13 February 2011

Debat ala Ali-Rustam, sama sahaja dengan gangguan ceramah yang mereka lakukan di Melaka.

Ajakkan berdebat oleh KM Melaka Ali Rustam yang di siarkan di dalam akbar Sinar Harian bertarikh hari ini 13/2 sesuatu yang di nanti-nantikan khususnya Pakatan Rakyat di Melaka.

Ajakkan berdebat sebelum ini telah kerap kali di saran oleh Pakatan Rakyat di Melaka khususnya parti PAS yang sebelum ini pernah beberapa kali menghantar surat kepada Ali Rustam untuk berdebat tentang beberapa isu negeri Melaka seperti sekolah Harapan, pembaziran wang rakyat dan lain-lain.

Adalah suatu yang menghairankan akhir-akhir ini apabila Ali Rustam sendiri mengutarakan cadangan dan kesediaannya untuk berdebat dengan pimpinan PAS Melaka. Kemungkinan keberanian yang datang untuk berdebat adalah untuk membina kembali kredibiliti Ali Rustam yang telah di pelekehkan pembangkang Melaka dan kemungkinan besar adalah faktor PRK Merlimau yang bakal di adakan.

Rakyat Melaka khususnya sangat menantikan debat tersebut.

Tetapi malangya, ajakkan berdebat cara Ali Rustam kelihatan aneh memandangkan cadangan beliau untuk mengadakan debat adalah di pentas berbeza dan barangkali dengan jarak tertentu. Idea cara debat Ali Rustam juga adalah dengan menjawab tuduhan satu persatu dari tuduhan pembangkang yang di lihat kerap kali di lakukan BN-UMNO Melaka di sepanjang berlangsungnya ceramah PAS.

Perdebatan cara Ali Rustam ini langsung tidak tumpah dengan situasi yang di alami PAS Melaka, khususnya di kawasan beliau, Parlimen Bukit Katil. Sebelum ini telah sedia maklum setiap kali ceramah PAS berlangsung di sekitar Bukit Katil, pasti akan ada satu lagi ceramah UMN-BN di sebelahnya. Dan pastinya ceramah BN-UMNO tersebut hanyalah untuk menyerang dan menjawab tuduhan dari ceramah PAS yang berada bersebelahan.

Apa yang saya boleh simpulkan, cabaran debat Ali Rustam itu hanyalah untuk memberi kredit dan gambaran kepada rakyat Melaka khususnya bahawa kononnya Ali Rustam seorang yang berani, memandangkan isu berdebat ini hangat di perkatakan di peringkat nasional. Maka demi meraih credit dan pengaruh rakyat Melaka khususnya memandangkan Merlimau bakal di adakan pilihanraya.

Saya lampirkan link beberapa artikel lepas yang saya tulis tentang ganggun ceramah atau 'debat cara AliRustam' UMNO di Melaka di SINI(1), sini(2), sini(3) dan sini(4),

Inilah 'debat' ala Ali Rustam.

p/s: terlondeh lagi kredibiliti Ketua Menteri Melaka ini..






No comments: