Isu Wahabi ini tidak akan habis sampai kiamat..dahulu kebanyakan isu ini di mainkan oleh orang-orang awam dan kebanyakan ustaz. Kini nampaknya para pemimpin sekular di Malaysia telah mula pandai bercakap tentang isu ini, wahabi dan Jemaah Islamiyah yang kini menutup segala isu maksiat pemimpin kerajaan yang dilakukan sebelumnya.
Semuanya akan berbalik kepada umat Islam itu sendiri-Untung dan Ruginya kita. Apa yang kita dapat jika kebanyakannya hanyalah berbentuk serangan kepada individu bukannya penerangan terhadap isu ini.
Malangnya apabila pemimpin yang dilihat alim tentang isu ini mula menjajanya merata-rata tempat. Fakta atau bukti yang konkrit masih samar, sedangkan hukum maksiat yang telah terang dan jelas itu tidak pula di hiraukan. Apatah lagi apabila kelihatan tiada ustaz mahupun alim ulama yang menerang apatah lagi menegur.
Apakah agaknya gambaran orang bukan Islam tentang JI mahupun wahabi ini? Tahukah mereka apa itu JI selain sebuah pertubuhan pengganas. Wahabi pula? samakah dengan JI? Atau adakah isu ini ekslusif untuk orang Islam sahaja? kerana kita sahaja yang faham. Orang bukan Islam hanya terganga melihat banyak orang Islam dan ustaz-ustaz bercerita tentang isu ini, lebih-lebih lagi ada pula yang dok menunding sana, menunding sini.
Ya, setiap orang ada hak untuk bersuara, ada hak menyatakan sesuatu pandangan dan pendapat. Namun kebanyakan suara pemimpin itulah yang lebih jelas kedengaran oleh rakyat lebih-lebih lagi di dalam negara Malaysia yang berbilang kaum. Lebih-lebih lagi isu berkaitan tentang agama. Lagi-lagi perkara yang sensitif.
Isu JI, Wahabi adalah isu agama, kebiasaannya dikatakan sensitif lebih-lebih lagi dikaitkan dengan penganas dan sebagainya. Tetapi jangan dilupa, isu murtad, arak, zina judi juga adalah isu agama. Jika isu JI dan Wahabi dilihat pada agama Islam, jangan di lupa isu murtad, judi, arak dan lain-lain juga bukan sahaja melibatkan agama Islam sahaja, agama lain turut terlibat.
Apakah ini maslahah ummah atau umat Islam sahaja? dan berapa peratus pula nisbah perbincangan antara kedua-duanya..?
Wallahualam. Sekadar berpandangan.
Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam telah meletakkan panduan dan syarat berikut jika ingin mendakwa sesuatu itu sebagai maslahat -
1- Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
2- Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
3- Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
4- Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.
No comments:
Post a Comment