29 August 2010

Isu doa khutbah dan tazkirah...siapa yang rugi?



Kelihatan Rosmah yang bukan sedang berTazkirah...



Ada-ada saja isu cap ayam yang di buat UMNO-BN. Selepas isu Doa dalam khutbah, kini tazkirah dalam masjid pula jadi modal politik rimba UMNO-BN. Rakyat sebenarnya sedang menilai apa sebenarnya perjuangan UMNO-BN dalam politik mereka. Apakah benar isu-isu yang di reka cipta UMNO-BN ini benar-benar isu yang harus di perbesar-besarkan. Atau ianya sekadar isu tangkap muat yang di cipta memandangkan tiada isu yang boleh di lakukan mereka sempena bulan Ramadhan ini.

Dua isu baru-baru ini memberi gambaran bahawa UMNO-BN hanya akan melenting apabila ia berkait dengan orang bukan Islam, lebih-lebih lagi orang bukan Islam itu dari parti pembangkang. Dengan membangkitkan sentimen perkauman melampau, tidak hairanlah UMNO-BN dikatakan sebuah parti bangsa yang kolot dan ketinggalan, yang kononnya memperjuangkan Islam dan institusi raja.

Jika di perhatikan dari dua isu yang di di cipta itu, tiada satu pun kita lihat UMNO-BN yang mengulas isu ini dari sudut ilmiah atau akademik, semuanya hanya ulasan yang membangkitkan perasaan kebencian dan prejudis kepada kaum dan agama lain. Seolah-olah Islam itu terlalu ekslusif untuk orang Melayu..peliknya yang berkata ini, isteri-isteri mereka sendiri tak menutup aurat.

Politik itu bukanlah semata-mata urusan pentadbiran atau urus tadbir negara. Ia mencakupi semua perkara yang mana jalannya haruslah di dasari dengan agama. Bila politik di pisahkan dengan agama, maka jadilah seperti UMNO-BN yang hanya akan melihat politik dan islam adalah dua perkara yang berbeza. Jadi tidak hairanlah urus tadbir negara Malaysia sendiri terlalu banyak penyelewengan dan pecah amanah harta rakyat dari pemimpin yang mengaku islam tetapi memisahkan agama dari urus tadbir mereka (politik).

Apakah mereka lihat isu doa khutbah dan orang bukan Islam yang memasuki masjid itu suatu perkara yang akan mengancam atau menghina Islam?..Apakah Islam akan menjadi terhina asbab doa yang mengantikan sultan atau apabila orang bukan islam memasuki masjid hanya tanpa tidak menutup aurat (tidak menutup kepala)..?

Atau..

Islam akan terancam dan di pandang hina apabila pemerintahan yang di pimpin oleh orang Islam lansung tidak menonjolkan sebuah pemerintahan yang adil (yang bercirikan pemerintahan Islam)..? Memandangkan suatu ketika dahulu pemimpin tersebut sendiri telah declair Malaysia sebuah negara Islam.

Apakah kebejatan sosial yang semakin teruk melanda negara akhir-akhir ini tidak memberikan gambaran hina pada Islam, sedangkan juaranya adalah orang Islam dari bangsa Melayu itu sendiri?..kes buang bayi?..bunuh? ragut? rogol dsbnya...siapa juaranya?..

Dari besar-besar perkara hingga ke sekecil-kecil isu, yang sebenarnya menjadi penyebab hinanya Islam itu adalah di sebabkan umat Islam itu sendiri..Walaupun Islam itu tidak rugi sedikit pun kerana ia adalah agama dari Allah..yang rugi adalah umat Islam itu sendiri. Bahkah pula hari ini, umat Islam itu sendiri yang mengecilkan lagi ruang dakwah kepada bukan Islam asbab dari kejahilan sendiri, khususnya buat pemimpin Melayu Islam yang hari ini telah mebuka seluas-luasnya fahaman politik yang sekular di samping mengecilkan sekecil-kecilnya fahaman Islam kepada bukan Islam.

Perhalusi suatu perkara atau isu itu dengan mengambil kira semua aspek. Bukan dari aspek politik semata-mata. Benarlah andai ada suatu titik hitam di calitkan di atas sehelai kertas putih, maka yang akan jelas kelihatan adalah titik hitam itu sahaja, sedangkan warna putih di sekellingnya itu tidak nampak. Berhujahlah isu secara ilmiah dan dari ibrah yang boleh di cari, pastikan sumber utamanya adalah dari Al-Quran dan sirah nabi.

Buat UMNO-BN..teruskanlah perjuWANGan Bangsa anda yang kolot itu selagi Islam tidak menjadi dasar selagi itu UMNO-BN tetap menjadi busuk,..kemudian reput dan akan pupus..;)

Allahualam..



1 comment:

pria malaya said...

-MESTI BACA: Pendapat Ulamak dan Fatwa JAKIM berkaitan isu non muslim masuk ruang utama solat..(video inside)
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/08/pendapat-ulamak-dan-fatwa-jakim.html