03 December 2010

Demo Bantah Roboh PASTI dan Surau Bukit Katil Lancar..


 PAS Negeri Melaka untuk kesekian kalinya telah mengadakan Himpunan Aman membantah perobohan PASTI dan Surau di Bukit Katil. Himpunan kali ini di hadiri oleh Ustaz Nasrudin Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat selain Ustaz Ghani Abdul Rahman, Pesuruhjaya PAS Melaka, Saudara Adly, Timbalan Pesuruh Jaya dan Ustaz Kamarudin Sidek, Ketua Pemuda PAS negeri Melaka.




Seperti himpunan sebelum ini, ianya di adakan bertujuan bagi memberitahu rakyat tentang kezaliman kerajaan negeri Melaka di bawah pemerintahan diktator Ali Rustam yang cuba untuk merobohkan PASTI dan Surau di Bukit Katil. 




PAS Melaka bersama PAS Kawasan Bukit Katil sebelum ini telah melakukan pelbagai usaha untuk mempertahankan PASTI dan Surau ini dari di roboh kerajaan Negeri, antaranya isu ini telah di bawa masuk ke dalam sidang Dun Negeri Melaka dengan bantuan ADUN dari DAP. Selain itu PAS Kawasan juga telah turun naik Pejabat Tanah bagi meminta penjelasan mengapa hak kami di rampas. Selain himpunan, solat hajat dan sidang akhbar berturut-turut turut di lakukan untuk memberi maklum kepada rakyat. 


 

Himpunan berakhir dengan aman setelah pihak polis memberi keizinan kepada semua pimpinan PAS untuk berucap.





p/s: aku ada pelik tengok polis tadi..macam malas je nak buat keje..FRU datang pun masa orang dah bersurai..lambat..Ali Rustam kena take note ni..



No comments: