04 March 2011

Kekayaan minyak harus dikongsi dengan rakyat


LONDON: Rakyat di negara-negara pengeluar minyak harus mendapat faedah yang lebih hasil dari sumber kekayaan negara mereka.


Tokoh pelabur bilionaire George Soros berkata, pemberontakan di Libya adalah sebahagiannya akibat dari “perasaan marah terhadap rasuah” dan bosan dengan penyelewengan dalam pengurusan hasil wang minyak.


Beliau berkata, negara-negara pengeluar lain seperti Rusia dan Arab Saudi perlu lebih telus dan bertanggungjawab dalam urusan pengendalian hasil minyak.


Libya menghasilkan 1.6 bilion tong minyak sehari dan merupakan pengeluar ke 17 terbesar dunia.


Dan matlamat Muammar Gaddafi terus bergayut kepada kuasa adalah kerana berbilion dolar hasil dari minyak melimpah ke dalam negara itu.


Menyentuh mengenai negara-negara di Afrika Utara dan Timur Tengah dilanda kebangkitan rakyat, Soros berkata, sebab berlakunya pemberontakan ialah perasaan jijik terhadap rasuah akibat dari salah guna terhadap sumber asli seperti di Libya.


“Rakyat mahu melihat ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam mengurus sumber asli supaya faedahnya dapat dinikmati bersama.Gaddafi kaut hasil minyak


“Libya menghasilkan kekayaan yang banyak di mana Gaddafi mengautnya sesuka hati, seolah-olah ia milik peribadinya dan sekarang ini rakyat bangkit menentangnya,” katanya.


Beliau berkata, Amerika Syarikat dan Eropah perlu menyokong pemberontakan dengan lebih aktif di Libya dan di tempat-tempat lain supaya kerajaan-kerajaan baru yang akan terbentuk bekerjasama dengan Barat.


“Apa yang berlaku hari ini di Timur Tengah adalah serupa dengan apa yang berlaku di negara bekas Soviet Union pada 1989 hingga 1991. Tapi rejim itu bermusuh dengan Barat dan telah hancur kerana pemberontkan,” katanya.


Soros berkata, “sekarang ini kita melihat kerajaan-kerajaan (di Afrika Utara dan Timur Tengah) disokong oleh Barat maka Barat hendaklah mendapatkan semula sokongan daripada rakyat di negara-negara berkenaan dengan menyokong masa peralihan kepadademokrasi.


“Adalah penting bagi Amerika Syarikat dan Eropah menjadi teraju utama dalam pemberontakan itu dari memainkan peranan dibelakang tabir,” katanya.


Beliau menambah, jika mereka berada di belakang pemberontakan itu maka mereka akan kehilangan dokongan dari kerajaan-kerajaan baru yang akan ditubuhkan nanti.


“Jika kerajaan-kerajaan ini disokong dengan baik maka negara-negara tersebut akan muncul sebagai negara demokrasi dan ini mewujudkan keadaan yang lebih baik,” ujar beliau.


BBC News


p/s: peringatan buat kerajaan BN.

No comments: