31 August 2010

MP PAS lawat kuil.."Kesucian Kuil terus di Nodai.."





KLANG, 30 Ogos: Kunjungan dan ucapan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah menyebabkan Umno dan penguasa agama di Selangor melenting tetapi bagaimana reaksi mereka kalau melihat Adun PAS pergi melawat kuil Hindu dan berucap di sana.

Baru-baru ini, Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman telah melawat Kuil Hindu Bukit Rajah dan bercakap kepada para penganut agama itu yang sedang membuat ibadat.

Melalui blognya, Dr Rani menulis, beliau mengunjungi kuil di Bukit Rajah dan mengambil kesempatan untuk memberikan gambaran sebenar tentang tasawwur dan keadilan Islam kepada masyarakat India yang berada di situ.

"Sejarah membuktikan walaupun 12 kurun Islam menguasai negara Palestin contohnya, tetapi tidak ada seorang pun dari penganut agama Kristian dan Yahudi yang di paksa untuk menganut agama Islam sepanjang pemerintahan itu melainkan ramai dari mereka yang menganut agama Islam adalah dari kerelaan hati mereka sendiri apabila mereka dapat melihat sendiri keadilan dan akhlaq yang tinggi dikalangan orang-orang Islam," tulis beliau dalam blog Khidmat Meru itu.

---------------------------------------------------------------

Komentar:

Saya rasa UMNO harus buat sesuatu. Kunjungan MP Pas ke kuil kemungkinan akan mencemarkan kesucian kuil pula. Kalau UMNO rasa janggal untuk mempolitikkan isu ini, mungkin UMNO boleh minta tolong MIC atau Makkal Sakti memandangkan MIC dan Makkal Sakhti itu untuk masyarakat Hindu dan UMNO pula untuk masyarakat Melayu. Tapi sebelum tu mungkin UMNO kena tanya mufti dulu jika tidak kebodohan UMNO akan semakin jelas tampak dari kebodohan yang memang sedia ada itu.

Ia menjadi tamparan kuat buat UMNO setelah rentetan dari kunjungan MP Serdang ke surau yang menjadi polemik politik murahan UMNO akhir-akhir ini. Walaupun isu tersebut telah di balas dengan buah keras asbab kebodohan dan kejahilan terhadap agama pemimpin-pemimpin UMNO.

Kali ini UMNO jelas ketandusan isu. Beberapa orang pemimpin UMNO pula kali ini masih bermain dengan isu lapok, isu yang telah menjadi bahan sejarah seperti yang di bangkitkan Zainuddin Maidin, yang mengatakan PAS terlibat dengan konfrontasi Malaysia-Indonesia dan penglibatan PAS dalam peristiwa 13 Mei suatu ketika dahulu. Ianya tidak lain hanyalah fitnah yang menjadi pengalas perut pemimpin UMNO, walaupun tiada bukti ia semakin galak di jaja hatta di bulan Ramadhan yang mulia.

Saya bersimpati dengan pemimpin UMNO. Mana sokongan dari parti komponen BN yang lain, MCA, DAP, PPP, Makkal Sakhti..dll?. Apa yang mereka buat, mengapa hanya UMNO yang di lihat menjadi 'one man show' dalam arena politik negara?. Kemana MCA dalam isu lawat surau? Kenapa MCA tidak memarahi sahaja MP Serdang yang cuba mencemarkan imej kaum Cina setelah melawat surau? MIC?..Samy Vellu?..entah..

Khairy Jamaluddin kata PAS terhegeh-hegeh menjaga hati DAP, mungkin sebab itu UMNO langsung tak ambil peduli dengan rakan komponen BN sperti MCA dan MIC. Pi lantak sama diorang. Sebab perjuangan UMNO, MCA dan MIC tak sama, perjuangan bangsa dan kaum. UMNO untuk Melayu, buat apa nak sibuk-sibuk dengan bangsa lain. Sedangkan Pakatan Rakyat, perjuangan menuntut keadilan itu adalah perjuangan bersama-sama tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Sebab itu ada MP bukan Islam datang surau untuk memberi sumbangan pada penduduk Islam di situ.

Mungkin sebab itulah ada pemimpin UMNO sendiri tak jelas konsep 1 Malaysia yang di canangkan oleh Najib, bapak UMNO ketika ini. Macam-mana tak pening, seorang nak 1 Malaysia, seorang lagi nak bangsa (Melayu)..akhirnya akhir-akhir ini nampak UMNO nak perjuangkan Islam pula. Walaupun fardu ain masih tak lepas lagi, tapi tak apa la yang penting orang tahu UMNO perjuang Islam.

Kesannya bila orang jahil bawa Islam, maka jadi mereka golonga yang sesat lagi menyesatkan..Mahu kenalkan non-muslim pada Islam pun di 'condemn' kannya, pula tu, keluar fatwa sendiri menghalang non-muslim masuk surau, halang mendoakan hidayah pada orang bukan Islam, halang itu, halang ini. Akhirnya yang rugi UMNO yang Melayu Islam itu jua...sebab agama Islam tak akan rugi sedikit pun.

Wallahualam..



No comments: