Salam..
Pernahkah kaki anda tersadung batu ketika sedang berjalan-jalan? Anda marahkan batu itu, lalu disepaknya jauh-jauh. (Pastu jadi bodoh sambil menahan kaki yang sakit itu). Pernahkah anda keluar rumah tapi terpaksa masuk balik kerana tertinggal wallet? Anda marahkan wallet itu kerana tak mampu berjalan sendiri dan masuk ke dalam poket seluar anda? Atau pernahkah anda menyumpah-yumpah line internet anda di rumah di sebabkan connection yang sangat slow walhal line yang anda guna adalah pakej line yang rendah atau pun tempat itu anda memang tau sangat lembab 'connection'nya?
Jika YA, maka anda samalah dengan BN-UMNO yang masih menyimpan pelakon video panas Chua Soi Lek yang anda tau seorang yang bukan sahaja 'kosong' dari sudut morality malah kosong dari sudut kefahaman tentang budaya sebenar masyarakat Islam. Kejahilan Soi Lek sendiri membuka aib terhadap diri beliau dan MCA sendiri yang mencerminkan ia 'anti-Islam' dan 'anti-melayu'. Sedangkan BN sendiri tahu bahawa MCA berjuang atas dasar nasionalisme kaum Cina (seperti UMNO utk Melayu), maka mereka tetap menyimpan pemimpin seperti ini yang hari ini telah berani menghina orang Melayu dan Islam.
Andai UMNo yang mewakili orang Melayu-islam sedar bahawa kenyataan Soi Lek berkenaan negara Islam yang dikatakan tidak progresif dan mengamalkan rasuah, pasti mereka sendiri akan bangkit menentangnya sepertimana penentangan UMNO terhadap isu kalimah Allah dahulu. Namun kemungkinan anggapan UMNO-Bn sendiri kenyataan Soi Lek hanyalah berbaur politik, yang sasarannya adalah PAS atau pembangkang. Maka isu di bisukan. Oleh yang demikian ia bolehlah dikatakan sama kisahnya tuduhan UMNO terhadap PAS yang dikatakan lebih utamakan DAP apabila melibatkan isu agama.
Kisahnya kini adalah antara UMNO-MCA walaupun kelihatan Soi Lek mensasarkan kepada PAS,namun kini beliau juga telah berani menjentik UMNO. Kita lihat adakah UMNO itu menjadi kuda tunggangan MCA berkenaan pendirian mereka terhadap isu ini?. Sejauh mana reaksi pemimpin UMNO-BN, adakah mereka akan menegur, atau mereka akan mengenakan tindakan, barangkali di bawah ISA? Atau ianya tidak perlu di layan oleh UMNO kerana ia hanya isu yang cuba di perbesar-besarkan oleh Pembangkang, maka tidak perlu di layan.
Wallahualam.
p/s: Kita tunggu Nasir Safar jawab Chua Soi Lek...tapi bila?

2 comments:
Tu la... nak tggu gak nasir saffar jawab... dulu dia juga yg cakap cina kat malaysia ni pendatang semata-mata
susah betul bila ada prti yg brjuang atas dasar nasionalisme semata-mata..cabarannya d negara yg brbilang2 kaum...bagaimana myatukan fahaman yg brbeza beza..ia akan memaksa kita mjadi lebih berhati-hati agar tidak mnyentuh sensitivity kaum dan agama lain...
Hadith nabi ada mnyebut (mafhum) bukan dari kalangan umat ku mereka yg menyeru kepada assabiyah yg melampau...W'A
Post a Comment