Akhir-akhir ini telah kedengaran suara 'tidak sependapat' yang berlaku di kalangan pimpinan PAS, gara-gara sebuah buku yang di karang Dr.Mujahid tentang PAS. "Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang, dan Dinamisme". Point dari suara yang tidak bersetuju dengannya adalah dilihat lebih kepada soal pembawaan akan datang PAS yang lahir dari beberapa plot sejarah dan pengalaman yang PAS alami dahulu. Ianya sekadar buah cadangan hasil dari kajian ilmiah dan serius. Bukan tanggapan kosong dan logik akal tanpa fakta penulis.
Saya tidak berhasrat mahu mengulas panjang tentangnya walaupun saya telah pun mengkhatamkan buku tersebut. Cuma beberapa perkara penting yang harus di beri perhatian adalah soal penerimaan ahli dan modal busuk musuh yang bakal di rasai selepas ini andai ia tidak di tangani dengan sebaiknya.
Pertamannya, adalah soal penerimaan ahli apabila berhadapan dengan 'isu dalaman' selepas ini adalah seharusnya kita lakukan dengan cara 'berjemaah'. Mengikut adab-adab dan peraturan yang di wajibkan setelah berbaiah. Sepertimana pengalaman kita sebagai ahli PAS ketika berhadapan Isu Kerajaan Perpaduan suatu ketika dahulu. Puncanya merebaknya isu ini bukan sebab pimpinan, tetapi sebab ahli yang tidak faham lalu dengan semberono mengeluarkan bantahan, kritikan malah cacian terbuka kepada pimpinan. Tertanggalnya sikap wala' dan thiqah pada pimpinan, sedangkan PAS itu adalah gerakan yang berorientasikan Islam, berbeza dengan parti-parti lain.
Kedua, adalah modal politik musuh yang hakikatnya lahir dari sebab pertama tadi. Kita perlu berhati-hati agar tidak memberi ruang kepada mereka. Cukup lah peluru pertama ketika isu Kerajaan Perpaduan dahulu di sedekahkan kepada mereka untuk menyerang kita. Musuh politik kita seperti UMNO sememangnya bijak. Walaupun dungu dari sudut menerima kebenaran, tetapi apabila mereka merancang untuk membawa kebatilan dengan menentang kebenaran tersebut, tidak mustahil mereka akan berjaya. Seperti mana Saidina Ali pernah berkata "Kebatilan yang terancang, mampu mengalahkan Kebenaran yang tidak terancang". Bab ini mereka memang bijak.
Apa yang saya lihat perbezaan pendapat dan ketidaksetujuan tentang buku Dr.Mujahid ini lebih kepada pembawaan fakta dan idea penulis buku itu sendiri. Mungkin 'pembongkaran' dari hasil kajian dan cadangan penulis untuk PAS selepas ini tidak cocok dengan pandangan dan kefahaman mereka yang masing-masing ada gaya kefahaman tersendiri. PAS sebuah gerakan Islam. Andai PAS itu kereta dan Islam itu enjinnya, maka tidak semua akan merasai pemanduan yang sama, walaupun masing-masing sedar enjin itu yang terbaik namun masing-masing juga ada interpretasi dan maksud gaya pemanduan yang terbaik mengikut apa yang mereka fahami. Mungkin ada yang merasakan membawa kereta dengan laju itu yang terbaik, dan mungkin membawa perlahan itulah yang lebih baik.
Bagi kita sebagai ahli gerakan Islam PAS. Perkara utama yang harus kita sedar walaupun kita telah sedia maklum sedar, iaitu disiplin dan adab-adab berjemaah yang perlu di jaga. Kita bukan sahaja perlu menjaga imej PAS tetapi imej Islam yang di bawa agar tidak menimbul fitnah kepada orang lain dan musuh. Sepertimana UMNO yang membawa idea Nasionalisme, namun di sebabkan UMNO itu sendiri busuk hingga memberi imej buruk kepada maksud sebenar nasionalisme yang sepatutnya positif dan bukan dengan maksud yang jumud dan kolot yang UMNO lakukan.
Allahu'alam
“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat”
(Surah As-Syuara’ : 214)
No comments:
Post a Comment