21 August 2010

Institusi Raja: Senjata UMNO?



PETALING JAYA: Penduduk Tasek Gelugor Pulau Pinang tidak pasti dengan dakwaan ada masjid di kawasan parlimen itu yang mendoakan Ketua Menteri Lim Guan Eng menggantikan. Yang di-Pertuan Agong, Sultanm Mizan Zainal Abidin.

Seorang penduduk Lahat Tembun Abu Bakar Mansor berkata, kalau benar laporan tersebut, ia berlaku di kawasan yang fanatik dengan pemimpin DAP itu.

“Kalau di sini (Tasek Gelugor) ada dua tiga masjid yang mempunyai ramai penyokong fanatik pemimpin tersebut.

“Saya mendengar orang (penyokong) mereka bercakap bahawa mereka mendoakan ketua menteri masuk Islam.

“Tetapi dalam program agama seperti kuliah agama dan kelas-kelas agama.

“Mengenai nama Lim disebut dalam doa khutbah Jumaat bagi menggantikan nama Agong, saya tidak pasti,” katanya.

Kelmarin Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ada masjid di Permatang Pauh, Jelutong dan Tasek Gelugor menggunakan nama nama Lim dalam doa khutbah Jumaat menggantikan nama Sultan Mizan.

Bagaimanapun dalam satu majlis berbuka puasa di sini, ketua menteri Pulau Pinang itu mendakwa siasatan awal mendapati laporan tersebut tidak benar.

Lim juga mengarahkan satu siasatan lanjut diadakan.

Exco agama Abdul Malik Kassim turut menafikan laporan tersebut.

Seorang lagi penduduk, Ishak Awang pula berkata, beliau belum lagi mendengar khutbah Jumaat yang mendoakan Lim menggantikan nama Agong.

Khutbah di tempat saya, katanya mengikut teks yang disediakan oleh majlis agama Islam Pulau Pinang.

MalaysiaToday


Komentar:


Rasanya hanya Exco Agama, Abdul Malik Kasim sahaja yang mendengar khutbah tersebut. Penduduk kampung lain tak pasti sebab mungkin mereka terTIDUR di kala khutbah berlansung, maka siapa tahu mungkin khatib memang ada sebut nama Lim Guan Eng dalam doanya.


Persoalannya, sampai bila UMNO akan menggunakan 'strategi' fitnah untuk modal politik murahan mereka?. Acap kali UMNO akan 'mempergunakan' Sultan dan Raja bagi menabur sikap prejudis kepada Pembangkang dengan pelbagai cerita karut yang di cipta. Dahulu kisah beberapa pemimpn Pakatan yang kononnya di dakwa derhaka kepada Sultan kerap kali di mainkan oleh UMNO. Baru-baru ini pula nama Sultan juga di kaitkan dengan Kain Rentang yang kononnya di lakukan oleh PKR, Kini isu khutbah jumaat yang mereka dakwa telah di tukar nama Sultan kepada KM Pulau Pinang pula.


UMNO kelihatan ampuh dengan bersenjatakan 'Sultan'..kononnya. Apabila mereka benar-benar terdesak meraih simpati rakyat, maka tiada isu yang mampu memberi perhatian selain malibatkan istitusi raja. UMNO cuba mencetuskan kekeliruan kepada rakyat dengan membawa isu yang menyentuh sensitiviti melayu, isu yang menyentuh perlembagaan dan hak orang melayu yang knonnya dikataka dicabul oleh orang bukan Melayu.. tidak hairanlah kerana sudah ianya sudah menjadi dasar UMNO yang nasionalime itu, fanatik kaum dan merendah-rendahkan kaum lain.


Rakyat sedang memerhati dan menilai permainan UMNO, sejauh mana senjata UMNO dengan melibatkan institusi raja ini boleh menjadi perisai bagi menangkis isu dari pembangkang. Atau ianya sendiri akan menjadi senjata yang memakan tuan apabila UMNO sendiri mengadaikan perlembagaan yang mereka sendiri gubal dalam mendaulatkan raja melayu dan orang melayu itu sendiri...


Allahualam.


p/s: Undang-undang ciptaan UMNO: Sultan menjadi penasihat Agama...APCO pula menjadi penasihat kepada kerajaan Malaysia...


No comments: