13 June 2010

Re-Branding 'PAS'..?


Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Dr. Zainal Kling berkata Pas harus menggugurkan perkataan Islam dari singkatan nama parti itu yang digunakan sejak penubuhannya berikutan keputusan membenarkan calon bukan Islam bertanding mewakili parti itu pada pilihan raya umum akan datang (baca selebihnya)

Penyarah tersebut menyatakan demikian kerana melihat PAS sepatutnya mengutamakan ideologi dan prinsip parti memandangkan pembukaan kepada calon bukan Islam untuk bertanding atas tiket PAS dilihat lebih nasional dan mudah diterima kaum lain.

Saya berpandangan, ia tidak menghairankan kerana orang yang berkata demikian hanyalah seorang profesor, bukan seorang ustaz, jauh lagi tok guru. Bahkan saya yakin jika beliau seorang yang faham tentang prinsip perjuanagn PAS apatah lagi seorang yang bergerak kerja bersama PAS kemungkinan besar kenyataan di atas tidak akan keluar. 

Dan mungkin persoalan yang akan keluar adalah mengapa bukan Islam boleh menerima PAS? Bukanlah sebab PAS itu? Itu sepatutnya yang profesor-profesor ini selidik..

Bagi saya ia hanyalah masalah nama. Seperti mana UMNO, BN, DAP dan lain-lain. Namun nama PAS itu bukan atas dasar kebangsaan, perkauman dll, tetapi atas dasar agama. Ia memberi maksud PAS atau Parti Islam yang menjadikan politik kepartian sebagai wasilah (kaedah), dimana perlembagaan utamanya adalah Islam (Al-Quran dan Sunnah). Pembukaan keahlian kepada bukan Islam itu adalah strategi dakwah yang mungkin suatu hari nanti mereka akan mengenal Islam. 

Apakah ini menjadi masalah? Apakah di sebabkan orang bukan Islam menjadi ahli atau calon, PAS harus membuang perkataan Islam itu supaya nampak lebih nasional atau saya boleh katakan ia lebih 'adil' untuk bukan Islam? 

Jika inilah sebabnya maka itulah bahana fahaman sekular yang telah banyak meresap dalam diri kebanyakan 'ahli-ahli bijak pandai' ni.

Islam yang cuba dibawa oleh PAS adalah Islam yang sama juga dianuti oleh semua masyarakat Islam di Malaysia, tetapi tidak sama seperti mana Islam Hadhari yang di bawa oleh UMNO-BN suatu ketika dahulu..begitu juga Hukum Hudud yang menjadi agenda penting dalam PAS, ia bukan Hudud PAS, tetapi Hududullah (hudud yang dicipta oleh Allah) sebab ianya bukan atas dasar kepentinga politik tetapi kewajipan agama. Kerana kewajipan menerangkan Islam kepada semua termasuk orang bukan Islam adalah tanggungjawab setiap orang muslim.

Hubungan masyarakat yang di bawa oleh PAS terutamanya kepada bukan Islam memberi penekanan kepada hubungan bertaaruf dan bertaawun di atas prinsip keadilan dan kebajikan, ianya dilakukan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama sepertimana firman Allah s.w.t dalam Al-Quran,

" Wahai manusia, sesungguhnya aku menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu dapat saling kenal mengenali antara satu sama lain, sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu adalah orang yang paling bertakwa.." Al-Hujurat 13

Hanya Islamlah yang akan menyelamatkan umat.

Namun, malangnya masih ada orang yang mempertikaikan usaha dakwah PAS dengan menganggap masalah diatas ini hanyalah strategi politik semata-mata. Bahkan apbila ada orang bukan Islam yang membaca Al-Quran itu pun dilihat politik semata-mata. Sepertimana titik hitam di titipkan diatas kertas putih, apa yang nampak, hanyalah titik hitam itu sahaja, kertas putih yang besar itu dilupakan. 

Sebagai contoh isu kalimah Allah yang berlaku, menjadi ketentuan Allah agar semua mata melihat pengajaran selepasnya. Hari ini banyak forum dan dialong antara agama diadakan, mereka yang non-muslim lebih terbuka untuk berbincang berbanding beberapa tahun dahulu yang dilihat mereka begitu fobia dengan Islam. Kemudian Isu judi bola baru-baru ini yang menjadi pengajaran kepada kita untuk menerangkan kepada bukan Islam bahawa Islam sangat menentang judi (walaupun yang menHalalkan itu orang Islam juga). 

Apakah ini akan berlaku andai kita tidak membuka ruang kepada mereka untuk mengenal Islam. Apakah pula pandangan mereka (bukan Islam) terhadap orang Islam atau Islam itu sendiri andai kita tidak berpeluang menerangkan kepada mereka tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh di dalam Islam. Contoh mudah, isu judi..apakah Islam itu menghalalkan judi di sebabkan pemimpin Islam sendiri yang menHalalkanya? Isu Kalimah Allah,..siapa pula akan menerangkan kepada mereka tentang konsep ketuhanan dalam Islam andai tiada ruang perbincangan di adakah?

Nabi s.a.w pernah bersabda," serulah kejalan tuhanmu dengan cara HIKMAH". Maka banyak cara yang kita boleh lakukan untuk berdakwah antaranya melalui kaedah politik. Itulah konsep syumulan Islam. Soalnya buat mereka yang banyak persoalan ini, apa pula usaha mereka kepada non-muslim di Malaysia?

Wallahualam.




No comments: