21 December 2010

Pasca Konvensyen Pakatan Rakyat: UMNO-BN mula Kempen fitnah

Semuanya indah..


Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung hujung minggu lepas telah pun tamat dengan jayanya. Maka cabarannya buat PR selepas itu adalah lebih berat. Lebih banyak cabaran dan rintangan yang bakal di hadapi atas dasar muafakat bersama menentang dasar pemerintahan zalim UMNO-BN.

Bagi musuh politik seperti BN-UMNO, pastinya mereka tidak akan senang duduk dan berasa panas punggung dengan hasil konvensyen tersebut. Maka tidak hairanlah talian hayat BN-UMNO terus menerus menggunakan media mereka seperti Utusan untuk memutar belitkan isu (walaupun ianya bukan isu).

Yang pasti.,isu yang akan akan mudah di putar belitkan pastinya tentang soal kerakyatan. Mungkin mereka yang tegar menyokong UMNO-BN merasakan bahawa mereka sahaja yang layak tinggal di Malaysia. Lebih-lebih lagi bila menyentuh tentang kerakyatan Melayu. Dan pastinya isu kerakyatan akan terus menerus menjadi bahan sehingga ke PRU nanti..Yakinlah.

Realiti yang berlaku pasca konvensyen PR memang sudah di jangka. BN-UMNO sudah mula menabur fitnah. Apabila Kenyataan Lim Guan Eng tentang kerakyatan telah di seleweng oleh Utusan yang menjadi pencacai BN-UMNO ini (sumber). Bahkan, 'buah keras' yang di terima UMNO-BN dari Karpal Singh juga di jadikan isu. Seolah-olah UMNO-BN ini Tuhan yang menentukan keikhlasan seseorang. Emm..mungkin ada pemimpin UMNO-BN yang percaya UMNO-BN itu Tuhan, kalau tidak masakan mereka boleh mengaku hanya UMNO-BN sahaja yang boleh perintah Malaysia..dan UMNO-BN sahaja yang boleh beri Rakyat makan. Nauzubillah..

Jelas ucapan Lim Guan Eng tentang 'The Real Malaysian' adalah mereka yang bersifat adil kepada semua kaum dalam masa yang sama bersatu membentuk sebuah negara yang aman, tenteram dan penyayang dengan menyokong keadilan, kebenaran, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan. Manakala mereka yang bukan 'The Real Malaysian' pula tegasnya adalah mereka yang berperasaan benci terhadap kaum, jantina mahupun agama, selain mereka yang bersifat materialistik, tamak membolot kekayaan dengan rasuah dan sebagainya. Mereka ini dinamakan 'Malaysia Celup' atau 'Pseudo-Malaysians'.

Barangkali, mungkin 'The Real Malaysia' yang Lim Guan Eng maksudkan itu terlalu sukar di capai oleh pemimpin yang bernama UMNO-BN ini dan barangkali 'The Malaysia 'Celup'' itu tampaknya lebih secocok dan sedodon dengan mereka. Justeru tidak hairan apabila kenyataan tersebut di putar-belit Utusan..kerana 1 Malaysia sudah tahu Utusan Malaysia itu 'alat' fitnah UMNO-BN.

Saya tunggu apa pula fitnah tentang negara Islam yang telah di terima Karpal Singh..yang pasti seorang 'Firaun kecil' dan mula bersuara tentangnya..

Firman Allah s.w.t "..fitnah itu lebih besar daripada membunuh" (Al-Baqarah 191)


p/s: UMNO juara Fitnah Dulu, Kini dan Selamanya..BN, dosa di dahulukan, fitnah di utamakan...




No comments: