20 June 2010

100 ulama akan masuk UMNO..??



Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang, Ab Rauf berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan UMNO lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia.” (sumber).

Tak sabar rasanya nak lihat senarai 100 ulama yang akan menyertai UMNO nanti. Ada yang mewar-warkan antara ulama yang akan masuk UMNO antaranya adalah bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin, walaupun beliau sendiri tidak memutuskan perkara itu. 

Apa yang boleh kita lakukan adalah tunggu dan lihat. Saya berpandangan mungkin ada kebaikan apabila ada golongan ulama di dalam UMNO ini, memandangkan dahulu, UMNO juga di wakili oleh ramai para ulama semasa di zaman Tunku Abd Rahman. 

Persoalannya apakah penglibatan ulama ke dalam UMNO ini sekadar untuk menyakinkan orang Melayu terhadap UMNO ataupun kononnya mahu mengerunkan parti lawan seperti PAS bahawa UMNO juga mempunyai golongan ilmuan agama?.

Sejauhmanakah pula nanti bidang tugas ulama di dalam UMNO ini nanti? Adakah sebagai rujukan bagi segala tindakan pemimpin yang melaksanakan sesuatu dasar? ataupun adakah kewujudan mereka adalah sebagai 'alat' bagi meng'halal'kan segala dasar yang di putuskan kerajaan?..

Harapnya pemimpin UMNO lebih ikhlas menerima golongan Ulama ini, cadangan menarik golongan ulama ke dalam UMNO sebenarnya bukan lah suatu perkara yang baru. Ramai penganalisis politik, pemimpin parti termasuk parti lawannya dan orang awam sendiri telah menyatakan cadangan supaya UMNO membawa masuk golongan Ulama sebagai penasihat, penegur dan rujukan buat pemimpin mereka, memandangkan sudah terlalu banyak tindakan kerajaan dan pemimpin UMNO yang menyalahi agama dan moral, contohnya isu judi akhir-akhir ini.

Namun, janganlah pula nanti penglibtan ulama di dalam UMNO sekadar mahu menjaga kepentingan peribadi atau dasar parti semata-mata walaupun ianya bertentangan dengan prinsip agama. 


p/s: dulu ulama keluar UMNO sebab loteri kebajikan yang di cadangkan kerajaan..kini apakah ulama masuk UMNO  di sebabkan lesen judi bola yang di perkenalkan??


No comments: