07 December 2010

Harga Barang Naik, Nak Elak Penyeludupan - Awang Adek



Pengurangan subsidi untuk petrol, diesel dan gula yang berkuatkuasa baru-baru ini diyakini dapat mengurangkan aktiviti penyeludupan bahan berkenaan di kawasan sempadan negara - Awang Adek (sumber)

Berapa penjimatan yang di peroleh dari pengurangan aktiviti penyeludupan itu jika subsidi di kurangkan tidak pula di nyatakan..cuma kita boleh anggap alasan begini alasan typical dari seorang menteri yang memang tak mampu dan tak mahu merasai keperitan rakyat.

Kan baik beliau memberi alasan pengurangan subsidi mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas, atau dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya asbab dari kurangnya kenderaan di jalan raya (sebab minyak mahal).

Atau mungkin memberi alasan pengurangan subsidi itu mampu mengelakkanpenyakit kencing manis asbab dari kenaikan harga gula (alasan biasa menteri) atau boleh jadi ianya mampu memupuk semangat jimat cermat supaya pengguna tak membazir.

Oleh sebab itu, menteri-menteri jenis begini memang hanya mampu bercakap. Padahal mereka sendiri tidak pernah merasai keadaan sebegini, buktinya boleh lihat kehidupan mewah menteri-menteri UMNO-BN yang memerintah negara ini. Sebab itu mereka pernah 'condemn' seorang wakil rakyat dari DAP yang mahu mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz, sebabnya corak pemerintahn khalifah Umar itu menyalahi corak pemerintahan mereka. Jika khalifah Umar yang menjadi orang terakhir kenyang, mereka pula menjadi orang pertama kenyang. Jika khalifah umar mengasingkan harta negara dari kegunaan peribadi, mereka pula mencampur adukkan. Jika khalifah Umar menggunakan harta negara untuk keperluan, merekapula guna untuk kehendak nafsu semata-mata.

Alasan yang mengatakan pengurangan subsidi minyak dan gula ini mampu mengurangkan aktiviti penyeludupan menggambarkan kerajaan seolah-olah sudah tidak mampu dan keputus-an idea untuk mengatasi masalah penyeludupan ini. Ia ibarat langkah yang terakhir dan terdesak yang menjadikan rakyat sebagai mangsa.

Bukankah jika sebelum ini pelbagai usaha yang telah kerajaan lakukan di bawah kementrian dalam negeri membenteras kegiatan penyeludupan ini, seperti menguatkuasa akta dan undang-undang, denda maksima bagi yang terlibat, pemeriksaan dan kawalan bersepadu di setiap pintu sempadan, kempen kesedaran dan lain-lain.

Apakah ia masih tidak mampu di atasi? melaikan dengan mengurangkan subsidi minyak dan gula..?

Jika Awang Adek berpendapat masalah penyeludupan minyak dan gula menjadi alasan subsidi di kurangkan dan harga barang tersebut di naikkan..maka bagaimana pula nanti andai barang bersubsidi dan kawalan lain pula di seludup seperti garam, tepung gandum dan minyak masak, apakah akan naik juga? (rasanya barang-barang tersebut telah banyak kali naik).

Jadi alasan ini sebenarnya tak perlu di berikan lagi, sebagai contoh minyak mentah, sudah di maklumkan kenaikan harga di sebabkan mengikut pasaran dunia,sebagai contoh Ron97, andai aktiviti penyeludupan di bentras terus sekalipun, ia masih tetap di bawah kawalan harga pasaran dunia (sepertimana yang dikatakan menteri), mahu tak mahu di mana sahaja adanya minyak tersebut,pengguna tidak akan terlepas untuk membayar harga minyak tersebut mengikut harga pasaran. Apakah Awang Adek boleh beri jaminan andai aktiviti penyeludupan di bentras hingga tiada sekalipun, harga minyak akan turun???

Mungkin kita boleh tanya, berapa juta kerajaan rugi dari kegiatan penyeludupan berbanding keuntungan yang kerajaan peroleh dari perahan duit kocek setiap orang yang menggunakan kenderaan di Malaysia. Kirakan bilangan kegiatan penyeludupan itu dengan bilangan kegiatan seharian jutaan pengguna kenderaan bermotor yang mengisi minyak setiap hari, setiap minggu, bulan dan tahun. Begitu juga barangan asasi seperti gula yang boleh di katakan hampir setiap rumah memerlukannya.

Kerajaan memperuntukan 10 billion setahun bagi menanggung subsidi barangan, dalam masa sama kerajaan juga memperuntukkan 5 bilion untuk seketika masa bagi membina menara warisan 100 tingkat....owh ye, masih jimat 5 bilion...

Allahualam

p/s: Awang Adek terkenal dengan idea canggih beliau...


No comments: