13 August 2009

Majlis Ratib Al-Haddad Baitul Qurra' Melaka


Sheikh Habib Syed Ibrahim Yahya dari Pahang
(merupakan salah seorang sahabat sepengajian Ust Zulkifli ketika di Al-Azhar, Mesir)

Malam tadi telah diadakan satu majlis Ratib Al-Haddad yang diadakan di Baitul Qurra' , Sungai Udang Melaka. Majlis bulanan ini merupakan suatu majlis yang berbentuk dzikir mathurat yang pernah diamalkan oleh Ulama' besar Islam Sheikh Al-Habib Abdullah Ibnu Alwi Haddad. Selain itu juga turut diadakan kuliah pengajian kitab dengan mengambil kitab yang dikarang oleh Habib Abdullah Ibnu Haddad bertajuk “An-Nasha’ah Ad-Dinniyah” (Nasihat Agama) oleh Ust Zulkifli dan Sheikh Habib Ibrahim Yahya dari Pahang. Program bulanan ini kebiasaannya di adakan di Pondok Baitul Qurra' Sg Udang dengan menjemput beberapa ulama'-ulama' besar dari luar negara seperti Yaman dan Mesir, dan juga ulama' tempatan.

Al-Fadhil Ustaz Zulkifli Ismail dan Sheikh Habib Syed Ibrahim Yahya


video
Nyanyian Qasidah dari pelajar Baitul Qurra'

Ratib Al-Haddad height="500" width="100%" > value="http://d.scribd.com/ScribdViewer.swf?document_id=4186064&access_key=key-1wucax1f4spqwp5eaxmi&page=1&version=1&viewMode=">

No comments: