16 February 2011

[PRK Merlimau] Ribuan Hadir di ceramah Anwar Ibrahim.

Pakatan Rakyat Melaka buat kesekian kali meneruskan ceramah penerangan di Merlimau dengan kehadiran beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat. Malam tadi Merlimau menerima kehadiran Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan PKR dan PAS seperti Hj.Mat Sabu, Dr.Hatta Ramli dan Shamsul Iskandar.

Gambar di bawah membuktikan ribuan rakyat hadir di majlis ceramah tanpa di bayar (bahkan membayar untuk derma jihad) semata-mata untuk mendengar penerangan dan beberapa fakta terbaru dari pimpinan yang hadir. Ternyata kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat telah membongkar pelbagai isu nasional terutamanya isu tentang penyelewenagn harta rakyat dan hutang yang dilakukan oleh pemimpin Melayu UMNO.

Dalam masa yang sama, beberapa meter dari tempat ceramah Pakatan Rakyat, turut di adakan ceramah UMNO-BN. Di beritakan berlaku sedikit provokasi dari UMNO-BN yang cuba mengganggu ceramah dengan mengupah beberapa mat rempit untuk membuat bising di tempat ceramah Pakatan Rakyat. Seorang petugas Pakatan Rakyat juga telah di tangkap polis setelah berlaku salah faham sesama mereka.

















































Berita semasa tentang PRK Merlimau akan di kemas kini di blog ini atau boleh layari portal rasmi PRK N27 Merlimau di http://pasprkmerlimau.blogspot.com/

No comments: