Kita tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama. Penyebaran fitnah juga turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu.
Selain itu fitnah juga menjadi punca runtuhkekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah.
Begitu juga peristiwa hitam Memali yang juga hadir dari sebab fitnah dari pihak pemerintah ketika itu. Namun ketika ini dan di zaman ini, tiada banyak beza. Wataknya juga dari puak yang sama...
UMNO-BN...
Negara kearah huru-hara dengan fitnah dan adu domba dari pemimpin UMNO-BN, selain menjadi musuh kaum, racist, menyeleweng harta negara dan duit rakyat, mempergunakan pihak berkuasa dan badan bebas, polis, hakim, SPR, SPRM, PBT demi kepentingan mereka. Sistem pendidikan yang dicabul. Sistem ekonomi kapitalis yang di amalkan selain menjadi penentang kuat sistem ekonomi Islam, yang semakin kaya adalah para pemimpin, yang semakin miskin dan terbeban adalah rakyat. Sistem perundangan yang tidak adil, undang-undang rimba yang wujud bagi menutup mulut mereka yang membangkang. Media pula menjadi alat propaganda terbesar UMNO-BN bagi menyebarkanlagi dakyah mereka, dan banyak lagi..
Semuanya hasil pemerintahan lebih 50 tahun regim UMNO-BN di muka bumi ini...sudah tiba masa untuk berubah, berubah ke pada yang lebih baik..
Wallahualam
Firman Allah bermaksud:"Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)
No comments:
Post a Comment