15 February 2011

[PRK Merlimau] Projek PPRT untuk rakyat miskin di Negeri Maju


RM 1.8 juta bagi projek perumahan kos rendah bakal menjadi habuan buat rakyat Merlimau. Sebanyak 193 buah rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) akan di bina dengan anggaran setiap rumah bernilai RM17,000. Dalam jumlah 193 buah rumah itu, 143 buah rumah akan menerima bantuan pembaikan dan penyelenggaraan dengan kos di antara RM8,000 hingga RM12,000 sebuah.

Program PPRT ini menerima sokongan pelbagai bantuan dari pelbagai jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Bahagian Pembela Pembasmian Kemiskinan.

Kerajaan Negeri menerusi JKM juga telah memperuntukkan sebanyak RM69.52 juta untuk 22,856 orang rakyat miskin. Jumlah peruntukan tersebut meningkat berbanding tahun 2009 sebanyak RM46,217,794 yang mana ia di agihkan kepada 17,005 penerima bantuan.

Memandangkan kerajaan Negeri juga masih banyak berhutang, kerajaan Negeri hanya mampu memperuntukkan RM10.5 juta dengan sokongan bantuan kewangan dari kerajaan Persekekutuan dengan RM59 juta untuk kebajikan rakyat Melaka. Peruntukan meningkat sebanyak kira-kira RM23 juta di antara 2009 dan 2010.

Inilah yang dikatakan pepatah baru " ADUN Mati, rakyat senang".

p/s: antara ciri-ciri negeri Maju (ala Melaka)...1) wajib ada orang miskin..2) wajib ada pemimpin kaya..3) wajib ada projek besar sini-sana, 4) wajib ada hutang sana-sini dan 5) wajib ada pemimpin berani berdebat...macam Ali Rustam..







No comments: