26 May 2009

Monolog Koreksi Diri

Being alone..

Muhasabah dan peringatan buat diri...
Selama hidup di dunia, pengalaman yang dilalui dalam kehidupan banyak mengajar aku tentang erti sebenar sebagai seorang khalifah dan hamba. Terang gelap sepanjang perjalanan hidup ini telah banyak dipelajari dangan menilai dan memahami ragam diri dan manusia lain.Apa yang sebenarnya yang telah diajarkan oleh Tuhan kepada aku?

Pertama

Aku telah puas mengamati berbagai-bagai makhluk. Aku lihat mereka masing-masing mempunyai kekasih sebagai peneman hidup. Sebahagian mereka mendampingi ketika mereka masih hidup, bahkan ada juga mendampingi hanya menjelang kematiannya dan ada juga yang menemani sehingga ke liang lahad. Dan sesudah itu, semuanya kembali dan meniggalkan mereka sendirian di kubur. Tiada seorangpun yang mahu mendampinginya masuk ke dalam kubur (emm..siapa yang sanggup masuk kubur..angkat tangan)

Terlintas dalam benak fikiran aku, "kekasih yang utama sepatutnya akan mendampingi dan menemani sesorang itu sehingga masuk ke liang lahad dan dia memberi hiburan kepada mereka". Jadi hanya kekasih AMAL SOLEH yang layak sebenar-benarnya dijadikan KEKASIH.Dialah pelita yang dapat menerangi gelap di dalam kuburku, menghiburkan aku yang bersendirian di dalam kubur.

Kedua

Aku lihat, manusia kebanyakan hanya melihat dan selalu menuruti kehendak nafsunya semata-mata.Melihatkan keadaan ini,aku teringatkan firman Allah,
"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya" An-Naziy'at 40-41

Inilah janji-Nya yang pastinya benar. Aku yakin, panduan hidup aku, Al-Quran pasti benar, oleh yang demikian aku harus bersegera melawan hawa nafsuku. Bermujahadah untuk nya agar ia tunduk patuh dan melutut di hadapan Allah.

Ketiga

Aku melihat, manusia memerah keringat, membanting tulang untuk memperoleh harta kekayaan dunia. Ada mereka membelanjakan dengan hemat dan ada yang kikir. Maka aku segera melantunkan fikiran aku pada amaran Allah,
"Apa yang disisimu akan lenyap, dan apa yang di sisi Allah itulah yang akan KEKAL" An-Nahl 96

Lantaran itu, aku harus segera mengeluarkan harta simpanan aku yang selama ini aku simpan lalu disedekahkan kepada fakir miskin dan juga untuk disalurkan kepada perjuangan islam, jihad fisabilillah agar ia menjadi saham akhiratku kelak.(walaupun diri ini tidak berduit)

Keempat

Aku lihat, kebanyakan manusia menilai manusia berdasarkan harta, pangkat dan keturunan. Adakah itu nilaian kemuliaan manusia? Inikah yang menjadi asbab kemegahan dan kebanggaan? Sehingga menimbulkan perasaan riak,takabur dan ujub lalu menyombongkan diri?
"sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah adalha mereka yang paling bertaqwa di antara kamu" Al-Hujurat 13

Oleh kerana itu,aku harus memilih untuk bertaqwa kepada Allah. Kemuliaan dari pandangan Allah inilah yang seharusnya menjadi keutamaan berbanding kemuliaan dari pandangan manusia. (hari ini masih ramai lagi yang gila jawatan..em..siapa lagi bukan U***)

Kelima

Aku juga turut melihat pada hari ini, manusia hidup saling caci mencaci, cela-mencela, maki-hamun dan umpat-mengumpati. Aku yakin ini semua berpunca dari sifat dengki dalam masalah harta,pengaruh dan pemikiran. Aku bertambah yakin dengan firman Allah,
"Apakah mereka membahagi-bahagikan Rahmat Tuhanmu?Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia. Dan Kami telah meniggikan meereka sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dengan beberapa darjat,agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain. Dan Rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan" Az-Zukhruf 32

Jadi mahu fikir apa lagi, pembahagian harta dan kedudukan aku telah ditentukan Allah sejak azali lagi. Aku harus buang jauh-jauh sifat iri hati, dengki dan pelbagai sifat mazmumah dari dalam hati ini.

Keenam

Aku lihat manusia saling bermusuh-musuhan sehingga berbunuh-bunuhan atas sebab pelbagai alasan dan tujuan. Nah,sekali lagi Allah menegur,
"Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata, maka anggaplah ia musuhmu.Kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala" Faatir 6

Na'uzubillah.Jadi tahulah aku,seharusnya yang patut menjadi musuh utamaku dan mereka semua adalah syaitan.Dan mereka yang memusuhi antara satu sama lain rupa-rupanya telah terkena perangkap syaitan. (antara perangkapnya adalah wang, wanita, kuasa, dll)

Ketujuh

Aku telah melihat setiap orang bekerja keras dan memerah tenaga untuk mencari razeki bagi memenuhi keperluan hidup. Namun dalam mencari rezeki banyak mereka yang telah terjerumus ke lembah syubhat, terjerunus ke lembah haram sehingga mencemarkan nama baik dan keturunannya. Rupa-rupanya mereka lupa;
"Dan tiada sesuatu pun binatang melata di atas muka bumi ini melainkan Allahlah yang memberi rezekinya" Hud 6

Emm,maka aku mengerti yang rezeki itu adalah dibawah kekuasaan Allah. Kerana itu, aku harus bangkit memelihara ibadah dan aku harus campak jauh-jauh perasaan loba dan tama. Kerana hanya kepada Allahlah aku harus menyerahkan sepenuhnya masalah dan persoalan mengenai rezeki.

Kelapan

Aku sering melihat manusia terlalu menyandar atau bergantung nasib kepada sesama makhluk. Ada diantara mereka yang bergantung semata-mata kepada wang dan harta dari kekayaan, perusahaan dan perdagangan. Malah ada yang menyandarkan nasih hidupnya kepada manusia.
"Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. sesunguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" At-Talaq 3

Sesungguhnya hanya pada Allah lah aku bertawakkal.Dia yang mencukupi keperluanku.(link entry 'Cukup Allah Bagiku')

Penutup

Dan inilah yang menjadi punca sebenar kabahagian dan keselamatan aku di dunia dan akhirat. Jika aku benar-benar memahami bait-bait kalam yang Allah telah berikan di dalam Kitab-Nya. Nescaya aku tidak akan terleka dan lalai dalam kehidupanku di dunia ini. Peringatan buat aku.


being together 
(sekadar gambar hiasan)

2 comments:

Nurul 'Uyun Binti Ahmad said...

macam kenal je gambar ni.. o, ini gambar tragedi haslina tak dapat tiket....

Aizat said...

kantoi..;p