13 May 2009

Zambry, Gandhi dan Mandela

YB Zambry telah menyatakan yang perjuangan beliau adalah sama seperti perjuangan Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela.

"Menegakkan kebenaran bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan.

"Nelson Mandela misalnya mengorbankan kebebasannya selama 27 tahun demi membebaskan rakyat Afrika Selatan dari cengkaman “apartheid” (Sumber)

Apa yang diperjuangkan YB Zambry pada rakyat Perak?  Kebenaran ? Keadilan ?

YB Nizar dah failkan permohonan pada 13 February dulu kelmarin baru keputusan ...

Tapi Zambry fail kan permohonan 16 jam selepas YB Nizar di putuskan oleh mahkamah sebagai MB Yang sah.

Mandela 27 tahun, Zambry ... 16 jam.

Sama ke??

Hanya KUASA RAKYAT sebagai HAK utama kerana ia mewakili suara majoriti berbeza jika dibandingkan dengan Hak Ahli Dewan Undangan Negeri atau Hak Sultan Perak atau Hak Mahkamah...emm..YB Nizar lama dah minta..Mahkamah Tinggi sendiri pun sudah menyatakan hak dan cadangan yang sama agar Dun Perak dibubarkan..

Mana slogan 'One Malaysia' yang sepatutnya mendahulukan Rakyat.

owh..mungkin ianya hanya slogan kosmetik, umpama lirik-lirik lagu..

Cukuplah, rakyat sudah muak dengan permainan politik yang tidak sudah-sudah ini.


p/s: mungkin ada satu persamaan YB Zambri dengan kedua-dua tokoh ni...apa dia??

 Warna Kulit (maaflah tiada niat nak menghina)

Zambry Gandhi

2 comments:

MujahidahPuteri said...

salam.setuju dengan persamaan tu.tak bmksd mghina jugak.tu persamaan yg jelas lg nyata.

LegendZ said...

emm..no comment..
rasa-rasanya, ramai juga yang akan setuju..