05 August 2009

Banjir Lagi? Apa Kata Penduduk Melaka?


Melaka 5 Ogos, hujan lebat melanda sekitar negeri ini yang bermula pada pukul 8pagi telah menyebabkan beberapa tempat ditenggelami air. Hujan lebat yang turun dalam tempoh hampir 1 jam itu telah 'berjaya' menenggelamkan beberapa lokasi 'favourite' seperti di Bukit Baru, Taman Chempaka dan Peringgit. Beberapa kawasan kampung, taman dan beberapa batang jalan raya utama turut ditenggelami air sedalam hampir 1 meter. Disini disertakan beberapa gambar yang dapat di'tangkap' oleh sukarelawan yang berada di tempat-tempat kejadian.

Maaf, gambar ini sekadar hiasan

Kawasan perumahan baru di Kg Pulau Kelapa

Jalan utama di Peringgit

Masalah peparitan antara punca banjir

Parit yang di tenggelami air

Beberapa rumah kampung menjadi mangsa

Pusat Bandar (Melaka Sentral) turut banjir

Jalan Utama ke Melaka Sentral (hadapan Tmn Chempaka)


Beberapa sukarelawan yang membantu penduduk kampung

Beberapa sukarelawan ini juga telah menemubual beberapa orang penduduk bagi mendapat respon mengenai banjir tersebut.

Apa Kata Penduduk??

Penduduk 1 : Saya rasa tiada masalah, ini bukanlah banjir yang pertama..saya sangat yakin dan percaya..pasti akan ada banjir susulan..jadi sama-sama bersedia kita hadapinya..

Penduduk 2 : Hehe..biasalah banjir ini fenomena alam, kerajaan tidak ada kena mengena..lagipun banyak lagi benda nak buat...kita mahu menuju Melaka Maju 2010 nih..

Penduduk 3 : Eheh..saya rasa banjir ini tidak menganggu aktiviti pelancongan di Melaka..ok la tu..lagi pun rakyat tak bising pon..pelancong pon tak bising..saya suka pelancong..


Penduduk 4 : Eh..saya sibuklah..tiada masa nak komen pasal hal ni...pasal $$$$ boleh...

Penduduk 4 : Emm....emmm...susahlah nak cakap..


Itulah ulasan daripada beberapa orang penduduk yang ditemu-bual. Rata-rata memberikan komen yang 'baik' dan 'positif'..positif untuk diri 'mereka' sendiri. Melaka akan terus hidup dengan kedatangan pelancong, selagi pelancong datang selagi itu Melaka akan Maju (demi menyahut Melaka Maju 2010) , bagi ketua menteri Melaka, Datuk Ali..lebih baik memelihara pelancong daripada penduduk..pelancong bagi duit, penduduk perabih duit..emm..

Sama-sama kita fikirkan...




















3 comments:

cawatbesi said...

Penduduk nombor 2 tu betul2 kaki kipas lipas..takmau plak dia salahkan kerajaan negeri noh..haha :D

Kita tengok pasni apa tindakan kerajaan negeri..misti konon2 menghulurkan bantuan laa,haha..

Adonasagat said...

Penduduk nombor 2 tu betul2 kaki kipas lipas..takmau plak dia salahkan kerajaan negeri noh..haha :D

Kita tengok pasni apa tindakan kerajaan negeri..misti konon2 menghulurkan bantuan laa,haha..

Na'im Nikmat said...

Tipikal jawapan pemimpin UMNO dari PM hinggalah ke Menteri2.Jawapan yang langsung tak berlandaskan fakta,jawapan yang menampakkan kejahilan.