01 August 2010

Ceramah UMNO vs Ceramah PAS..mana perpaduannya?



Semalam buat kali yang ke 4 berturut-turut, UMNO-BN Melaka sekali lagi telah menganggu ceramah PAS di sekitar Melaka. Terbaru di Kawasan Bukit Baru di mana sekali lagi UMNO membuat kacau. Lebih menjengkelkan, 'tok guru' mereka, Ali Rustam yang juga merupakan pengetua baru yang pertama sekolah mengandung di Melaka turut diberi penghinaan untuk berucap. Tak kena dengan statusnya yang berceramah atas jemputan 'murid-murid' UMNO yang mengharapkan 'pengetuanya' membalas hujah dari pembangkang yang berceramah hanya berjarak sekitar 30-50 meter.

Melihatkan ceramah-ceramah PAS sebelum ini menerima khadiran beberapa pimpinan pakatan dari pusat, kerajaan Ali Rustam kelihatan tergugat dan berasa panas punggung akibat pelbagai hujah-hujah dan fakta-fakta yang banyak membongkar penyelewengan pemimpin UMNO-BN.

Anehnya, Ali Rustam dan beberapa orang ahli 'JKKK' UMNO juga membalas hujah, walaupun hujah dan faktanya boleh dikatakan seragam dan tipikal bagi setiap mana-mana ahli mahupun pimpinan UMNO yang berucap. Cthnya: Isu Negara Islam (nampak macam UMNO lebih Islam), serangan peribadi kepada Anwar Ibrahim (isu liwat), isu DAP yang di katakan tolak Islam, Komunis (kononnya di katakan UMNO tak pernah tolak Islam), kerjasama PAS dan Pakatan lain selain tidak lupa pada isu Kerjasama PAS-UMNO.

Sepertimana yang dikatakan Mat Sabu dalam ceramah nya kelmarin. Beliau berasa hairan, andai di katakan UMNO mahu bekerjasama dengan PAS, kenapa selalu membuat provokasi di dalam setiap ceramah PAS, dengan nada berselorah beliau berkata, ibarat tangan kanan memberi madu, tangan kiri memberi racun. Walaupun hakikatnya PAS sudah lama dan tak ingin langsung untuk bekerjasama dengan UMNO. Lebih baik PAS berkerjasama dan meperkuatkan ikatan di dalam Pakatan Rakyat untuk menentang UMNO.

Rakyat telah mual dengan perangai pemimpin UMNO-BN yang seperti kebudak-budakkan. Seperti mana yang d jelaskan oleh ADUN Ayer Keroh dari DAP, dimana di dalam Sidang Dun Melaka, pemimpin UMNO-BN yang di ketuai oleh pengetua sekolah mengandung kerap kali mengherdik peribadi wakil rakyat dari DAP, contoh dengan menggelar beberapa orang wakil rakyat DAP sebagai pendek, bodoh, betina dan sebagainya. Inilah hujah dari pemimpin UMNO-BN apabila di persoalkan tentang isu urus harta negeri di dalam dewan rakyat.

Bahkan di dalam slot-slot kisah bagaimana tindakan kebudak-budakan Ali Rustam sendiri apabila menganggu ceramah PAS akhir-akhir ini, menjadi bukti. Di mana kredibiliti seorang ketua menteri yang sanggup datang memberi ucapan yang kononnya hanya untuk membalas hujah (walaupun tak ada fakta) dari apa yang keluar dari mulut penceramah Pakatanrakyat. Inilah status ketua menteri taraf JKKK, Ali Rustam yang datng berceramah sambil merasmikan 'program' makan buah durian free yang di sponsor oleh kerajaan ngeri melaka (walaupun berhutang).

Sampai masanya rakyat Melaka perlu berubah. UMNO-BN melaka berasa gah dengan kedudukannya walaupun kononnya dikatakan Melaka adalah kubu kuat UMNO. Tetapi harus ingat di Sibu bagaimana kisahnya UMNO-BN di sana. Kerajaan langit dan bumi itu milik Allah, ini kan pula kerajaan Melaka yang kecil yang bila-bila masa sahaja boleh jatuh dengan kehendak Allah. uMnO tak perlulah nak bangga dengan kedudukan mereka, seperti mana di Jepun, Indonesia, Turki yang parti kerajaan mereka juga telah tumbang.

Kebenaran pasti akan terus di tegakkan, walaupun masih belum menang, sepertimana kata-kata Iman Khomeini, "Kebenaran itu lebih penting dari Kemenangan".

Wallahualam

p/s: Perpaduan PAS-UMNO masih di jaja oleh UMNO..hatta dalam ceramah UMNO versus ceramah PAS..hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong..


2 comments:

authors said...

salam aizat,
Tu la kerja diorang..gambar takde ke?

apa cerita skang.lama tak jumpa.Kalau ada apa-program kat melaka letak gambar sekali.boleh ana import ke blog pemuda.-AMIN-

Pn Siti Fatimah Idris said...

tak faham apa yg anda ingin sampaikan.