28 May 2009

5 Tokoh Gerakan Islam Malaysia

Posting kali ini aku hidangkan kepada anda semua secara ringkas  5 orang tokoh gerakan Islam Malaysia yang amat besar nilainya kepada perjuangan Islam, khasnya kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bersempena Muktamar Agung PAS kali ke55 ni. Rujukan: Buku 5 Tokoh Gerakan Islam (PAS Gombak)

1) Ustaz Abu Bakar Al-Baqir (1907-1974)

-dilahirkan pada tahun 1907 di Gunung Semanggol. Al-Baqir bermaksud 'amat pintar'

-pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunung Semanggol dan pada tahun 1919 di pondok Ar-Rahmaniah. 1924, di Pondok Da'irat Al-Ma'rif, Kepala Batas. Seterusnya menyambung pengajian agama di Pondok Idrisiah, Kuala Kangsar dan menjadi pelatih di sekolah tersebut.
-Seorang aktivis dakwah dan politik, antara pertubuhan2 politik yang beliau ceburi
• Persatuan Melayu Pulau Pinang
• Persatuan Melayu Perak
• Persatuan Sunligh Taiping
• Kelab Saadat Kuala Kangsar
• Kesatuan Melayu Muda (KMM)
• Angkatan Pemuda Insaf (API)
• Barisan Tani Se-Malaysia (BATAS)
• Pembantu Indonesia Merdeka (PIM)

-Melakukan pelbagai usaha pembaharuan dalam pelbgai bidang:

• Pembaharuan melalui ekonomi

Beliau mempengerusikan persidangan Ekonomi Agama se-Malaya, tujuan persidangan tersebut adalah untuk “berusaha meluaskan penyiaran agama dan berusaha mempertinggikan ekonomi bangsa dan Negara yang sudah hampir lenyap ke tangan asing”.

• Pembaharuan dalam Pentadbiran Agama

Majlis Agama Tinggi atau dikenali sebagai MATA pada tahun 1947. MATA bertujuan untuk memperbetulkan pengurusan dan pentadbiran hal ehwal agama Islam yang ditadbir oleh ulama’ tradisional dan raja Melayu.

• Pembaharuan melalui Pendidikan

Pada tahum 1947, sebuah badan yang dinamakan LEPIR atau Lembaga Pendidikan Rakyat telah ditubuhkan, ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dilantik menjadi pengerusi LEPIR. LEPIR bertujuan untuk memajukan sekolah agama di seluruh Tanah Melayu. Dengan menggabungkan semua sekolah rakyat di Tanah Melayu bagi melahirkan satu sistem persekolahan serta membentuk satu sukatan pelajaran yang seragam bagi semua sekolah rakyat. Melalui LEPIR juga, penerbitan buku pelajaran agama dan bahasa Arab telah dilakukan. Malah, terdapat juga usaha ke arah penubuhan sebuah universiti Islam dengan menubuhkan sebuah tabung dana daripada rakyat.

• Pembaharuan melalui politik Islam

Pada 14 Mac 1948, dalam Persidangan MATA, sebuah ”parti Orang-Orang Islam Malaya” atau dikenal dengan nama Hizbul Muslimin telah ditubuhkan. Nama Hizbul Muslimin telah dicadangkan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan di sokong oleh Ustaz Abrab Tamimi dan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Mengambil semangat penubuhan daripada Masyumi Indonesia dan Ikhwanul Muslimin di Timur Tengah, Hizbul Muslimin ditubuhkan bagi memperjuagkan kemerdekaan tanah air berasaskan Islam. Dasar Parti ini adalah atas dasar ”Islam semata-mata bagi mencapai kemerdekaan bangsa Melayu yang berdaulat, menciptakan masyarakat berdasarkan Islam dan mencapai Tanah Melayu Darul Islam”

Sumbangan kepada gerakan Islam

Walupun aktiviti diatas nama Hizbul Muslimin berakhir isebabkan perintah Darurat, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan polotiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951.

Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlu diberikan kepada Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Menjadi perintis dan asas utama kepada penubuhan PAS.

Dalam Islam telah cukup syarat-syarat yang membawa kepada keselamatan dunia dan akhirat sekiranya seluruh umat Islam mengamalkannya, Islam lebih demokrasi daripada demokrasi dan lebih baik daripada segala yang baik
(Penegasan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir untuk menjadikan Tanah melayu sebgai Darul Islam, 1948)



2) Dr. Burhanuddin Al-Helmy (1911-1969)

-Nama sebenar beliau Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor, dilahirkan pada 28 Ogos 1911 di Chankat Tualang, perak
-Pendidikan awal di kelas Al-Quran dan agama dan sekolah Melayu. Beliau dihantar ke Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumater Barat pada tahun 1924 hingga 1926.
-mengambil phD di Universiti Aligarh, India, jurusan sastera dan falsafah. Beliau kembali bertugas sebagi guru bahasa Arab di Sekolah Al-Juned Singapura. Di Singapura, beliau mempelajari ilmu perubatan homeopati dan berjaya mendapat Ijazah daripada Ismailiyah Medical College, Hyderabad India. Denga kejayaan ini beliau telah membuka klinik di Johor Bahru dan di Jalan Picitan, Singapura.

Seorang aktrivis dakwah dan pilitik. Pembabitan awal beliau,

• Ahli Persatuan Jama’tul Islamiah
• Ahli kesatuan Melayu Muda (KMM),1939
• Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu semasa pendudukan Jepun
• Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS),1945
• Ketua Imim Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),1945
• Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947
• Ahgli Jawatankuasa Perhubungan Bangsa-bangsa Asia,1947
• Ahli pengasas PEPERMAS,1947
• Ahli pengasas MATA,1947
• Ahli pengasas Hizbul Muslimin,1948
• Wakil Malaya di Persidangan Afro-Asia Bandung, 1955
• Jurucakap Barisan Kebangsaan melayu, 1955
• Melancarkan penubuhan Perti Rakyat Malaya 1955

Tokoh Pejuang Kemerdekaan

Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah antara tokoh ulung perjuanagn kemerdekaan. Beliau bergiat cergas dlm KMM dengan tujuan menentang penjajahan British.

Sumbangan kepada Gerakan Islam

Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pemimpin politik Islam yang mendahukui zamannya. Beliau seorang yang progresif, realistik. Berpandangan global serta bertindak berpandukan prinsip2 Islam. Beliau menolak sebarang bentuk dan unsur kolonisme. Tujuan utama beliaun dalam perjuangan politik beliau adalah untuk memerdekakan rakyat Tanah Melayu. Bahklan beliau mahu seluruh bumi Asia bebas daripada sebaarang bentuk penjajahan.

Beliau sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana2 pihak sama parti politik bukan melayu atau bukan berasaskan Islam asalkan ia memiliki cita-cita dantujuan yang sama, iaitu untuk sama-sama mencapai matlamat perjuangan membebaskan rakyat daripada penjajahan.

Beliau mengambil pendekatan yang terbuka. Pengalaman silamnya sebelum menerajui PAS yang sentiasa bersedia bekerjasama untuk mengejar cita-cita bersama, iaitu kemerdekaan, telah berjaya menempatkan PAS dalam kancah arus perdana politik negara pada masa itu.

PAS dilihat ada kelainan tetapi Dr Burhanuddin Al-Helmy sebagai tokoh PAS ini tidak lain dan tidak asing bagi mereka yang sama2 mahu mengejar cita-cita kemerdekaan. Pakatan politik yang diwujudkan oleh beliau dengan parti-parti bukan Melayu dan bukan berasaskan Islam telah melonjakkan PAS sebagai sebuah parti yang berjuang di atas satu ideologi yang jauh lebih jelas daripada UMNO.

Kelainan inilah yang disebut oleh pimpinan PAS hari ini sebagai aqidah perjuangan . Dalam bahasa Dr Burhanuddin Al-Helmy ia disebut sebagai ideologi perjuangan. Ini kerana pada masa pemimpin2 UMNO masih terperangkap dengan persoalan politik perkauman dan perjuanagn kebangsaan yang sempit, PAS di bawah pimpinana Dr Burhanuddin Al-Helmy berjaya meyakinkan rakyat bahawa akar umbi masalah rakyat Tanah melayu adalah warisan penjajahan yang berupa penindasan ekonomi dan politik serta sistem kapitalis global yang menindas dan memperhambakan pribumi tanah jajahan.

Karya dan Penulisan

• Buku, Perjuangan Kita, 1946
• Falsafah Kebangsaan Melayu, 1947
• Agama dan Politik, 1954
• Ideologi Politik Islam, 1957

Dalam pergolakan politik di tanah air kita ini, PAS muncul dengan cita-cita kenegaraan Islam, cita-cita ini wujud dan diperjuangkan berdasarkan keyakinan hidup berugama dalam kalangan pendokong PAS. Dinyalakan oleh sinar sejarah Nabi dan sahabatnya yang telah berjaya membentuk negara dan pemerintahanyang bercorak dan berhukumkan Islam dalaam pentadbirannya” (Ucapan Dr.Burhanuddin Al-Helmy di Pembukaan Mesyuarat Agung PAS ke-12,1964)



3) Dato’ Profesor Zulkifli Muhammad (1927-1964)

-Dilahirkan di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak pada 22 Mac 1927. Ketika berusia dua bulan beliau telah diserang penyakit polio yang menyebabkan kecacatan pada sebelah tangan dan kaki yang diwarisinya sepanjang hayat.
-Pendidikan awal di Sekolah Melayu Parit, PerakPeneruskan pengajian ke Madrasah Aziziah Parit dan ke Sekolah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Pada tahun 1947, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Disana beliau bercita-cita melengkapkan diri sebagai seorang ulama’ dan juga mendalami ilmu2 Barat seperti psykologi, ekonomi, bahasa Inggeris, sains, Biologi, Kurikulum, Falsafah, Undang-undang antarabangsa dan Sejarah.

Pembabitan Awal dalam politik

-Terlibat secara aktif dalam Pergerakan Perikatan Pemuda Perak pada tahun 1946 hingga 1947. Beliau turut bergabung tenaga dengan UMNO dalam perjuangn menentang Melayan Union.
-Menjadi Ynag Di-Pertua Persekutuan Putera-Putera Melayu Semenanjung di Mesir pada tahun 1948 hingga 1950.
-Beliau turut melibatkan diri dalam pertubuhan pelajar lain seperti Jamaiyyah Syubban Al-Muslimin. Beliau amat tertarik dengan pemikiran Hasan Al-Banna ketika beliau berada di Mesir.

Menyertai dan memimpin PAS

Penglibatan awal politik Zulkifli Muhammad banyak dikaitkan dengan UMNO. Walubagaimanapun, beliau meninggalkan UMNO pada tahun 1955 apabila UMNO bergabung dengan MCA dan MIC untuk membentuk Perikatan.

Setahun sebelum itu Dr Burhanuddin Al-Helmy menyertai PAS, beberapa oarang pemuda PAS telah pergi ke Kuala Kangsar untuk bertemu Zulkifli Muhammad. Tujuannya adalah untuk mempelawa Zulkifli Muhhamd menyertai PAS.

Zulkifli Muhammad bersetuju menyertai PAS dan bertanding atas tiket PAS pada pilihanraya tahun 1955 begi merebut kawasan Selangor Tengah tetapi kalah. Dalam Muktamar PAS ke-5 pada 25 Dis 1956, beliau dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Agung PAS dan memjadi wakil rakyat PAS setelah memenagi kerusi Parlimen Bachok, Kelantan pada pilihanraya 1959.

Sumbangan kepada gerakan Islam : Ahli Parlimen yang berjaya

Sepanjang tahun 1959 hingga 1964, penglibatan Zulkifli Muhammad paling menonjol sebagi seorang Ahli Perlimen. Beliau merupakan wakil rakyat yang sentiasa berada di dalam dewan pada setiap persidangan. Beliau pernah mencatat sejarah apabila berucap selama empat jam di dewan Rakyat berhubung denga Rang Undang-Undang Malaysia.

Di sidang Perlimen, beliau mendesak supaya kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menarik balik pengiktirafan ke atas negara Israel kerana kewujudannya telah menafikan hak Palestin, menyarankan Kerajaan Persekutuan menghantar memorandum ke PBB membantah tindakan ganas Perancis ke atas Algeria, menggesa agar kerajaan mengambil inisiatif menubuhkan sebuah komenwel negara-negara Islam.

Beliau turut bercakap tentang kewajipan membenteras amalan rasuah, menggalakkan masyarakat desa terlibat dalam industri kecil, ancaman getah tiruan, pembangunan bandar agar tidak tertumpu di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya semata-mata. Beliau sering menyeru agar kerajaan wajib berhemah dan berhati-hati menggunakan wang negara. Beliaun tidak mahu sesen pun wang negara dikeluarkan secara sia-sia. Ini kerana, menurutnya wang negara adalah wang hasil titik peluh rakyat.

Ketika Tun Abd Razak merayu agar Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1960, Zulkifli Muhammad dan ahli-ahli Parlimen PAS memberi amaran bahawa akta seumpama itu amat mudah disalahguma demi kepentingan politik UMNO-Perikatan. Ternyata amaran tersebut menjadi kenyataan apabila ribuan aktivis politik pembangkang termasuk ahli2 Parlimen PAS seperti Nik Abdullah Arshad dan Dr Burhanuddin Al-Helmy sendiri ditahan kemudiannya di bawah akta tersebut.

Karya Penulisan

Zulkifli Muhammad telah menghasilkan tiga buah buku:
• Masyarakat dan Syariat
• Analisa tentang Beberapa Masalah Hidup
• Pegangan Hidup Umat Islam

Selain daripada itu, beliau juga banyak menghasilkan beberapa rencana seperti:
• Falsafah Akhlak dalam Islam
• Umat Islam Sekarang makin Mundur
• Peranan Filem Dalam Masyarakat
• Economic Justice
• Kebangkitan Ekonomi Menurut Pandangan Islam

Tugas menegakkan sebuah negara Islam, yang di dalamnya ideologi Islam dan segala undang-undang di dalamnya, adalah kewajiban pokok yang harus diperjuangkan oleh tiap-tiap mereka yang bernama muslim, lebih-lebih lagi parti Islam seperti PAS” (Prof Zulkifli Muhammad dalm Suara Islam, 15 Mei 1957)



4) Tuan Guru Yusof Rawa (1922-2000)

-Yusof bin Haji Abdullah dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang pada 8 Mei 1922. Bapanya seorang pedagang yang merantau dari Sumatera yang menjual kitab-kitab dan alat-alat kegunaan untuk ibadat seperti tasbih, sejadah dan lain-lain.
-Pendidikan awal Tuan Guru Yusof Rawa bermula di Sekolah Melayu Jalan Carnavon dan kemudiannya ke sekolah Charausta. Pendidikan menegah beliau ialah di Government English School dan kemudiannya di Penag Free School sehingga lulus peringkat Junior Cambridge.
-Selepas itu bapa beliau menghnatar beliau ke Mekkah untuk menuntut dalam bidang agama. Dan beliau menetap disana selama 12 tahun.

Menghadapi ujian

Semasa jepun menyerang Tanah Melayu, kawasan tempat tinggal keluarga beliau telah dihujani dengan bom dari pesawat udara Jepun. Bapanya, Hj.Abdullah Hj Nordin sempat menyelamatkan anak-anak dan isterinya. Walaubagaimanapun, apabila keluar sekali lagi untuk mengambil sesuatu yang masih tertinggal di kedainya, sebutir bom telah gugur jatuh berhampirannya. Hj Abdullah terkorban dan tubuhnya berkecai. Peristiwa berlaku semasa Tuan guru Yusof Rawa masih berada di Makkah.

Sekembalinya beliau dari Makkah, beliau menerbitkan majalah Al-Islah. Di atas kegiatannya ini beliau ditahan oleh penjajah British yang mengesyaki beliau terbabit dengan gerakan Islah di mesir.

Penglibatan dalam PAS

Tuan Guru Yusof rawa telah mendaftar menjadi ahli PAS seumur hidup pada awal penubuhan PAS iaitu pada tahun 1951. Pada tahun 1959 beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. Dan kemudian dipilih menduduki Jawatankuasa Pusat yang ketika itu didominasi oleh pemimpin2 dari Pantai Timur dan Kedah.

Menjelang penghujung tahun 1970an, Tuan Guru Yusof Rawa menjadi Naib Yang DiPertua pertama dan Naib Yg DiPertua kedua adalah Ustaz Fadhil Noor. Pada tahun 1981, Tuan Guru Yusof Rawa bertanding sekali lagi untuk jawatan Timbalan Yang DiPertua PAS den menang. Dalam Muktamar PAS ke-29 pada tahun 1983, Tuan Guru Yusof Rawa telah sebuklat suara dilantik Yang DiPertua PAS.

Apabila Majlis Syura Ulama’ diwujudkan melalui pindaan Perlembagaan PAS , Tuan Guru yusof Rawa telah dipilih sebagai Mursyidul Am yang pertama pada tahun 1987. Beliau telas melepaskan jawatan sebagai Mursyidul Am pada tahun 1993 dan digantikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am PAS yang kedua.

Tragedi Memali

Tragedi Memali yang tercetus pada 18 November 1985, berlaku semasa PAS diterajui oleh Tuan Guru Yusof Rawa. Tragedi ini merupakan pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya dan 13 rakan-rakannya akibat serangan oleh kira-kira 4000 anggota polis. Empat anggota polis turut terbunuh. Tragedi Memali ini adalah bersifat dan bermotifkan politik.

Ia berlaku apabila sokongan orang Melayu yang semakin meningkat terhadap PAS dan kepimpinan ulama’. Ia sebelum itu didahului dengan beberapa operasi penahanan ISA terhadap tokoh2 pemuda PAS.

Tuan Guru yusof Rawa dengan tenang menangani tragedi ini. Tugas ini diserahkannya dengan penuh bijaksana kepada timbalannya Ustaz Fadhil Noor. Di bawah kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa, PAS menegaskan bahawa Ustaz Ibrahim Libya dan rakan2nya gugur sebagai syuhada’ walaupun Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah menafikan bahawa mereka tidak mati syahid dan dianggap sebagai syibghul bughah atau sebagi penderhaka.

Sumbangan kepada Gerakan Islam : Sikap Terbuka dan sederhana

Sumbangan terbesar Tuan Guru Yusof Rawa terhadap gerakan dan perjuangan Islam di Malaysia adalh di atas tindakannya untuk mengukuhkan serta menempatkan kembali PAS dalam arus perdana politik dan dakwah di negara ini.

Kepimpinannya yang terbuka memberi ruang yang seluas-luasnya kepada tokoh dan tenaga pelapis dalam PAS untuk melakar dan mencorakkan peta baru perjuangan Islam di Malayssia melalui PAS. Konsep kepimpinan ulama’ yang diterajuinya memartabatkan kedudukan gerakan Islam di atas paksi ilmu, syahsiah dan akhlak mulia pemimpin2 yang tinggi cita-cita perjuangan Islamnya.

Peralihan daripada sebuah gerakan yang dianggap sebagai nasionalis Islam kepada sebuah harakah Islamiyyah telah menarik minat golongan teknokrat, intelektual, para lepasan universiti tempatan dan luar negara serta pelbagai lapisan pencinta perjuangan Islam di negara ini.

Dalam konteks pengukuhan unsur-unsur dalaman PAS, Tuan Guru Yusof Rawa membuka ruang seluas-luasnya kepada pendekatan tarbiyyah dan harakiyyah. Pendedahannya di luar negara serta pengetahuannya tentang perjuangan gerakan Islam seperti Ikhwan Muslimin dan gerakan-gerakan pembebasan yang lain, memberi keupayaan kepada Tuan Guru Yusof Rawa untuk mencorakkan gerakerja haraki dalam PAS. Sikap ini telah berjaya memberi laluan kepada pendokong-pendokong Islam daripada pelbagai latar belakang untuk menyertai dan terlibat aktif dalam PAS.

Namun di sebalik sikap terbuka dan sederhananya, PAS di bawah teraju kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa tidak pernah berkompromi dengan kezaliman, penindasan dan kemungkaran. Di bawah teraju Tuan Guru Yusof Rawa, ditegaskan dengan jelas bahawa kepimpinan ulama’ bukan sahaja membawa makna kepimpinan mesti diterajui oleh ulama’.

Hakikat yang lebih utama adalah kepimpinan ulama’ berkehendakkan kepada kandungan perjuangan yang berteraskan ciri-ciri tarbiyyah, dakwah, ilmu dan satu pergerakan atau harakah yang menjadikan cita-cita Islam sebagai paksinya.


Kita memilih penyertaan dalam pilihanraya sebagai satu pendekatan untuk mencapai matlamat perlaksanaan Islam bersama dengan program tarbiyyah yang berterusan di kalangan ahli dan masyarakat sebagai program yang utama dan asasi” (Ucapan Dasar Tuan Guru Yusof Rawa dalam Muktamar Tahunan PAS ke-35,1989)



5) Dato’ Fadzil Noor (1937-2002)

-Dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah. Ayahnya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Abdul Rahman meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil.
-Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga (1946-1949). Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Maktab Mahmud Alor Setar (1949-1958) dan peringkat tinggi (1958-1962).
- Pada tahun 1962, Ustaz Fadzil Noor melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir. Pada tahun 1967 beliau berjaya menamatkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah.
-Sekembalinya dari Mesir, Ustaz Fadzil Noor menjadi tenaga pengajar di Maktab Mahmud (1967-1973) dan pada tahun 1973 menerima tawaran sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Penglibatan awal dalam politik

Ketika di Mesir Ustaz Fadzil Noor memimpin Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai ketua penerangan, setiausaha dan akhirnya sebagai timbalan presiden.
Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976),

Menjadi Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978). Semasa memimpin ABIM, Ustaz Fadzil Noor turut terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah pada tahun 1974. Ketika Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA di Kamunting dari tahun 1974 hingga 1976, Ustaz Fadzil Noor menjadi Pemangku Presiden ABIM dan beliau juga pernah menjadi setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Kedah.

Penglibatan dalam PAS

Ustaz Fadzil Noor mula terlibat dengan PAS pada tahun 1959 ketika masih menuntut di Maktab Mahmud. Beliau membantu calon-calon PAS dalam pilihanraya tahun tersebut.
Ustaz Fadzil Noor juga dalam kempen tersebut sering mengikuti ceramah-ceramah Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Prof. Zulkifli Muhammad.

Ustaz Fadzil Noor seterusnya dilantik menjadi YDP PAS Kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan Negeri PAS Kedah. Dan Jawatan tertinggi yang pernah disandang oleh Ustaz Fadzil Noor adalah Naib Yang Dipertua (1979-1983), Timbalan Yang Dipertua (1983-1989), Presiden PAS (1989-2002).

Memantapkan Konsep Kepimpinan Ulama’

Di bawah kepimpinannya, Ustaz Fadzil Noor menekankan agar golongan ulama’ hendaklah sentiasa berusaha untuk melayakkan diri menjadi pemimpin dan PAS memberikan perhatian supaya institusi ulama’ mesti disokong dan didaulatkan.

Ustaz Fadzil Noor berpandangan bahawa kepimpinan PAS akan lebih terbuka dan lebih banyak dipikul oleh golongan intelektual masa depan, namun konsep kepimpinan ulama’ akan terus menjadi teras. Sejak kepimpinan ulama’ diketengahkan, PAS berjaya menawan dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. Kedua-dua negeri ini telah memberikan penghormatan kepada ulama’ untuk menjadi Menteri Besar.

Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang ke Parlimen juga merupakan satu penampilan tokoh ulama’ yang berwibawa dan amat dikagumi.

Sumbangan kepada Gerakan Islam

Di peringkat politik dalam negeri, Ustaz Fadzil Noor telah berjaya mewujudkan beberapa pakatan politik atau tahaluf siyasi. Antaranya CCC, Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif.

Beliau juga telah berjaya mewujudkan pakatan politik yang bertujuan khusus menentang kezaliman ISA melalui penubuhan GERAK dan GMI, Gerakan Mansuhkan ISA.
Di peringkat serantau beliau memainkan peranan untuk mewujudkan permuafakatan di kalangan kumpulan-kumpulan Islam di Indonesia.

Selepas tercetusnya Reformasi Indonesia dan jatuhnya Presiden Suharto, maka telah muncal banyak parti-parti yang berteraskan Islam di Negara tersebut.
Ustaz Fadzil Noor mengambil inisiatif dan langkah diplomasi bertemu pemimpin parti-parti tersebut dan mengsyorkan agar mereka tidak membentuk terlalu banyak parti berteraskan Islam di sana.

Ustaz Fadzil Noor juga telah berjaya menempatkan PAS sebarisan dengan gerakan-gerakan Islam dan parti-parti politik Islam di peringkat antarabangsa.
Ustaz Fadzil Noor menegaskan:

”PAS sebagai sebuah jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan umat, adalah satu daripada mata rantai Gerakan Islam seluruh dunia. Ia bersama-sama dengan Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaati Islami di benua kecil India, Refah Party di Turki, FIS di Algeria, HAMAS di Palestin dan lain-lain harakah Islam di seluruh dunia, mendukung perjuangan Islam dan bangun bersama Islam serta merealisasikan corak hidup Islam”

Di peringkat politik antarabangsa juga, Ustaz Fadzil Noor tegas dan lantang menentang kerakusan dan dasar-dasar kejam kuasa Amerika dan Barat. Dalam isu Palestin, Israel, Chechnya, Afghanistan dan Iraq, PAS di bawah teraju Ustaz Fadzil Noor mengambil pendirian yang cukup lantang dan jelas. Tidak sedikit pemimpin dan ahli-ahli PAS semasa menyatakan pendirian dalam isu-isu antarabangsa melalui ceramah dan demonstrasi aman yang telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap.

Pendiriannya yang jelas dan tegas terhadap isu-isu antarabangsa yang melibatkan umat Islam telah menyuntik semangat juang yang tinggi di kalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS.

Dalam masa yang sama Ustaz Fadzil Noor juga amat teliti dengan isu-isu tempatan. Sebagai contoh, beliau amat cermat menangani isu hak istimewa orang Melayu di negara ini. Mengambil hujah daripada tindakan Khalifah Umar bin Al-Khattab semasa pemerintahannya, Ustaz Fadzil Noor menegaskan terdapat hak istimewa seumpama ini demi menjaga kepentingan penduduk asal tempatan khususnya yang tidak berada.

Kembali ke Rahmatullah

Ustaz Fadzil Noor kembali ke rahmatullah pada pagi 23 Jun 2002 setelah dua minggu mengalami koma selepas pembedahan yang dijalaninya. Dengan arahan kerajaan Pusat, jenazahnya diterbangkan dengan pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia ke Kedah.

Jenazah dibawa ke Muassasah Darul Ulum, institusi ilmu yang diasas dan diperjuangkannya. Pada hari beliau dikebumikan pada malam 23 Jun 2002, hampir setengah juta orang berkumpul di situ.

Dari Alor Setar hingga ke kawasan itu, hampir 30km orang ramai penuh sesak di sepanjang jalan menunggu jenazahnya lalu.
Malah pada ketika terakhir jenazah hendak dikebumikan, tiada lagi kenderaan dapat bergerak sepanjang hampir 10km menuju ke Muassasah Darul Ulum.

Tidak kurang 50,000 orang menunaikan solat jenazahnya pada malam itu. Ia dikira satu rekod terbesar dalam sejarah umat Islam di negara ini.

”Tidak ada satu parti politik di Malaysia yang mempunyai tradisi penyatuan ulama’ dan golongan profesional yang kukuh seperti yang wujud dalam PAS” (Ucapan Dasar Dato’ Fadzil Noor dalam Muktamar Tahunan PAS ke-46, 2000”

2 comments:

Mohd Amin Bin Mohd Hamami said...

Ermm...belum ada yang dari melaka kan...
enta kena buktikan..
tokoh yang ke 19..hehe

Aizat said...

alamak...masalahnya melaka sendiri pun x menang lagi min..kna ikut anak tangga dulu sebelum sampai ke puncak..lalala