Menurut beliau semua pihak termasuk UMNO mahupun pembangkang bahkan sesiapa sahaja dari kalangan manusia dilarang sama sekali memperalatkan tafsiran al-Quran untuk kepentingan peribadi dan sebagainya.
“Jika niatnya benar ke arah kebaikan, ia diharuskan kerana Islam bukan hanya untuk satu bangsa sahaja tetapi untuk semua. Tetapi perlu diingat untuk kepentingan politik dan peribadi ianya dilarang sama sekali,” katanya.
Bagaimanapun, katanya lagi manusia tidak diutuskan Allah untuk menghukum niat seseorang lain, sebaliknya hanya Allah Maha Mengetahui niat seseorang umat itu.
Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas tindakan perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K. Subramaniam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh semalam yang mentafsir ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran yang tunggang langgang dan keluar daripada konteks sebenar.
Tegas Ustaz Fathul lagi, mengikut pandangan Al Syeikh Muhammad bin Sholeh Al Uthaimin dalam buku penulisannya berjudul usul tafsir (prinsip-prinsip dalam mentafsirkan Al-Quran), perlu dibezakan dengan terjemahan perkataan demi perkataan berbanding makna secara umum.
“Terjemahan perkataan terus menyalahi tafsir sebenar kerana tidak ada sesiapa pun yang dapat memberikan makna atau kehendak yang tepat bagi setiap perkataan kerana Al-Quran itu terdiri daripada ayat yang muhkamat (jelas maksud dan pengertiannya) dan ayat-ayat mutasyabihat (kesamaran penyertian).
“Maka tidak mungkin seseorang itu mendakwa dia mengetahui makna yang paling tepat bagi setiap perkataan dalam Al-Quran, sebaliknya kita diharuskan memberi terjemahan umum bagi ayat-ayat Al-Quran di samping mempraktikkan method tafsir Al-Quran yang sebenar.
“Antaranya menafsirkan Al-Quran dengan Al-Quran, menafsirkan Al-Quran dengan hadis, perkataan sahabat, tabi’in dan tabi’ taabi’in,” katanya.
Adapun tambah beliau lagi, apa yang diterjemahkan oleh perwakilan AMK itu jelas bercanggah dengan method tafsiran Al-Quran yang sebenar, di mana ayat 191-192 dikhususkan untuk orang-orang yang beriman dan mentauhidkan Allah, bukan selainnya.
“Al-Imam Ibnu Kathir berkata ketika menafsirkan ayat 191, surah ali ‘Imran: “Firman Allah, maksudnya: (Dan mereka berfikir tentang penciptaan langit dan bumi) bererti: Mereka memahami segala hikmah yang terdapat di langit dan di bumi, di mana ia membuktikan kebesaran Pencipta (Allah) dan kudrat-Nya, ilmu-Nya serta hikmah-Nya…”.
“Maka, mana mungkin kita meletakkan mana-mana ayat Al-Quran bukan pada penafsiran yang sebenar,” katanya.
Komentar:
Inilah yang di harapkan oleh UMNO apabila berhadapan dengan isu yang berkaitan soal Agama, tentang Al-Quran dan Hadis. UMNO sememangya tahu, penglibatan golongan agamawan di dalam UMNO adalah aset kepada mereka untuk menghentam kembali Pakatan Rakyat. Masakan tidak, bila adanya isu ini (walaupun sepatutnya tak menjadi isu), mereka akan merujuk ulama mereka..Ulama UMNO.
Apa tujuannya?..jika mereka mengatakan K. Subramaniam telah menggunakan ayat Al-Quran sebagai modal politik, maka sama lah juga UMNO..Apabila ada isu yang berkaitan dengan agama, cepat benar mereka merujuk ulama mereka, bukan merujuk mencari penjelasan, tetapi untuk mencari salah, mencari modal politik untuk menghentam kembali Pakatan Rakyat. Inilah sebenarnya manipulasi UMNO kepada agama untuk kepentingan politik.
“Jika niatnya benar ke arah kebaikan, ia diharuskan kerana Islam bukan hanya untuk satu bangsa sahaja tetapi untuk semua. Tetapi perlu diingat untuk kepentingan politik dan peribadi ianya dilarang sama sekali,” katanya.
Bagaimanapun, katanya lagi manusia tidak diutuskan Allah untuk menghukum niat seseorang lain, sebaliknya hanya Allah Maha Mengetahui niat seseorang umat itu- Fathul Bari
Ulama mereka sendiri beritahu, Islam bukan hanya untuk satu bangsa sahaja, tetapi untuk semua. Tetapi UMNO sendiri telah menjaja merata-rata mengatakan Islam untuk Melayu. Masuk Islam bererti masuk Melayu, ia terbukti dalam perlembagaan negara yang UMNO sendiri gubal dahulu..tentang maksud Melayu itu sendiri, iaitu orang Islam yang berbangsa Melayu, yang bertutur dalam bahasa Melayu dll..hari ini dengan semangat Melayu itu jugalah UMNO memainkan isu Ketuanan Melayu, sedangkan mereka tidak sedar berapa banyak harta dan hak orang Melayu yang di lacurkan oleh UMNO sepanjang lebih 50 tahun mereka memerintah.
Tidak hairan hari ini, UMNO memainkan isu perkauman, lantaran melihat gabungan Pakatan rakyat yang semakin baik antara PAS, DAP dan PKR yang mampu duduk semeja, berdiri sepentas di ceramah. Isu ketuanan Melayu yang kononnya di cabul oleh orang Cina, peliknya yang mencabulnya Cina DAP..atau India PKR. Cina MCA dan India MIC yang sama-sama perintah negara agak-agaknya bela orang Melayu kot..
Kemudian isu agama yang di dakwa di manipulasi untuk kepentingan politik lantaran melihat ramai pemimpin DAP dan PKR yang bukan Islam memetik ayat-ayat Al-Quran. Seolah-olah UMNO tahu benar soal agama..sehingga wujudnya istilah "amar ma'ruf, mungkar nangkir" oleh seorang pemimpin UMNO. Bahkan pernah berlaku seorang pemimpin UMNO dengan cerdiknya meng'UMNO'kan tafsir Al-Quran dengan mengatakan ayat " Ya aiyuhallazi na amanu.." dengan mengatakn "...na AMANU" merujuk kepada orang UMNO (sebab bunyi hampir sama).
Kalaulah UMNO mengatakan Pakatan Rakyat telah memanipulasikan ayat Al-Quran, maka UMNO lagi teruk, menyeleweng Syariat dan Hukum dalam Al-Quran..yang di tunggang terbalikkan..contohnya soal syariat perlaksanaan Hudud, hukum judi, arak, zina, rasuah, aurat dan lain-lain..
Ini menunjukkan betapa jahil dan sombongnya UMNO terhadap agama. Tak hairan kerana perjuangan mereka itu adalah perjuangan bangsa..bukan agama. Agama dalam UMNO hanya sebagai alat..termasuk golongan ulama. Ulama di perlukan apabila mereka tersepit atau ketika mereka mahu menarik sokongan orang Melayu Islam demi survival politik mereka yang kian tenggelam. Mereka tahu bahawa, orang Islam akan sensitif dengan isu agama dan kaum Melayu..doktrinisasi mereka tantang Islam itu adalah Melayu menjadi modal utama membangkitkan semangat sayangkan agama dan bangsa. Tujuannya tak lain tak bukan bagi memecah belahkan perpaduan antara PAS, DAP dan PKR yang berlainan bangsa dan agama.
Wallahu'alam
Berkata Saidina 'Umar Al-Khattab “Kita adalah umat yang telah Allah berikan kemuliaan dengan Islam, maka barangsiapa yang mencari kemuliaan selain Islam maka Allah akan menimpakan kepada mereka kehinaan.”
Hidup Islam...!!
No comments:
Post a Comment