26 March 2011

Tubuh Parti Baru untuk Politik yang lebih bermoral?


Cuba baca idea dari seorang agamawan tanahair. Kita memang sokong idea ini. Kita sokong sebab ia adalah idea yang baik tentang bagaimana rentak dan corak berpolitik di negara kita perlulah ditajdid. Ini idea tajdid.

Berikut ini petikan ideanya:

"Bangkit generasi baru
Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini.

Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!"

--Selesai petikan--

Wahai anak muda.. Mari kita fikirkan bersama...
Idea-idea yang baik seperti di atas memanglah kita alu-alukan. Namun, kenalah ingat ia hanyalah dalam bentuk idea sahaja. Masih berlegar-legar dalam tempurung kotak fikiran sahaja.

Wahai anak muda, apa yang anda perlukan bukanlah sekadar idea tetapi mengotakan apa yang dikata. Mengaplikasikan idea berkenaan di tengah-tengah kebejatan dunia politik hari ini.

Kita tidak mahu anak-anak muda hanyut khayal dan bergembira bersorak sorai dengan idea yang dirasanya itulah segala-galanya. Padahal ia cuma sekadar idea.. Yang tidak ke manapun dan yang boleh diucapkan dan dicopy-paste oleh sesiapa sahaja.

Apa yang boleh anda lakukan?

Anak-anak muda mesti mendesak golongan pro tajdid yang kita lihat cukup bagus, kritis dan membina idea-ideanya agar mereka turun padang dan tubuhkan parti politik untuk mengaplikasikan idea-idea mereka. Bukanlah untuk menang pilihanraya tetapi untuk dijadikan sebagai model cara berpolitik yang baik. Juga untuk dijadikan contoh dan teladan kepada 'pelakon dan watak selekeh' dalan pentas politik.

Apakah mereka berani??!

Al-Ahkam.net

No comments: