Kita semakin menghampir ke 10 malam terakhir bulan Ramadhan. 10 Malam yang Allah janjikan di dalamnya satu malam yang penuh dengan Rahmat dan Berkat. Malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Apakah kita bersedia mencarinya? Di sini di sertakan beberapa tips untuk kita lakukan bagi menyiapkan diri kita memburu malam berkat itu..
- Sediakan diri kita untuk menghidupkan malam dengan ibadah, sejak daripada waktu siang lagi.
Kurangkan atau jauhkan diri daripada membuat perkara yang sia-sia. Perbanyakkan amalan bangun tahajud kerana niat telah pun dipasang sejang di awal hari lagi. Mendekatkan diri kepada Allah contohnya dengan zikir dan tadarus Al Quran. Tidur sebentar (khailullah) pada waktu siang dengan niat untuk memudahkan kita bangun di malam hari. Apabila persediaan dimulakan bermula di siang hari lagi, maka dengan izin dan rahmat kasih sayang Allah swt, Dia akan permudahkan kita untuk
- Membaca buku yang mengandungi kelebihan-kelebihan Lailatul Qadar.
Tujuan membaca agar kita benar-benar faham di sebalik Lailatul Qadar itu agar kita lebih ghairah dan lebih yakin terhadap janji-janji Allah dalam melakukan sesuatu amalan. Semakin kuatlah diri kita untuk menanggung segala kesusahan sewaktu menjalani ibadah tersebut.
- Ceritakan kepada orang lain mengenai kelebihan-kelebihan Lailatul Qadar.
Selitkan dalam perbualan harian kita tentang kisah-kisah kelebihan Lailatul Qadar. Ceritakanlah kelebihan malam ini kepada orang lain, meskipun kita sendiri masih belum mempunyai kekuatan untuk bangun tahajud di tengah malam. Mudah-mudahan, dengan banyaknya kita menceritakan / mendakwahkan kelebihan malam ini, Allah swt akan beri kita kekuatan untuk bangun pada malam tersebut.
- Berniatlah sebelum tidur untuk bangun tahajud.
- Cuba mengerjakan witir selepas terawih/sebelum tidur, iaitu dengan menganjakkan waktu witir selepas waktu tahajud.
- Peruntukkan 10 malam terakhir ini untuk iktikaf di masjid (bagi lelaki).
Allahualam
Setiap orang perlu berusaha mencarinya (Lailatul Qadar) sepanjang tahun sesuai dengan keupayaan dan kesungguhan masing-masing. Sekiranya tidak mampu, maka carilah ia di bulan Ramadhan. Dan kalau itu pun tidak mampu, maka hendaklah mengangggap 10 malam terakhir Ramadhan adalah peluang yang paling bernilai. Sekiranya itu pun masih tidak mampu, maka janganlah dibiarkan malam-malam ganjil dari sepuluh akhir terlepas begitu sahaja.Dan kalaulah (semoga Allah swt jauhkan) inipun tidak mampu, maka hendaklah malam ke-27 peluang keemasan.“
No comments:
Post a Comment