14 May 2009

Antara Penyokong dan Pemikir


Dari kiri: Ah Chong,Ah Meng,Ah Kaw,Ah Pek dan Ah Long (bukan nama sebenar)
bila lagi Dollah, Muhdin, Syam, Khari dan Mathir dll 

Kelab Penyokong PAS mencecah kepada 20 000 orang ahli (Sumber)

Alhamdulillah, bertambah kecut perut lah UMNO jadinya. PAS menjuarai perpaduan. Mana slogan One Malaysia, perpaduan versi UMNO yang di laungkan dahulu.... (...kini dan selamanya pergi ke mana?) 

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata:

"..masyarakat bukan Islam tertarik dengan model yang ditunjukan Kerajaan Kelantan yang bersih dari gejala rasuah dan tidak mengamalkan dikriminasi dalam pemerintahan" 


Sememangnya, keikhlasan PAS dalam menunjukkan model terbaik dan bersih kepada rakyat terutama kepada non-muslim mendorong mereka untuk berfikir. Contoh dan 'role-model' pimpinan-pimpinan PAS yang diterajui golongan ulama' dan profesional telah dan benar-benar meletakkan perpaduan sebagai asas utama dalam menerajui negara selain menerapkan unsur-unsur dakwah. 

PAS for All

PAS bersifat ekslusif dari sudut keahlian, namun dari sudut perjuangan, PAS adalah inklusif, menerima pendapat dan turut terjun bersama-sama dengan masyarakat bukan Islam. Lihat sahaja contoh di Kelantan, penghulu dan jawatan-jawatan yang sepadan di beri kepercayaan kepada bukan Islam untuk memegangnya. PAS bukan perti perkauman (seperti yang di gembar-gemburkan UMNO dan kawan-kawannya). Masakan ADUN-ADUN di peringkat Pusat atau negeri terdiri daripada mereka yang bukan beragama Islam seperti di Perak dan Selangor.

Islam for All

Rasulullah telah mengajar kepada kita bahawa Islam itu bersifat syumul. Islam milik semua manusia, tanpa mengira kaum, bangsa dan budaya. Ini lah yang menjadi kunci utama perjuangan PAS dalam medan politik. Elemen Jihad, Dakwah dan Tarbiyyah dalam membawa Islam dimata masyarakat. Menyelamatkan ummah dari kesesatan.

Umpama garam dalam masakan, tiada ia maka tidak enak masakan itu. Itulah Islam, menjadi 'garam' kehidupan. Inilah kemuliaan dalam Islam. Barangsiapa yang mencari kemuliaan selain Islam maka jatuhlah keatas dirinya kehinaan.

Fikir  


Kajian menunjukkan manusia menggunakan kurang 10% mindanya untuk berfikir.Agaknya berapa peratus Einstein telah gunakan otaknya untuk mencipta rumus e=mc2.(namun dia tetap jahil untuk menerima Islam)

Tidak lain tidak bukan, dorongan akal untuk berfikirlah yang menjadi asbab PAS diterima oleh bukan Islam. Penerimaan mereka bukan semata-mata atas dasar kepentingan politik, tapi juga 'qudwah-hasanah' dan contoh akhlak Islam yang di bawa oleh PAS. Peliknya, mereka yang 'pure Islam' ni masih ragu-ragu, melihat dengan pandangan materialism, kebendaan. 

Sebab apa susah sangat untuk berfikir. (boleh rujuk buku Deep Thinking:Bagaimana seorang Muslim berfikir, oleh Harun Yahya)

1) Kelumpuhan mental sebab mengikut kebanyakan orang. Kira macam Pak Turut, apa orang kata semua dia ikut tanpa berfikir terlebih dahulu (ini memang ada dalam UMNO).

2) Kemalasan mental. Penyakit ni memang sangat dahsyat. 

3) Mereka beranggapan berfikir secara mendalam tidak baik. Mungkin mereka ada terdengar kata-kata orang "jangan terlalu banyak berfikir, nanti kehilangan akal". Yang dimaksudkan jangan terlalu memikir keburukan, berkhayal, angan-angan kosong dll.

4) Hendak lepas diri dari tanggungjawab. Ibarat 'play-save', hendak lepas diri dari masalah atau kewajipan. Contohnya, tidak mahu berfikir mengenai kematian, orang yang berfikir tentang kematian akan berusaha keras untuk kehidupan selepas matinya. Golongan 'play-save' ini telah menipu dirinya sendiri. (teringat mengenai tayang video mati dalam pendidikan, UMNO juga yang halang)

5) Tidak berfikir kerana lalai dengan kehidupan. Erti kata lain tiada masa, sibuk dengan urusan dunia. (bagaimana hendak seleweng duit rakyat pandai pula berfikir.emm..)
 
6) Melihat sekadar dengan pandangan biasa. Menafsir sesuatu tanpa berfikir atau merenung hikmah atau mudarat di sebaliknya. (aku boleh ambil contoh isu Hudud, anda sendiri boleh fikir)

Kesimpulan  

Manusia itu menjadi musuh kepada apa yang ia tidak tahu. jahil dan jahil. Maka, gunakanlah akal fikiran yang ada di dalam kepala otak anda semua untuk mencari kebenaran. Khususnya kepada mereka yang mengaku Islam, kembali kepada agama yang menjadi asas kehidupan. Janganlah terlalu taksub dengan kaum. Dalam kubur nanti, bukan kaum yang menyelamatkan kita tapi agama. Dalam Islam ada kaum, dalam Islam ada bangsa, dalam Islam ada budaya.

Kesimpulannya aku bukan minta anda masuk PAS atau jadi penyokong PAS (walaupun ada niat sikit). Ianya option anda sendiri berhak memilih kerana PAS hanya sebagai wadah dalam membawa Islam ketempat yang tinggi. Sebab Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi darinya.

Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), maka katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku." Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi : "Apakah kamu (mahu) masuk Islam." Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.
Ali-Imran 20



  




1 comment:

ADIB said...

Salam..Semoga umat Islam terus cemerlang di bwah kepimpinan ulamak..Apabila meletakkan pandangan Allah di hadapan, dunia pasti akan mengikut di belakang..Allah Yubarik Fik