Sebaliknya kata beliau, perkara ini perlu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi membuat keputusan.
Beliau berkata, amalan lobi-melobi itu lebih cenderung kepada perasaan tidak puas hati apabila ada kalangan individu yang kecewa selepas berharap untuk menjadi calon wakil rakyat, tetapi akhirnya tidak terpilih.
“Bagi saya amalam ini (melobi) tidak sihat kerana akan timbul perselisihan faham apabila individu yang melobi tidak dicalonkan sebagai wakil rakyat.
“Justeru, adalah lebih bijak agar kita memberi kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat sebarang keputusan dalam menentukan calon yang akan bertanding pada pilihan raya akan datang sama ada calon dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) atau parti komponen BN lain,” katanya (sambung)
Komentar:
Sebab itu ramai pemimpin BN 'sakit-sakit'. Bukan sakit fizikal walaupun ramai ADUNnya kembali kerahmatullah di sebabkan sakit. Tapi sakit jiwa, penyakit cinta dunia yang melampau.
Bila di katakan melobi, sudah pasti akan ada aktiviti sogok-menyogok dan rasuah-merasuah, aktiviti ini paling aktif ketika menjelang pilihanraya dan mesyuarat perlantikan. Di mana ketika itu ramailah bapak-bapak berperut buncit berlegar-legar mencari mangsa. Mereka mencari pengikut dan mengira-gira wang dengan percent-percent tertentu untuk di agih-agihkan..Ketika itu yang kawan pun akan menjadi lawan.
Tak hairanlah Mahathir sendiri mengakui bahawa BN-UMNO parti kontrak, AP, lesen dan sebagainya. Sebab keuntungan yang mereka peroleh setelah melobi untuk menjadi calon sungguh lumayan. Perjuangan BN-UMNO sendiri telah tersasar, bukan untuk memperjuangkan Melayu, tapi untuk Kroni. (Mahathir sendiri yg cakap di sini). Buktinya, selama 50 tahun lebih, Melayu masih antara bangsa yang termiskin, padahal PM dan menteri-menteri mereka di kalangan bangsa Melayu. Nak kata negara miskin, Malaysialah antara negara yang paling banyak hasil mahsul dari atas tanah hingga ke dasar laut, terlalu banyak sumber untuk kewangan negara.
Puncanya....perjuangan BN-UMNO itu semata-mata untuk WANG...perjuWANGan Melayu!!
No comments:
Post a Comment