Malam semalam telah berlangsungnya ceramah perdana di Dataran As-Solihin, Merlimau yang mengundang penceramah utama iaitu Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, YB Saifuddin Nasution, YB Anthony Lok dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat. Ceramah perdana tersebut mendapat sambutan luar biasa dari rakyat Merlimau dengan bilangan hampir mencecah lebih kurang 2000 orang yang hadir.
Melepaskan dahaga selepas berceramah
Ucapan penceramah begitu baik dan padat dengan fakta terutamanya ucapan dari YB Saifudin Nasution yang telah mendedahkan pelbagai kepincangan negeri-negeri yang di perintah BN dengan memberikan perbezaan sebelum dan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih negeri-negeri yang di menangi seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Isu hutang kerajaan negeri yang di tinggalkan BN kepada kerajaan PR, hasil balak di Kedah, elaun guru di Pulau Pinang, air percuma di Selangor, kepimpinan ulama di Kelantan dan lain-lain.
Ceramah TG Nik Aziz juga tidak lepas dengan peringatan demi peringatan kepada umat Islam dan bukan Islam yang hadir. Kepimpinan dan ketokohan seorang ulama jelas kelihatan apabila ucapan TGNA tidak lekang mengingatkan manusia tentang dosa, pahala dan syurga neraka di samping memberi perbezaan antara Islam dan nasionalisme yang PAS dan UMNO bawa.
Namun demikian, walaupun Melaka sering di katakan sebagai kubu kuat BN. Tetapi malam tadi menjadi bukti bahawa BN tidaklah sekuat mana, mereka juga sedang mengalami ketakutan memandangkan mereka juga turut membuat ceramah berhampiran ceramah PAS berlangsung. Beberapa petugas telah meninjau ceramah mereka dan mendapati lebih kurang 60 orang hadirin yang hadir, kebanyakannya golongan tua. Beberapa risalah dan akhbar mereka turut di edarkan sebagai bahan kempen awal mempengaruhi penduduk.
Ceramah BN..
Ceramah penerangan akan di teruskan dari semasa ke semasa di Merlimau. Sila layari blog rasmi PRK N27 Merlimau di http://pasprkmerlimau.blogspot.com. dan facebook PRK N27 Merlimau.
1 comment:
ceramah kutip derma untuk disonglapkan takan tak faham-faham lagi mana ada integriti mana ada akauntibiliti? ada.. ya ke? ..oh! untuk poket sendiri macam TABONG NAKA YATIM DAN JANDA MEMALI DAN lain lain tabong yang bocor termasoklah KOHILAL.
Post a Comment