17 February 2011

[PRK Merlimau] Lagi ciri-ciri munafiq Ali Rustam.




Ali rustam menunjukkan sekali lagi ciri-ciri seorang menafiq apabila mempersoalkan nilai-nilai Islam pada diri Anwar apabila berceramah di malam Maulidur Rasul 15 haribulan yang lalu.

Di dalam akhbar Sinar harian edisi Melaka & N.Sembilan 17/2/2011 (boleh rujuk Akhbar Sinar Harian bercetak m/s:6 bahagian Melaka/NS). Ali Rustam di katakan telah menyanggah Anwar Ibrahim yang berceramah di Permatang Serai dengan mengatakan Ketua Pembangkang itu telah mencemarkan malam maulidur rasul sambil mempersoalkan nilai keislaman Anwar.

Ali Rustam berkata, seharusnya malam maulidur rasul di isi dengan selawat dan melakukan kebaikan bukan berceramah menabur fitnah. Sedangkan malam tersebut juga Ali Rustam turut berceramah tidak jauh dengan ceramah PR. Bahkan maklumat dari beberapa petugas PR yang meninjau ceramah BN pada malam itu mengatakan BN telah mengupah beberapa mat rempit untuk menganggu ceramah PR.

Inilah ciri munafiq yang bercakap tapi tak serupa bikin. Mengata orang tetapi dia sendiri yang buat, bahkan lebih teruk dari orang yang di tuduh.

Sah, Ali Rustam hanya mampu bercakap soal 'isu sampah'. Tidak mampu membongkar isu besar, paling melucukan beliau juga tidak mampu berdebat secara gentle-man, hanya berani berdebat 'cara Ali Rustam' - berkokok dari jauh...







Gambar di atas bukti ceramah BN di malam 15/2 (malam Maulidur rasul) sumber

No comments: