkin suatu hari nanti mereka akan mengenal Islam. 

Apakah ini menjadi masalah? Apakah di sebabkan orang bukan Islam menjadi ahli atau calon, PAS harus membuang perkataan Islam itu supaya nampak lebih nasional atau saya boleh katakan ia lebih 'adil' untuk bukan Islam? 

Jika inilah sebabnya maka itulah bahana fahaman sekular yang telah banyak meresap dalam diri kebanyakan 'ahli-ahli bijak pandai' ni.

Islam yang cuba dibawa oleh PAS adalah Islam yang sama juga dianuti oleh semua masyarakat Islam di Malaysia, tetapi tidak sama seperti mana Islam Hadhari yang di bawa oleh UMNO-BN suatu ketika dahulu..begitu juga Hukum Hudud yang menjadi agenda penting dalam PAS, ia bukan Hudud PAS, tetapi Hududullah (hudud yang dicipta oleh Allah) sebab ianya bukan atas dasar kepentinga politik tetapi kewajipan agama. Kerana kewajipan menerangkan Islam kepada semua termasuk orang bukan Islam adalah tanggungjawab setiap orang muslim.

Hubungan masyarakat yang di bawa oleh PAS terutamanya kepada bukan Islam memberi penekanan kepada hubungan bertaaruf dan bertaawun di atas prinsip keadilan dan kebajikan, ianya dilakukan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama sepertimana firman Allah s.w.t dalam Al-Quran,

" Wahai manusia, sesungguhnya aku menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu dapat saling kenal mengenali antara satu sama lain, sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu adalah orang yang paling bertakwa.." Al-Hujurat 13

Hanya Islamlah yang akan menyelamatkan umat.

Namun, malangnya masih ada orang yang mempertikaikan usaha dakwah PAS dengan menganggap masalah diatas ini hanyalah strategi politik semata-mata. Bahkan apbila ada orang bukan Islam yang membaca Al-Quran itu pun dilihat politik semata-mata. Sepertimana titik hitam di titipkan diatas kertas putih, apa yang nampak, hanyalah titik hitam itu sahaja, kertas putih yang besar itu dilupakan. 

Sebagai contoh isu kalimah Allah yang berlaku, menjadi ketentuan Allah agar semua mata melihat pengajaran selepasnya. Hari ini banyak forum dan dialong antara agama diadakan, mereka yang non-muslim lebih terbuka untuk berbincang berbanding beberapa tahun dahulu yang dilihat mereka begitu fobia dengan Islam. Kemudian Isu judi bola baru-baru ini yang menjadi pengajaran kepada kita untuk menerangkan kepada bukan Islam bahawa Islam sangat menentang judi (walaupun yang menHalalkan itu orang Islam juga). 

Apakah ini akan berlaku andai kita tidak membuka ruang kepada mereka untuk mengenal Islam. Apakah pula pandangan mereka (bukan Islam) terhadap orang Islam atau Islam itu sendiri andai kita tidak berpeluang menerangkan kepada mereka tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh di dalam Islam. Contoh mudah, isu judi..apakah Islam itu menghalalkan judi di sebabkan pemimpin Islam sendiri yang menHalalkanya? Isu Kalimah Allah,..siapa pula akan menerangkan kepada mereka tentang konsep ketuhanan dalam Islam andai tiada ruang perbincangan di adakah?

Nabi s.a.w pernah bersabda," serulah kejalan tuhanmu dengan cara HIKMAH". Maka banyak cara yang kita boleh lakukan untuk berdakwah antaranya melalui kaedah politik. Itulah konsep syumulan Islam. Soalnya buat mereka yang banyak persoalan ini, apa pula usaha mereka kepada non-muslim di Malaysia?

Wallahualam.




10 June 2010

Palestine vs Israel: All about numbers..


Israeli and Palestinian Children Killed
September 29, 2000 - Present

124 Israeli children have been killed by Palestinians and 1,441 Palestinian children have been killed by Israelis since September 29, 2000 (source)



Israelis and Palestinians Killed
September 29, 2000 - Present

1,072 Israelis and at least 6,348 Palestinians have been killed since September 29, 2000. (source)



Israelis and Palestinians Injured
September 29, 2000 - Present

8,864 Israelis and 39,019 Palestinians have been injured since September 29, 2000. (source)



Daily U.S. Military Aid to Israel and the Palestinians
Fiscal Year 2009

During Fiscal Year 2009, the U.S. is providing Israel with at least $7.0 million per day in military aid and $0 in military aid to the Palestinians (source)



UN Resolutions Targeting Israel and the Palestinians
1955 - 1992

Israel has been targeted by at least 65 UN resolutions and the Palestinians have been targeted by none(source)



Current Number of Political Prisoners and Detainees

1 Israeli is being held prisoner by Palestinians, while7,383 Palestinians are currently imprisoned by Israel (source)



Demolitions of Israeli and Palestinian Homes
1967 - Present

0 Israeli homes have been demolished by Palestinians and 24,145 Palestinian homes have been demolished by Israel since 1967 (source)


Current Israeli and Palestinian Unemployment Rates

The Israeli unemployment rate is 6.1%, while the Palestinian unemployment in the West Bank is 16.3% and 41.3% in Gaza (source)




Current Illegal Settlements on the Other’s Land

Israel currently has 223 Jewish-only settlements and ‘outposts’ built on confiscated Palestinian land. Palestinians do not have any settlements on Israeli land (source)