03 June 2010

Polis tak benar Himpunan Palestin??..



KUALA LUMPUR 3 Jun - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai demonstrasi yang dijangka diadakan di beberapa tempat di sini selepas solat Jumaat esok bagi membantah serangan Israel atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, polis telah menerima maklumat mengenai perhimpunan akan diadakan oleh pertubuhan tertentu, ahli politik dan badan bukan kerajaan.

Pihak polis tidak menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram, katanya dalam satu kenyataan.

"Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan,” katanya.

Pergerakan Pemuda UMNO dijangka akan mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat, manakala pergerakan Pemuda Pas mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat. – Bernama


Komentar:

Aku hairan betul dengan perangai polis di Malaysia ni, maaflah mungkin tak semua polis, tapi bila ketua korang yang kata, terpaksalah aku pukul rata. 

"Pihak polis tidak menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram, katanya dalam satu kenyataan."

Sudah menjadi polisi kerajaan Malaysia, mesti kena permit dan LESEN. Benar, tak nafi benda-benda itu penting supaya orang tidak menyalahgunakan, contohnya 'JUDI'..kerajaan memang ''Bijak''. 

"Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan,” 

Lain kali pihak polis yang berkata tu boleh nyatakan bentuk-bentuk keganasan yang di cipta hasil dari himpunan aman ini..mudah sikit masyarakat nak nilai. Apakah anak pokok atau rumput yang teruk di pijak, itu dikatakan ganas..atau mungkin di sebabkan rakyat menjerit sana, menjerit sini..menyebabkan sakit telinga..itu dikatakan ganas..atau mungkin jalan penuh hingga jem panjang..itu di katakan ganas..

Atau mungkin FRU dan POLIS yang tiba-tiba datang sembur dan tembak dengan gas pemedih mata..itu di katakan RAKYAT ganas.??..

Ni semua ucapan dari orang yang berkepentingan...tak terasa hati kah lihat saudara Islam kita di Palestine di bunuh..apa lagi yang rakyat boleh bantu selain, berhimpun menunujukkan rasa dan berboikot..rakyat hanya mempunyai kuasa bersuara mendesak pihak kerajaan atau yang lebih tinggi mengubah kezaliman Israel..PBB..OIC..ini semua kerja pemerintah..

Jangan kelak kita akan di tanya di akhirat apa yang kita sudah lakukan untuk membantu saudara seagama kita yang di tindas dan di bunuh..

Polis masih nak jaga periuk nasi lagi..?? sampai bila,..??

p/s: dah berkali-kali aku join himpunan..tak pernah pun aku cederakan kucing yang lalu lalang, ni apatah lagi orang..cikgu aku, bos keje aku, member-member aku tak panggil pun aku terrorist...dunia..dunia..

No comments: