01 June 2010

Antara Perhentian Bas bernilai RM44,525 sebuah dan Lapangan Kapal Terbang Antarabangsa yang tiada kapal terbang.


ADUN Ayer Keroh menujukkan gambar perhentian bas kepada hadirin

Percaya atau tidak harga sebuah perhentian bas dalam Melaka bernilai RM44,525? Itulah yang didedahkan oleh ADUN Ayer Keroh, Khoo Paoy Tiong dalam ucapannya di Markas PAS Bukit Katil.


Inikah yang dikatakan RM44,525?

Tindakan kerajaan Melaka membina perhentian bas ini dianggap membazir kerana tidak seperti harga RM44,525. Kos yang dianggarkan hanyalah kurang dari RM10,000 kerana struktur binaannya banyak daripada simen berbanding kayu.


Percaya atau tidak?

Apa yang diketahui umum, harga simen lebih murah berbanding dengan harga kayu. Tetapi apakah yang menyebabkan harga perhentian bas itu bernilai RM44,525? Tidak lain tidak bukan adalah kerana sikap kerajaan yang mengamalkan rasuah dai dulu, kini dan selamanya.


Kayu dibahagian bumbung sudah reput. RM44,525 kosnya?


Jika diperhatikan dibahagian bumbung perhentian bas itu, keadaan kayunya sudah mereput dan tidak menggambarkan harga RM44,525. Begitu banyak sekali pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Melaka dikala rakyat dihimpit dengan kesusahan.

Sumber: Suara Melaka




Komentar:

Gejala rasuah masih tidak luntur di kalangan pemimpin BN-UMNO hari ini. Semakin hari semakin menjadi-jadi. Apakah boleh masuk akal sebuah perhentian bas bernilai RM 44 ribu sebuah? 

Isu Kerajaan negeri melaka di bawah pemerintahan BN-UMNO sudah terlalu banyak di dedahkan oleh wakil rakyat Pakatan terutamanya DAP. Namun pemimpin BN-UMNO di bawah Ali Rustam masih tidak sedar-sedar diri dan terus menerus melakukan banyak pembaziran dan rasuah. 

Apa yang boleh kita ambil contoh aktiviti pembaziran di Melaka adalah pembinaan Lapangan Terbang ANTARABANGSA Melaka yang kos pembinaannya mencecah  RM131.5 juta ringgit setelah di buat pembesaran kawasan landasan daripada 1,300 meter kepada 2,135 meter. Ianya konon untuk kapal terbang bersaiz besar seperti Boeing  dan Airbus mendarat di situ. Malangnya sehingga akhir ini, tiada satu pun kapal terbang Airbus dan Boeing 737 mendarat. 

Bahkan tiada satupun syarikat penerbangan antarabangsa sudi 'mendaratkan' kapal terbang mereka di sini sebagai contoh AirAsia yang pernah di tawarkan kerajaan negeri untuk berpengkalan di situ, tetapi mereka sebenarnya bijak kerana sudah pasti mereka telah membuat penyelidikan atau 'test market' sebelum berurusan di Lapangan terbang ANTARABANGSA Melaka ini dan mereka tahu mereka akan rugi kerana spec pembinaan lapangan terbang ini tidak memenuhi spesifikasi yang sebenar terutamanya dari sudut keluasan landasan. Selain nilai komersial lokasi lapangan terbang tersebut yang tidak tinggi berbanding seperti di KLIA.

Rentetan daripada itu, sumber yang diperoleh daripada YB Pakatan rakyat mendakwa kerajaan negeri Melaka pula bercadang untu menubuhkan Syarikat Penerbangan sendiri. Mungkin di sebabkan tiada syarikat penerbangan lain yang berminat. Maka jika ini berlaku, kemungkinan lagi berapa juta pula kerajaan negeri akan bazirkan untuk menubuhkan syarikat penerbangan persendirian itu. 

Wallahualam 

Melaka Maju 2010..Negara Bangkrap 2019..

No comments: