02 August 2009

Rugi RM200 juta?


Berapa juta lagi peruntukan untuk pengenalan konsep 1 Malaysia ini?

Himpunan ISA: Kerugian hampir RM200 juta


KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan menganggarkan kerugian kira-kira RM200 juta yang dialami para peniaga serta kerosakan harta benda ekoran perhimpunan haram Gerakan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sini semalam.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, para pegawai kementeriannya bagaimanapun akan membuat penilaian mengenai kerosakan dan kerugian itu untuk mengetahui jumlah sebenarnya.

"Kita akan cuba dapatkan segala taksiran mengenai kerugian yang dialami serta kerosakan dan ia mestilah berjuta-juta, sekurang-kurangnya, anggaran saya dalam RM100 juta ke RM200 juta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival 1Malaysia "Merealisasikan Wawasan Negara" anjuran Persatuan Penduduk Desa Tasik, Cheras di sini hari ini.

Beliau berkata, anggaran kerugian itu turut mengambil kira bahawa semalam merupakan hari cuti hujung minggu, yang membolehkan penduduk bandar raya ini keluar membeli-belah sempena jualan mega sebagai persiapan menyambut hari raya puasa yang akan disambut pada September ini.

Katanya beliau juga akan turun ke lokasi perhimpunan berkenaan untuk melihat sendiri sejauh mana kerosakan harta benda dalam tempoh terdekat.

Semalam, kira-kira 10,000 penyokong Gerakan Mansuh ISA (GMI) mengadakan demonstrasi jalanan sebagai tanda protes terhadap akta itu di beberapa lokasi tumpuan orang awam seperti Masjid Jamek, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman termasuk pusat beli belah Sogo.

Ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan itu yang menyebabkan kesesakan teruk di sekitar ibu kota, Raja Nong Chik berpendapat bahawa mereka "dijolok" pihak tertentu untuk berbuat demikian.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pun dah kata, ISA akan dikaji balik. Sepatutnya mereka beri peluang kepada kerajaan kaji balik... bagilah pandangan.

"Dalam blog PM pun boleh bagi pandangan, emel pun boleh. Kalau kita kata tak kaji balik, mungkinlah (boleh protes), tapi kita nak kaji balik tak patut ada protes. Saya rasa benda ini dipolitikkan. Itu sahaja. Ini memberi gambaran buruk terhadap negara kepada orang luar," katanya.BERNAMA

sumber, mStar Online

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


p/s:

Aduhai, banyaknya kerugian..RM200 juta? Macam tak percaya je. Jujur dan Ikhlasnya aku memang langsung tidak percaya. Bukan hanya tidak percaya pada angka ini, tetapi juga tidak percaya pada Kementrian Wilayah Persekutuan yang mengeluarkan kenyataan. Senang cerita semua juak-juak UMNO-BN ini aku tidak percaya.

Tidak layak kerajaan hendak cerita tentang kerugian. Lihat cermin siapa yang paling banyak dan pakar mencipta kerugian selain kerajaan UMNO-BN ini. Jika setakat satu hari peniaga alami kerugian, apa sangat, selama 50tahun rakyat telah mengalami kerugian dari salah guna duit rakyat oleh kerajaan. Aku tidak menyalahkan peniaga, walaupun mereka sepatutnya rasa sensntif terhadap nasib rakyat dan tidak hanya memikirkan periuk nasik mereka sendiri sahaja. Media pro-kerajaan sengaja mempergunakan anda, tidak rugi jika anda tutup kedai sehari, hilang mata pencarian, kerana mereka yang ditangkap ISA ini hilang segala-galanya, kasih sayang anak isteri, mata pencarian dan nikmat kehidupan manusia biasa selama 2tahun dan lebih. Anda patut memikirkan.

Buktikan kerugian RM200 juta itu di sebabkan 1 hari himpunan dan buktikan adakah kerosakan yang berlaku disebabkan para peserta himpunan (atau FRU sendiri yang manjadi punca?) Tiada sebab untuk rakyat melakukan kerosakan andai tujuan hanya berhimpun dan berarak. Huru-hara itu sendiri dicetuskan oleh FRU..mana ada orang duduk rileks bila di simbah water-cannon atau gas pemedih mata, sudah tentu mereka akan lari bertempiaran selamatkan diri..orang gila pun boleh berfikir (tetapi juak-juak UMNO ini bermasalah untuk berfikir, terima sahaja bulat-bulat, kami dengar dan kami taat..).

Kerajaan hanya tahu mengkaji, tetapi melaksanakan langsung tiada. Berapa lama kerajaan hendak mengkaji? Satahun, dua tahun? Atau setelah beribu-ribu mangsa menjadi tahanan ISA? Himpunan semalam pun hampir 500 lebih yang ditahan. Masih ada masa untuk mengkaji, kes Beng Hock pun tidak setel, Altantuya lagi tak tahu cerita, Royalti, PKFZ, H1N1, dan banyak lagi. Kerajaan hanya bijak membuat janji, ibarat tin kosong yang diketuk,bunyi kuat tapi kosong..maksudnya cakap pandai buat tak dak..tau-tau keluarlah ’11 hadiah rakyat’ dari PM dengan pelbagai KPI yang indah rupa dari rasa. Aku hendak bagitau himpunan semalam adalah salah satu ’1 hadiah PM’ dari rakyat kepada PM dan kerajaan UMNO-BN. KPI nya adalah lebih 100,000 orang turun membantah (bukan 5000).

Senario sosio-budaya Malaysia menjadi amat buruk sekarang dengan penyempitan ruang demokrasi terhadap rakyat terutamanya Pembangkang dan NGO-NGO lain yang langsung tidak menampakkan isyarat kepada pembaharuan yang positif. Ini menjadi punca dan sebab utama rakyat pada hari ini hilang kepercayaan dengan kerajaan.

Andaikata kerajaan lebih telus, media telus dan semua pihak telus, sudah tentu tiada himpunan. Kebebasan bersuara dan menyatakan hak adalah milik individu dan semua, bukan disekat, dikongkong dan di beri dengan syarat. Jika ia benar maka sepatutnya ia harus di benarkan. Jika tidak, langkah terakhir himpunan ini yang menjadi suaranya. Itu pun masih disekat – unit keselamatan tidak lagi menjadi penyelamat malah menjadi ancaman, media tidak memberi maklumat tetapi memesongkan maklumat. Inilah hadiah dari kerajaan demokrasi 1 Malaysia. Sama-sama kita timbulkan persoalan ’Rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan??’

Wallahu’alam

1 comment:

pencinta ilmu said...

salam..hrmm ana setuju..xkan la kerugian tu smpai rm200 juta??satu angka yg mmg xrelevan..sebenarnya kerugian tersebut dtg dr pihak mereka..kan mmbazir bekalkan water conan kt FRu..kn membazir minyak trak2 polis n FRU..kn mmbazir bayar upah SB n FRU ni..adakah kita rakyat yg mahukan keamanan dan sistem demokrasi yg bersih d anggap penjenayah berbahaya hingga mengarahkan beratus2 polis dan FRU??di manakah kebebasan rakyat bersuara???