26 February 2011

[PRK Merlimau] 'lu tolong gua, gua tolong lu'..


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memberitahu kumpulan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika BN memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau. - Mk

Komentar:

Jelas BN masih tidak memahami ruang lingkup sebagai kerajaan negeri apabila menggunakan kuasa yang di amanahkan oleh rakyat untuk mengugut kembali rakyat.

Apakah Ali Rustam buta dan tuli dengan jawatan dan pengkat yang di perolehi beliau untuk menjadi ketua menteri adalah dari undi rakyat. Sepatutnya tidak menjadi persoalan untuk membantu rakyat, kerana sudah semestinya peranan kerajaan tidak kira kerajaan BN atau PAS sekalipun memang kena bantu rakyat.

Tuntutan rakyat untuk membina sekolah adalah keperluan yang wajib di laksanakan jika ia perlu. Begitu juga prasarana seperti dewan, rumah ibadat, jalan raya, dan sebagainya.

Ali Rustam tidak seharusnya mencampurkan urusan parti kedalam urustadbir negeri, lebih-lebih lagi dengan cara mengugut, persis cara seorang bacul yang terdesak. Tidakkah BN sedar, parti hanyalah wasilah atau platform untuk menjadi wakil rakyat, memandangkan negara kita mengamalkan demokrasi berparlimen?

Tidak hairanlah BN dulu, kini dan selamanya telah menggunakan peruntukan wang kerajaan untuk kepentingan peribadi dan kroni padahal duit kerajaan itu adalah duit dari kantung rakyat, kutipan dari pelbagai cukai dll.

Bahkan hari ini BN juga menggunakan jentera kerajaan seperti JKR, SPR, PBT, Media Perdana, Kementerian Pendidikan dll untuk kepentingan parti atau peribadi. Dan hari ini juga Politeknik Merlimau jadi tempat berkempen, masjid juga jadi tempat program parti, sekolah turut jadi mangsa. Kalaulah Pakatan Rakyat sendiri yang lakukan, habis jadi isu besar, paparan di muka depan akhbar..mempolitikkan masjid, sekolah, dan lain-lain.

Adakah hanya itu sahaja modal BN untuk meraih undi dengan mengunggut rakyat supaya mengundi BN..??

p/s: jadilah sperti persatuan jogging negeri Melaka...berkempen utk BN...

No comments: