01 February 2011

Bagaimana pula ajaran Islam pemimpin ini??



Hosni Mubarak hari ini telah mendapat perhatian seluruh dunia, semua tahu kezaliman beliau kepada umat Islam, sehinggakan ulama besar, Prof Yusuf Al-Qardawi sendiri pun menyanggah Mubarak.

"Go away, Mubarak, leave this people alone! Enough, you've ruled for 30 years already! Dozens have been killed in one day. You cannot stay, Mubarak!" said Qardawi (source) . Itu kisah di Mesir.

Saya rasa ada seorang lagi pemimpin di Malaysia yang perlu di beri perhatian. Walaupun pemerintahan beliau tidak selama Mubarak, hanya 22 tahun, tetapi pengaruh beliau masih berlarutan sehingga hari ini walaupun sudah bersara..bersara tanpa di guling rakyat melalui protest jalanan.

Pengaruh yang menjadi ancaman kepada Islam. Terlalu banyak penghinaan beliau pada Islam seolah-olah agama Islam begitu mudah di tafsirkan mengikut nafsu semata-mata. (sini dan sini)

Dahulu beliaulah antara pemimpin yang paling banyak mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan hudud (saya dah postkan artikel tentang ini di sini). Sekarang lain pula tafsiran beliau. Selepas ini apa pula lagi..

Musibah lebih besar akan berlaku memandangkan beliau ada pengikut, dan sebarang kenyataan keluarkan dari mulut beliau di bimbangi akan mempengaruhi orang lain. Ia akan menjadi fitnah pada agama.

Kita menjadi bimbang apabila orang Islam sendiri keluarkan kenyataan sebegini. Jika orang bukan Islam mungkin masih boleh di pertimbangkan. Sebab kenyataan yang keluar dari mulut orang Islam itu jika ia salah adalah di sebabkan dua punca, iaitu dia tahu tetapi sengaja tolak kebenaran, atau dia jahil dan dia menolak atas kejahilan dia sendiri... Teringat kata pepatah arab "Manusia itu menjadi musuh dengan apa yang ia tidak tahu (jahil)". Dan untuk kategori manusia begini, saya pun tak pasti kategori yang mana satu.

Persoalannya, 'Islam' yang bagaimanakah yang sepatutnya beliau perlu cadangkan pada Nik Aziz jika Nik Aziz itu di katakan membawa ajaran Islam yang salah? Setakat ini tidak ada pun jabatan agama datang menangkap Nik Aziz atas ajaran Islamnya yang 'salah' itu. Mana boleh Nik Aziz yang membawa ajaran Islam yang 'salah' itu menjadi menteri besar Kelantan, boleh jadi sesat rakyat Kelantan. Pula tu jadi Musyidul Am atau bahasa melayunya di panggil penasihat agama atau spritual leader pada PAS, boleh jadi 'sesat' orang PAS macam ni.

Ataupun saya boleh katakan 'kesesatan' ajaran Islam yang di bawa Nik Aziz ini adalah kesesatan yang di fahami dari benak akal fikiran seorang bekas PM. Mungkin beliau dah 'berijtihad' untuk berkata sedemikian..

Saya tidaklah taksub melampau pada seseorang, memang manusia itu tidak maksum, kadangkala melakukan kesilapan dan dosa, tetapi biarlah teguran kepada kesilapan seseorang itu di bawakan sekali dengan hujah atau dalil yang tepat, bukan hanya pandangan dari logik akal semata-mata, atau paling 'koman' pun tunjukkanlah tauladan dan akhlak yang sebenar. Sekalipun ajaran Islam Nik Aziz itu 'sesat', sekurang-kurangnya beliau sentiasa berserban dan berjubah, ini sunnah nabi, sunnah yang tak sesat semua orang akui. Isteri dan anak-anak beliau juga menutup aurat Beliau juga tidak pernah di tuduh rasuah dan menyeleweng.

Manusia ada akal untuk menilai.

'Islam' yang bagaimana pula nanti yang beliau akan pilih di saat ajal menjemputnya nanti..Nauzubillahi min zalik. Moga Allah mengampuni segala dosa beliau...dan moga Allah mengampuni dosa saya juga.

Allahu'alam



No comments: