Himpunan Bantah Mubarak yang berlangsung hari ini menjadi bukti bagaimana sikap kerajaan Malaysia terhadap isu kemanusiaan ini.
Gelombang yang bermula dari Tunisia sehingga kemuncaknya di Mesir memberi erti pada rakyat dunia bahawa tiba masanya kita bangkit. Bangkit bukan sekadar berhimpun menyatakan suara, tetapi tindakan susulan yang perlu di lakukan.
Himpunan Bantah Mubarak yang bermula selepas solat Jumaat tadi mendapat 'layanan istimewa' oleh pihak polis dan FRU. Suasana 'harmoni' ini tidak akan di jumpai di mana-mana Himpunan atau demonstrasi yang di anjurkan oleh UMNO, Perkasa dan sekutunya.
Saya sendiri menjadi saksi insiden provokasi oleh pihak polis dan FRU tadi sememangnya suatu tindakan bacul. Ianya di kesan sejak awal lagi ketika rakyat mula bergerak dari masjid KLCC apabila polis dan FRU menghalang dan merempuh laluan rakyat.
Dan dalam ketika para demonstran sedang beredar pulang, ada beberapa polis yang menghalang laluan. Bahkan ada yang menceritakan bahawa dia telah di pukul polis dari belakang. Paling menyedihkan, tindakan tak profesional polis apabila menyembur 'spray' pemedih mata kepada beberapa orang termasuk makcik dan unit amal.
Kemuncak sakitnya hati polis di lihat ketika terdesak menyembur rakyat dengan 'water-canon' walaupun himpunan telah tamat ketika itu dan rakyat sedang berehat sambil membeli makanan dan minuman. Bayangkan betapa zalimnya polis apabila menyembur 'water-cannon' kepada penggerai-penggerai yang berniaga di hadapan bangunan Tabung Haji.
Berita memaklumkan seramai 8 orang di tangkap.
Saya menyimpulkan bahawa inilah sebenarnya sikap dan pendirian kerajaan Malaysia di bawah BN kepada isu ini. Saya sendiri tidak dapat bayangkan mengapa layanan ini yang kami dapat?
Tindakan tak bermoral polis dan FRU ini adalah refleksi kepada tindakan kerajaan Malaysia. Ia menjelaskan kepada dunia bahawa tindakan menghalang kebangkitan rakyat ini tiada bezanya dengan tindakan polis dan askar upahan kerajaan Mesir yang turut menbantai rakyat Mesir yang bangkit.
Ia menjadi cermin bahawa, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib di lihat begitu takut dan fobia dengan kebangkitan rakyat walaupun himpunan tersebut membantah Mubarak bukan Najib. Agak-agaknya bagaimanalah jika rakyat Malaysia sendiri turut ke jalanan membantah Najib sepertimana Tunisia dan Mesir lakukan terhadap pemimpin mereka? Mungkin habis di kerahkan semua batalion tentera laut dan darat, tambah-tambah lagi bila ada penasihat dari APCO yang mungkin sama nasihat yang di berikannya kepada Mesir.
Najib mungkin tidak pernah tahu dan tidak pernah ambil tahu keadaan rakyat Mesir beberapa dekad di bawah pemerintahan Mubarak. Barangkali dia hanya ambil tahu tentang keadaan Mubarak dan Obama, yang baik-baik belaka, jadi pengampu. Nak kutuk Mubarak? Nak kutuk Obama? Cari nahas jawabnya, mereka semua itu kan 'member-member' APCO. Nak minta UMNO, BN, Perkasa? Lagi tak ada nafas. Setakat melalak melolong di kampung. Bahkan saya ada pula terdengar 'budak-budak' UMNO yang 'alim' kata, "Berdemo bukan ajaran Islam". Sesungguhnya inilah lawak yang mengeringkan gusi.
Kerajaan Malaysia di bawah BN hanya bermuka-muka. Mereka hanya berlakon. Bantuan pelajar Malaysia di Mesir itu pun sangat lambat, bila ada orang yang mendesak baru nak bertindak. Seorang wakil pelajar Malaysia di Mesir ketika himpunan tadi ada menyatakan, kerajaan Malaysia pada awalnya telah berjanji untuk menampung sepenuhnya bayaran penerbangan membawa balik pelajar Malaysia di Mesir, tetapi hakikat yang berlaku separuh dari penerbangan dari Jeddah ke Malaysia di tanggung sendiri oleh pelajar.
Nampaknya kerajaan Malaysia benar-benar ketiadaan duit. Sikap acuh tak acuh membantu membawa balik pelajar Malaysia di mesir juga jelas menunjukkan pendirian tidak serius terhadap isu global ini. Agak-agaknya terlalu sibuk mencuri duit rakyat dengan membuat projek sana-sini sambil melancong ke luar negara dan paling hebat sekali diam-diam menaikkan harga barang.
Kebangkitan rakyat Tunisia, Mesir dan lain-lain menjadi petanda bahawa dunia sedang bangkit. Kemungkinan fasa jatuh naiknya Islam sedang berada di fasa ke-4 iaitu kebangkitan Islam seperti mana pernah di riwayatkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri bahawa kehancuran dunia di sebabkan kiamat akan berlaku di saat Islam berada di atas. Dunia hari ini sedang mengalami keuzuran dan nazak dari sikap penguasa-penguasa yang zalim. Dari penguasa yang zalim inilah membentuk undang-undang yang zalim dan akhirnya membentuk rakyat yang tidak normal dari sudut moral dan akhlaknya yang menatijahkan kebejatan sosial yang semakin parah hari ini.
Allahualam. Kepala semakin pening..(@#*&)
p/s: demo anjuran UMNO mungkin terlalu bersopan santun,.ye la, orang MELAYU katakan..FRU tak sampai hati nak kacau.
No comments:
Post a Comment