03 March 2011

[PRK Merlimau] Hishamuddin: Pembangkang Eksploitasi isu semasa?


MERLIMAU: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pembangkang cuba mengeksploitasi isu-isu semasa bagi meraih simpati rakyat, sedangkan tindakan tersebut hanya untuk pulangan politik parti itu semata-mata.


Menurut Hishammuddin pembangkang bukan sahaja bertindak mengelirukan rakyat malah cuba memberi gambaran negatif tentang Malaysia di mata dunia.


Hishammuddin turut merujuk tindakan pembangkang yang didakwa mendalangi demonstrasi terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang diadakan di London serta perhimpunan Hindraf pada minggu lalu.


Hishammudin berkata, beliau mengetahui mengenai perancangan demonstrasi itu sejak dua hari lalu, malah pembangkang cuba menyemarakkan semangat anti Taib hingga ke serata dunia.


“Mengapa intensiti gerakan dibuat jika bukan kerana pertimbangan politik? Ini kerana pembangkang punya pulangan politik terbesar.


Mereka tergamak meletakkan agama ditepi semata-mata hendak buat huru-hara ditepi jalan.


“Mereka ambil kesempatan eksplotasi semata-mata nak raih simpati dan kelirukan rakyat sehingga memberi gambaran negatif kepada negara. Setahu saya mereka merancang mengadakan demo di London sejak dua hari lepas.



Apa jadi dengan ramalan 16 September?


‘Ura-ura mereka bahawa Sarawak berdepan pilihan raya, tapi apa yang diramalkan tidak jadi. Apa jadi dengan ramalan 16 September dan menteri yang lompat parti?

“Apa yang berlaku jadi sebaliknya…janji-janji mereka dalam Buku Jingga hanya retorik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Bertemu Pelanggan 1KDN di Merlimau Point petang tadi.


Sementara itu, ketika ditanya pemberita mengenai insiden kenderaan dirosakkan semasa ceramah Pakatan Rakyat diadakan malam semalam, beliau berasa ganjil memandangkan kejadian itu berlaku di markas pembangkang sendiri.


“Kami akan siasat secara profesional hal ini.Namun agak ganjil memandangkan insiden ini terjadi di markas pembangkang. Tak tahulah saya rasa ganjil,”katanya.


Semalam dilaporkan dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat.


Dalam pada itu mengulas mengenai tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan pentas ceramah untuk bercakap mengenai kes tuduhan liwat yang dihadapinya, Hishammuddin berkata rakyat kini lebih mengetahui apa yang terjadi.


“Kini dunia tanpa sempadan sebelum cerita orang sudah tahu, bukan seperti dulu rakyat terpaksa dengar bulat-bulat. Tapi kita sebagai kerajaan perlu terangkan perkara yang sebenar walaupun ianya bersifat ‘subjudice’. - Malaysia Today

No comments: