112 peluru berpandu dilancar ke atas Libya (sumber)
Komentar: Amerika mula melancarkan serangan ketenteraan terhadap Libya. Atas alasan menentang pemimpin dan menyelamatkan rakyat Libya yang di zalimi pemimpin mereka sendiri.
Persoalannya, benarkan alasan tersebut? Apakah tindakan ketenteraan terhadap Libya ini akan menghentikan penentangan pemimpin Libya terhadap rakyat mereka sendiri ATAU ia sendiri akan menyebabkan mudarat dan kemusnahan yang lebih besar? Kenapa Amerika beriya-ia 'membantu' menyelesaikan pergolakan di Libya tetapi tidak di Mesir, Tunisia, Yaman dan lain-lain.? dan mengapa tidak di selesaikan dengan perundingan tetapi dengan ketenteraan?
Amerika pasti akan mendapat sesuatu UNTUNG darinya. Dunia bukan tidak kenal perangai Amerika yang menjadi sahabat baik Israel. Mengenal Amerika dengan perwatakan berpura-pura untuk membantu negara lain seperti mana di Iraq, Afganistan, Pakistan dan lain-lain.. hasilnya negeri-negeri tersebut makin teruk dan menjadi huru-hara.
Campur tangan kuasa luar hanyalah akan memburukkan lagi keadaan, lebih-lebih lagi dengan campur tangan ketenteraan. Biar lah negara yang bergolak itu menyelesaikan masalah mereka sendiri seperti yang di lakukan Mesir.
Tidak nampak penyelesaiannya dengan melancarkan peluru berpandu. Amerika hanya akan menambahkan lagi korban rakyat Libya. Kini, Gaddafi sendiri telah melancarkan perang terhadap Barat dan Amerika atas tindakan mereka dan pasti akan ramai lagi angka korban atas tindakan keterlaluan Amerika ini.
Apakah dunia tidak melihat bagaimana sifat sombong dan angkuh Gaddafi terhadap rakyatnya yang menentang beliau sehinggakan akan menyerang mereka yang menentangnya dengan jet pejuang. Mencabar Gaddafi seolah-olah mengajak beliau berperang. Kini Amerika dengan angkuh juga telah menceroboh Libya dan menyerang negara tersebut. Yakinlah, akan banyak pertumpahan darah yang akan berlaku dari perang ini sebagai contoh seperti yang berlaku di Afganistan dan Iraq.
Hakikatnya, musuh Gaddafi adalah rakyat mereka sendiri tetapi musuh dunia itu adalah Amerika dan Israel. Jika Gaddafi berlaku zalim pada rakyatnya, maka Amerika dan Israel berlaku zalim kepada ramai rakyat di negara-negara yang pernah di hancurkan. Maka sewajarnya, kita perlu menilai siapa musuh kita sebenarnya, lebih-lebih lagi musuh yang cuba menghalang umat Islam dari bangkit menentang kezaliman.
Atas sebab itu, konflik Libya perlu di selesaikan dengan campur tangan rundingan samada luar atau dalam dan tindakan nya haruslah di selesaikan di dalam cara rumah tangga mereka sendiri, bukannya dengan campur tangan luar, tindakan ketenteraan dan sebagainya.
Jika Amerika benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat Libya yang di bunuh pemimpin mereka sendiri, mengapa tidak di Palestine yang bukan di bunuh oleh pemimpin mereka tetapi pemimpin Israel yang menjadi parasit dalam negara orang? Jawapannya sudah di jawab lama, Amerika itu agen Yahudi. Musuh mereka bukan pengganas tetapi orang Islam yang di label pengganas. Mereka itulah pengganas yang nyata. Peperangan besar dunia yang banyak di catur oleh Barat dan kuasa Amerika dan bantuan kewangan, ketenteraan dan khidmat nasihat dari Israel.
Selagi Israel itu hidup di muka bumi, selagi itu dunia akan terus huru-hara. Israel dan sekutunya Amerika akan terus membunuh umat Islam atas alasan menghapuskan pengganas. Mereka tahu survival rakyat, khususnya umat Islam itu sendiri pada akhirnya akan bangkit dan membunuh puak-puak Yahudi di akhir zaman nanti. Maka secara fizikalnya dengan penghapusan etnik dan agama ini, memastikan umat Islam akan tiada di muka bumi. Hari ini juga serangan halus penghapusan etnik dan budaya islam itu juga di lihat hampir berjaya melalui 'Ghazwatul fikri'. Serangan ini lah paling berjaya di lakukan di kala umat Islam lemah di samping serangan fizikal melalui ketenteraan di lakukan. Musuh Islam sememangnya bijak memilih pintu yang rapuh.
Puncanya juga adalah dari sikap umat dan pemimpin Islam itu sendiri. Penentangan dan revolusi rakyat yang berlaku hari ini berlaku juga di sebabkan tidak jujurnya pemimpin mereka yang beragama Islam itu terhadap rakyat. Semua negara di di gulingkan rakyat adalah negara yang pemimpinnya Islam. Maka ia menjadi bukti bahawa pemimpin Islam hari ini telah gagal menjalankan amanah sebagai khalifah. Justeru tidak hairanlah orang bukan Islam mengambil kesempatan menyerang negara-negara ini. Tujuan dan matlamat yang masih di praktikkan Barat sejak dahulu, untuk sebaran agama, harta dan kemegahan. (Gold, Glory, Gospel).
Kesimpulannya, semuanya berbalik kepada persoalan asas. Kata orang 'Back to Basic'. Pegangan agama yang semakin jauh di tinggalkan. Andai semua manusia faham dan ambil agama, pasti semua akan bermati-matian untuk menyelamatkan agama dan umat Islam lain dari di tindas dan di serang oleh musuh, kerana sifat musuh itu akan kekal, tetapi sifat kita, hanya kita mampu mengubahnya./legendz