Beberapa hari sebelumnya juga, BN/UMNO dengan taktik yang sama telah membuat pelbagai fitnah dengan penyebaran risalah dan beberapa banner yang di percayai di gantung lewat malam.
Politik bacul BN bukan sahaja di lihat dengan penyebaran risalah dan banner fitnah, tetapi dengan kaedah ganas seperti memecahkan cermin kereta dan merosakkan motor penyokong pakatan rakyat yang datang mendengar ceramah pakatan rakyat. Bahkan UMNO/BN mempergunakan mat-mat rempit yang di upah untuk menganggu ceramah Pakatan Rakyat dengan membuat bising dengan bunyi motor.
Semalam TPM Muhyiddin Yasin mengatakanPembangkang telah membuat provokasi di dalam PRK dan meminta PR agar tidak bermain dengan api. Apakah Muhyidin Yasin ini sudah nyanyuk seperti Mahathir yang bercakap tidak melihat realiti. Muhyidin cuba menutup mata dengan menunding orang lain sedangkan mereka sendiri yang mengamalkan politik provokasi dengan cara fitnah, kekasaran dan ugutan dari pemimpin mereka. Ramai pemimpin BN/UMNO jadi bertambah munafiq dengan bercakap tidak serupa bikin apabila menjelang PRK.
Peliknya di dalam akhbar, pemimpin BN/UMNO begitu gah mengatakan BN akan menang besar di Merlimau. Persoalannya, kalau sudah yakin mampu menang besar, mengapa masih mengamalkan politik bacul..kenapa mengupah orang untuk mengedar risalah fitnah dan lucah? Kenapa upah orang rosakkan kenderaan orang awam? Dan kenapa menguggut rakyat supaya mengundi BN baru dapat sekolah dll?. Bukankah selama ini BN/UMNO sudah banyak menerima bantuan dari media mereka seperti TV3, TV1, Utusan dll? Bukankah mereka juga menerima sokongan dari jentera kerajaan seperti SPR, JKR, TNB, Pihak Berkuasa Tempatan dll?
Ini bukan cara politik anak jantan. Sudahlah Pakatan Rakyat di ajak berlawan di padang yang tidak rata, malah di ugut pula dengan pelbagai ancaman yang merosakkan demokrasi di Malaysia. Jelas tindakan ini hanya mengundang bala buat BN/UMNO. Semakin banyak tekanan yang di berikan kepada PR, semakin banyak modal dan pendedahan yang akan di berikan pada rakyat agar rakyat sendiri boleh membezakan antara kaca dan permata.
Allahualam.
1 comment:
patutlah ade pak cik tu marah sangat pasal isu "pangkah PAS masuk syurga"bjaya nampkanya dakyah UMNO!hmm.susah kalau org mudah percaya berita yg tersebar tanpa siasat!hmm
Post a Comment