30 August 2010

18 peratus warga AS percaya Obama seorang Muslim


NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berkata beliau tidak khuatir dengan hasil jejak pendapat kebelakangan ini yang menyebut seperlima warga AS percaya bahawa beliau seorang Muslim.

Obama sebagai penganut Nasrani menegaskan bahawa yang namanya "fakta tetap fakta". Dalam wawancaranya dengan NBC Nightly News, semalam Obama menuding kebingungan awam terhadap agama yang dianutnya disebarkan oleh "jaringan pengacauan maklumat yang terancang".


Obama mengaku waktunya hanya akan terbuang apabila harus sibuk mengurus khabar angin yang tersebar kencang seperti juga dakwaan bahawa ia tidak dilahirkan di AS.

Obama menjelaskan tentunya ia tidak akan "menempel akta kelahiran di dahinya" hanya untuk meyakinkan orang ramai bahawa ia Kristian. Obama menambah agama yang dianutnya lebih penting untuk diyakini warga AS berbanding berita seumpama itu.

Hampir 20 peratus tepatnya 18 peratus warga AS kini percaya Obama seorang Muslim. Secara mudah dapat dikatakan satu dari lima warga AS meyakini Obama beragama Islam.

Demikian hasil jejak pendapat lembaga Pew Research Center dan Pew Forum on Religon and Public Life seperti disiarkan AFP, Jumaat lalu.

Peratusan itu naik tujuh peratus jika dibandingkan dengan hasil bancian Mac 2009. Mereka yang yakin Obama seorang Muslim juga mencela kerjanya. Tampaknya semakin banyak warga AS yang salah menilai. Padahal, Obama adalah seorang Kristian sejati. Hanya 34 peratus responden yang dengan tepat menjawab indentiti Obama seorang Kristian.

Sebaliknya, masih menurut bancian dua lembaga bebas, 43 peratus warga AS tidak mengetahui dengan jelas agama yang dianut Obama. Jumlah itu meningkat dari 34 peratus dari hasil jejak pendapat tahun 2009.

Obama adalah penganut Kristian sejati meskipun ayahnya seorang Muslim dari Kenya dan ibu berasal dari Kansas, AS. Obama semasa kecil ketika berusia 6-10 tahun pernah menetap di lingkungan majoriti Muslim di Indonesia bersama ibu dan ayah tirinya seorang warga negara Indonesia. Nama lengkapnya Barack Hussein Obama. Nama tengah, Hussein, memang adalah nama kebanyakan Muslim.

Rumah Putih menjelaskan Obama adalah Kristian sejati yang taat menjalankan agamanya. Keimanannya adalah bahagian dari siapa dirinya, bukan bahagian dari apa yang masyarakat dan media sampaikan setiap hari.


No comments: