M.Daud Kilau yang masih steady..
Beza hiburan anjuran UMNO dan PAS bukan sekadar di bezakan dengan hiburan yang mengajak kepada akhirat dan hiburan yang mengajak kepada kelalaian dunia. Tetapi juga artis yang di bawa masuk.
Bob Lokman lebih memilih wadah PAS dari UMNO..sebab apa??
PAS ada Bob Lokman, artis yang telah kembali ke pangkal jalan setelah bergelumang dengan hiburan yang melaluikan. Bob Lokman juga di lihat membantu jentera PAS dengan berceramah di PRK Merlimau dan Kerdau. Dari pemerhatian, ceramah Sr Bob Lokman tidak lain sering menceritakan kisah silam dan sebab beliau berubah. Beliau komited dengan perubahan yang di lakukan, memandangkan hari ini manusia khususnya artis semakin jauh dari pengangan agama.
Situasi berlawanan di lihat pada pihak UMNO. Hiburan di dalam UMNO memang tetap ada seperti juga PAS yantg tidak menolak hiburan. Cuma pendekatan dan bentuk hiburan yang UMNo anjurkan hanyalah hiburan yang semata-mata melalaikan. Terbaru di Kerdau, Raja Gelek 'Keras' M.Daud Kilau menjadi penarik pengundi di sana. Barangkali ramai pengundi tua-tua yang akan terngaga dan terbeliak biji mata melihat artis pujaannya bergelek tambahan sama spesis, jenis RTM.
Malam ini, di khabarkan UMNO juga akan membawa masuk M.Daud Kilau untuk bergelek di Merlimau. Hipotesis yang boleh di buat, UMNO mahukan undi orang-orang tua / RTM ini kerana golongan ini sahaja yang di lihat mampu mengundi mereka. Bagi UMNO taktik menarik undi golongan tua atau berusia ini hanya dengan sogokan kain pelikat, beras, dan pelbagai janji selain hiburan yang melekakan. Kaedah inilah di lihat mereka mampu melemahkan minda untuk berfikir membezakan antara kebenaran dan kebatilan.
Bagi Pakatan Rakyat, khususnya PAS, hiburan amat perlu dalam konteks menarik golongan muda yang rata-ratanya mempunyai jiwa bebas dan memerlukan panduan mengikut selera mereka. Islam tidak menolak hiburan, Islam hany menolak hiburan yang melalaikan dan hiburan yang melanggar tatatusila dan adab dalam bangsa dan agama dari sudut penyampaian, mesej lagu, pakaian, imej dan sebagainya.
Golongan muda merupakan masa depan negara. Sepertimana kata-kata Soekarno, "Jika ingin melihat masa depan negara, lihatlah anak muda pada hari ini". Jika anak muda hari ini leka dengan hiburan melalaikan lebih-lebih lagi dengan pembawaan artis-artis barat yang tidak senonoh. Tambahan dengan pemimpin yang gagal mengawal kemasukan secara tidak langsung artis barat melalui media dari internet dan kaca TV dan ada pula pemimpin yang menjadikan Bintang Holywood termasuk Bollywood sebagai idola, maka tidak hairanlah tarbiyyah sebegini bakal menjahanamkan anak muda seterusnya kepada negara.
Selama 50tahun lebih memerintah negara, UMNO/BN telah gagal. Gagal membentuk anak muda menjadi manusia berguna, realitinya dapat di lihat dengan kebejatan sosial di kalangan anak muda pada hari ini, gejala rogol, judi, arak, buang bayi, bunuh, MURTAD dan lain-lain di lihat tiada tanda pengurangan. Masakan ada pengurangan dalam masa sama industri hiburan (perfileman) hanya mampu menayangkan filem-filem karut dan merosak aqidah. Bahkan dengan penguatkuasaan undang-undang yang longgar sambil pemimpin mereka menghina pula hukum Allah. Inilah bala yang manusia kurang sedar.
Umat Islam perlu kembali kepada pegangan utama iaitu Al-Quran dan Sunnah dengan menolak sistem dan ajaran BN/UMNO yang taghut ini. Cukuplah peluang dengan tempoh masa yang lama di berikan kepada BN untuk memerintah negara. Sepatutnya dengan usia negara sebegini, banyak perubahan yang dapat di lakukan kepada umat khususnya pada umat Islam. Hari ini orang Islam sendiri prejudis dengan agama mereka, menolak hukum yang di cipta oleh Tuhan mereka, menghina para-para ulama yang menjadi pewaris nabi mereka, kitab mereka sekadar di jadikan hantaran bukan amalan. Malah menjadi malang, menjauhkan orang bukan Islam untuk mengenal Islam sdangkang di Barat, iaitudi negeri bukan Islam berbondong-bondong orang bukan Islam memeluk Islam. Berbeza Malaysia yang kononnya di katakan sebuah negara Islam.
Ayuh lakukan perubahan. Cukuplah kita berada di takuk lama, menjadi kolot dan jumud untuk menerima perubahan sedangkan kita telah melihat kebejatan kerajaan yang sedia ada. Pilihlah pemimpin yang bersih yang dapat bantu menyelamatkan negara.
Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia.
p/s: M.Daud Kilau ni parti apa agak-agaknya..Perkasa kot?
No comments:
Post a Comment