27 May 2009

Imbas Dahulu, Kait Sekarang

apa sebenarnya yang diperjuangkan UMNO....sekarang?


Suqiu, UMNO dan Melayu

Jika anda masih ingat lagi pada 16 Ogos 1999, Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia atau lebih dikenali sebagai Suqiu telah mengemukakan sebanyak 83 tuntutan kepada kerajaan. Ketika itu kerajaan masih lagi dengan gahnya diperintah oleh UMNO/BN. Umumnya tuntutan ini dilihat oleh kerajaan sebagai suatu desakan yang ekstrim dimana Suqiu memnuntut agar dimansuhkan perbezaan hak Bumiputera dengan bukan Bumiputera. Ini benar-benar menggugat kewibawaan pemerintah atau famousnya UMNO, yang memang bersemangat memperjuangkan ketuanan Melayu.

Tindakan Suqiu diulangi setahun kemudian dan ia telah menimbulkan kemarahaan UMNO dan pertubuhan-pertubuhan yang berorientasikan bangsa Melayu. Ia dianggap suatu tuntutan yang melampau kerana ia cuba mencabar kontrak sosial yang telah digagaskan semasa kemerdekaan lagi. PM pada ketika itu iaitu TUn Dr Mahathir dengan gentlemennya telah menyatakan kerajaan tidak akan berundur setapak pun dalam mempertahankan nasib bangsanya, MeLAYU.
Anda boleh fikir jika Tun bertindak demikian atas kapasiti seorang Pemimpin UMNO, masyarakat boleh terima, tetapi jika atas kapasiti seorang Perdana Menteri ketika itu, rakyat berhat untuk mempertikaikannya.

Ramai cendekiawan berpendapat (aku turut sependapat) tuntutan Suqiu ini bukan mahu mepertikaikan atau tidak mengiktiraf kedudukan orang Melayu, tetapi ia dillihat lebih kepada tuntutan untuk mewujudkan masyarakat majmuk Malaysia yang yang lebih adil, saksama, telus,baik dll. Ia sedikitpun tidak bersifat perkauman atau bertujuan untuk mengugat kredibiliti orang Melayu. Mungkin Tun agak bersemangat ketika itu sehingga lupa untuk memahami sebenar-benarnya tuntutan Suqiu itu.

Melihat dari perspektif Islam

Tuntutan Suqiu yang dilihat sebagai ekstrim ini, jika dilihat terdapat keselarian dengan ajaran Islam. Mengapa?.Back to basic, sorotan Sirah Junjungan Nabi s.a.w telah benyak mengajar kita. Sejak awal lagi usaha dakwah nabi ketika Islam mula disebarkan, hak persamaan ini telah di implementasikan. Dalam Islam sendiri, setiap manusia, tidak mengira bangsa, kedudukan dan agama mengiktiraf hak sesama, mereka mepunyai hak untuk hidup sebagai manusia yang bermaruah, menpunyai hak untuk mencari rezeki dan kekayaan dengan cara yang betul, mereka mempunyai hak untuk mendapatkan pelajaran dan mempunyai hak untuk beribadat mengikut agama masing-masing.

Rasulullah s.a.w, pada peringkat awal pemerintahan di Madinah snediri telah mewujudkan beberapa perjanjian, mempersaudarakan bebarapa puak dalam usaha mewujudkan perpaduan dan persaudaraan dalam masyarakat majmuk pada ketika itu. Bahkan selepas Islam berkembang pesat di Kota Madinah pun, Rasulullah masih mengekalkan persamaan hak antara bebrapa puak disitu. Mereka tidak dipaksa untuk memeluk Islam, mendapat jaminan dan perlindungan daripada baginda, baik perlindungan nyawa atau harta. Islam, Yahudi, Nasrani, Majusi dan lain-lain hidup bersama. Ya, inilah sebenar-benarnya negara Islam.

Islam juga telah mengajar kita bahawa bukan bangsa atau agama sahaja perlu diberikan kesamaan hak. Bahkan dalam perbezaan gender juga ditekankan. Hak sedemikian juga diberikan kepada kaum wanita tetapi harus ada batas. seperti bab aurat, pergaulan dan had-had yang telah Islam tetapkan. Dalam Islam semua manusia mempunyai kesamaan hak. Ia perlu dihormati dan tidak boleh dicabuli dengan sewenang-wenangnya tidak kira apa bangsa, agama dll.

Justeru itu semua manusia yang tinggal di negara Islam (benar-benar negara Islam) harus di beri layanan adil oleh pemerintah. Namun hak persamaan ini perlu dibatasi dengan undang-undang. Sekiranya terdapat orang Islam yang mencabuli hak orang bukn Islam,ia harus dihukum, begitu sebaliknya. Hatta para pemerintah sekalipun tidak terlepas dari hukuman.

Kebebasan

Terdapat intipati dalam tuntutan Suqiu yang meminta agar beberapa undang-undang yang bersifat menindas dimasuhkan. Sebagai contoh, Akta Keslamatan Dalam Negeri (ISA), Akta  Hasutan, Akta Kesatuan Sekerja, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Polis, bahkan ada juga Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Anda sendiri boleh menilai akta-akta ini. Ia bukan menafikan hak asasi manusia bahkan bercanggah dengan tuntutan dalam ajaran Islam. Contoh mudah, ISA, menurut prinsip perundangan Islam, seseorang yang ditahan atas kesalahan yang dilakukan harus diberi peluang untuk memberikan penjelasan dan untuk membela diri. (aku yakin anda semua telah faham). Inilah keunikan undang-undang Malaysia yang Islam ini.

Dalam undang-undang Islam, sebelum mensabitkan seseorang yang melakukan kesalahan, perlu ditampilkan dengan 4 orang saksi yang berakhlak, beragama, beramanah, baik latar belakang, tidak melakukan dosa besar dan terus menerus melakukan dosa kecil. (..tidak bom orang, tidak pecah amanah, bebas politik wang, tidak putar belit maklumat, dll). Tujuannya supaya mereka yang bersalah mendapat pengadilan sebaik-baiknya. Islam memegang prinsip "lebih baik membebaskan 10orang yang bersalah, daripada menghukum seorang yang tidak bersalah"

Islam memberi penekanan tentang hak kebebasan. Iaitu kebebasan bersuaran, bergerak, bekerja, berfikir beragama dan sebagainya. Namun kebebasan yang diberikan itu seharusnya tidak bermakna seseorang itu boleh melaakukan apa sahaja, ia ada had dan batas supaya kepentingan dan hak orang lain tidak terganggu.

Dalam konteks Malaysia hari ini, sebagai contoh kebebasan bersuara dan bercakap ini telah disalah digunakan. Pelbagai fitnah, tomahan tak berasas, kata-kata kesat dan banyak lagi. tapi harus dibezakan dengan teguran. Jika dilihat situasi politik sekarang yang menyebabkan berlakunya budaya kata-mengata, caci mencaci adalah berpunca dari kebebasan bersuara yang disekat. Aku tidak memihak kepada sesiapa dalam hal ini. Tetapi harus difahami sebarang usaha beberapa pihak yang cuba menyekat kebebasan bersuara ini akan menyebabkan masyarakat bertambah 'dingin' dan mancari alternatif atau saluran lain supaya suara mereka didengar. Oleh itu berlakulah siri demonstrasi jalanan, melepaskan keinginan 'bersuara' di blog-blog, melalui rapat umum dan sebagainya.


Hak Istimewa Melayu dan Islam

Merujuk kepada pokok perbincangan kita, realiti hari ini, UMNO sering menjadikan isu perkauman sebagi modal politik mereka. Ketuanan melayu yang dijadikan modal politik untuk mendapat sokongan daripada para pengundi. Ia seharusnya tidak dijadikan isu politik kerana ia telah termaktub dalam Perlembangan Persekutuan yang memberi jaminan kedudukan terhadap kaum Melayu, Bahasa Melayu, Raja Melayu, agama Islam dan beberapa lagi yang berkaitan mangenai ketuanan Melayu. Aku tidak pasti kenapa mereka sendiri tidak faham perlembagaan yang telah sediaada.

Islam mengalakkan supaya berusaha dan bekerja kuat dalam kehidupan. Sesiapa yang berusaha lebih dia akan menerima usaha lebih. Dalam hal ini, seharunya tidak timbul perasaan dengki, iri hati , prasangka dan dendam terhadap kejayaan seseorang. Jika disorot kembali sejarah lampau, orang Melayu atau umat Islam adalah bangsa yang kuat. Orang Melayu pernah membina empayar yang hebat di Asia Tenggara dengan aktiviti perdagangan laut yang besar sehingga wujudnya sebuat tamadun. Jika dilihat dalam konteks umat Islam sendiri, kita telah berjaya melembarkan empayar Islam tiga perempat daripada dunia. Kehebatan tamdun Islam tidak sahaja berpusat di Asia Tenggara atau di benua Arab, tetapi meliputi China, India bahkan Eropah.

Proses penjajahan dan perpecahan antara umat Islam meyebabkan kita semakin lemah. Dasar yang dahulunya dibuat oleh pihak penjajah telah mengasingkan orang melayu dengan kaum lain. Bermula daripada pengasingan ekonomi, Melayu dengan aktiviti pertanian, Cina dengan aktiviti perniagaan dan India hanya disekitar estet-estet.

Hakikat ini harus difahami, suara-suara yang mengatakan masyarakat bukan Melayu menjadi punca segala permasalahan orang Melayu harus ditepis. Tapi hari ini, mereka yang berkepentingan sering menggunakan isu perkauman sebagai alat politik mereka. Demi mengekalkan pengaruh dan kekuasaan. Mahukan kita melihat tragedi 13 Mei berulang.?

Kesimpulan

Sebagai seorang melayu yang berfikiran Islam, kita harus memahami isu yang berkaitan hak istimewa orang melayu ini bukan seperti fahaman Cauvanisme, kerana jika kita memandang hak istimewa orang melayu dari sudut Islam, ia memberikan motivasi dan dorongan kepada orang melayu dan umat Islam untuk menjadi suatu bangsa yang hebat. Bangsa Melayu akan mencapai kejayaan yang lebih besar setanding dengan bangsa-bangsa lain jika semangat kerjasama, bantu membatu dan bertolak ansur di semai dalam jiwa setiap bangsa.

Walupun tuntutan Suqui itu mewakili kepentingan kaum Cina, namun ia sesekali tidak berhasrat untuk menyinggung perasaan orang Melayu.Jika ia berlaku sekalipun, keadaan ini tidak akan menguntungkan mereka dan pihak-pihak lain. Ianya hanyalah satu permintaan dan rayuan  daripada masyarakat Cina agar diberi perhatian oleh parti-parti politik yang bertanding di Malaysia. Supaya masyarakat dan pemimpin masyarakat membuka mata.


Islam symbol of unity..

1 comment:

halimah ja'apar said...

salam.ana msh lemah dlm mgulas hal2 bbntk siasah.syabas buat ustaz.