30 May 2010

Kos lesen memandu akan di naikkan?


[Berita Astro Awani 30/5/2010]

Kerajaan berkemungkinan akan menaikkan kos perbelanjaan mengambil lesen memandu. Pengarah JPJ Datuk Hj Solah Mat Hasan berkata kos perbelanjaan lesen memandu di naikkan adalah untuk memberikan mutu pembelajaran memandu yang lebih baik untuk masa akan datang. Kerajaan dikatakan tidak dapat mengelakkan perkara ini berlaku memandangkan kerajaan telah banyak memberi subsidi pengangkutan kepada rakyat.

28 May 2010

Himpunan Bantah Judi di Melaka

Rakyat jelata yang hadir...di anggarkan lebih kurang 500 orang yang hadir..



Mesej dari rakyat buat UMNO...

Pesuruhjaya PAS Melaka, Ust Ghani memberi ucapan..


Timbalan Pesuruhjaya PAS, Sdr Adly turut memberi ucapan..


Ucapan dari wakil Perhubungan..


Ketua Pemuda Jasin memberi ucapan..


Wakil PKR Melaka, Sdr Wahab turut memberi ucapan..









Mesej untuk kerajaan BN-UMNO..


Mesej untuk kerajaan BN-UMNO..


Mesej untuk kerajaan BN-UMNO..


Mesej untuk kerajaan BN-UMNO..


25 May 2010

New Sugar Packaging..



Jika rokok boleh buat, gula juga boleh..gula juga membahayakan kesihatan..




Mugilan Nafi Umno Di Sebalik GAS


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan menafikan Umno adalah "pemandu utama" Gerakan Anti Samy (GAS) yang akan dilancarkan pada 30 Mei ini.

Mugilan berkata gerakan itu merupakan ilhamnya sendiri tanpa campurtangan mana-mana pihak dan beliau tidak memerlukan fikiran pihak ketiga kerana mampu berfikir secara rasional demi kepentingan parti.

"Menuding jari kepada pihak ketiga membuktikan bahawa Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dan anaknya S. Vell Paari yang baru dilantik mengikut jalan belakang (sebagai anggota Jawatankuasa Pusat MIC) mula bimbang dengan sokongan yang saya terima," katanya dalam laman blog GAS di sini hari ini.

Mugilan berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Vell Paari bahawa Umno terlibat dalam perhimpunan GAS Ahad ini.

Mugilan mendakwa bagi mengalih perhatian dan sokongan anggota MIC terhadapnya, Vell Paari cuba menyalahkan pihak ketiga iaitu Umno sebagai punca masalah dalaman MIC.

"Saya hendak nasihatkan beliau, jangan salahkan pentas kalau tidak tahu menari, akur dengan kelemahan diri dan insaf. Parti MIC lebih penting daripada kepentingan diri," katanya.

Mugilan berkata MIC pernah menjadi sebuah parti yang kukuh dan kuat dalam mempertahankan kepentingan masyarakat India tetapi kini ia hanya tinggal sejarah.

"MIC menjadi lemah kerana kepimpinannya yang hanya mementingkan diri dan lemah dari segi strategi politik. Kegagalan Samy Vellu memainkan kuasa politik sebagai 'mengawasi dan menegur' dalam BN adalah punca utama kenapa masyarakat India menjauhi BN," dakwanya.

Beliau berkata masyarakat India kini sudah matang dan mainan silap mata oleh Vell Paari tidak lebih dari satu lawak jenaka.

"Satu-satunya ubat yang paling berkesan untuk memulihkan MIC sekarang adalah pengunduran Samy Vellu dengan segera supaya Timbalan Presiden boleh mengambil alih kepimpinan parti dan merangka strategi politik yang betul dan berkesan," katanya. -BERNAMA


p/s: Cerita semakin menarik..adakah UMNO juga terlibat?..

23 May 2010

Krisis MIC, apa pula formula Najib kali ini.


PM Najib Razak memberitahu bahawa pergolakkan yang berlaku di dalam MIC perlu mencari jalan penyelesaian kerana kemelut ini semakin hangat. Katanya, MIC perlu melakukan perubahan segera agar parti komponen BN kembali mendapat sokongan rakyat.

Manakala, TPM, Tan Sri Muhyiddin Yasin pula memberitahu bahawa pergolakkan di dalam MIC yang berlaku tidaklah bergitu serius (baca selanjutnya), ianya di sebabkan 'satu dua' perkara yang berbangkit yang dapat di selesaikan.

Ianya di lihat mendapat perhatian apabila Timbalan Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan di pecat oleh Samy Vellu serta merta akibat desakan beliau yang meminta Ketua MIC itu meletak jawatan.

Dan rentetan daripada itu, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan bertindak menubuhkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) yang bertujuan mendesak presiden parti itu mengundur diri (baca selanjutnya)

Kesimpulannya, parti komponen BN, baik UMNO, MCA atau MIC sudah tidak mampu untuk mengembalikan sokongan rakyat, apatah lagi mengambil kisah tentang kebajikan rakyat. Krisis dalaman parti yang berlaku membuktikan BN hanya sibuk mengambil kisah urusan dalaman parti berbanding urusan rakyat.

Sebagai contoh, Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) yang baru di bentuk ini, apakah ia mampu untuk membantu kebajikan masyarakat India khususnya sedangkan tujuan pernubuhan gerakan itu pun bertujuan untuk menjatuhkan Samy Vellu. Jika adapun, sekadar picisan kerana matlamat utamanya adalah untuk menjatuhkan Samy Vellu. Semuanya berkentingan. V.Mugilan yang sebelum ini tidak di calonkan oleh pimpinan MIC di Hulu Selangor, sebaliknya memilih Kamalanathan yang lebih famous di kalangan pimpinan MIC sendiri yang diketuai oleh Samy Vellu. Samy Vellu pula lebih 'kuku besi' selama beberapa lama tahun pimpinannya.

Bagaimana MIC hendak membantu masyarakat India sedangkan dikalangan pimpinan mereka pun masih tidak bersatu. Sekarang masyarakat India yang menyokong MIC terpaksa membuat pilihan, samada tetap setia bersama MIC di bawah pucuk pimpinan Samy Vellu atau berubah untuk memilih MIC yang dikatakan lebih baik tanpa Samy Vellu dengan menyokong Gerakan Anti Samy Vellu.

BN pula di bawah pucuk pimpinan Najib yang sebelum ini di katakan ada formula untuk membantu krisis MCA dahulu, tidak pastilah akan menggunakan formula yang sama untuk mengatasi masalah dalam MIC. Tetapi yang pasti TPM, Muhyiddin Yasin mengambil langkah 'lepas tangan' dengan campur tangan dan membiarkan ia diselesaikan secara dalaman parti masing-masing.

Mungkin sebab itu BN mengambil langkah untuk tidak memberi sebarang komen berkaitan Judi Bola yang hangat di perkatakan, sebabnya masing-masing sibuk dengan urusan parti masing-masing yang bermasalah. Mungkin Pemuda UMNO dilihat nampak memberi respon tentang hal ini (sumber), walaupun jawapannya kita sudah maklum pasti akan turut SAMA dengan cadangan pimpinan mereka untuk meng-HALAL-kannya.

Walaubagaimanapun, kebimbangan BN pasti semakin memuncak. Apabila terpaksa kembalikan sokongan rakyat khususnya masyarakat Cina yang telah sedar permainan politik BN. Apakah mungkin selepas ini masyarakat India juga turut sama akan sedar dengan tembelang BN? Lebih-lebih lagi krisis dalaman MIC yang berlaku.

Masyarakat Melayu?..Ini yang membimbangkan saya...Wallahualam.


21 May 2010

Lesen Guru pula?



Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan menimbang untuk melaksanakan Lesen Guru. Beliau memaklumkan bahawa kerajaan di bawah Kementrian Pelajaran akan menimbang cadangan Timbalan Menteri Pelajaran itu supaya lesen guru di wujudkan sama seperti lesen doktor, lesen kepada peniaga, dan lesen kepada tenaga profesional lain. Ianya di katakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada guru selain mengiktiraf sumbangan guru kepada masyarakat.

Tambahan lagi, ianya juga bertujuan bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa guru. Erti kata lain, untuk mengelakkan guru yang tidak berkelayakkan mengajar di sekolah-sekolah atau mana-mana tempat. Mereka harus mendapatkan lesen guru yang akan diberikan mengikut kelayakan yang ditentukan.

Saya berpandangan, apakah profesion guru juga memerlukan 'tauliah'..? Seperti yang berlaku hari ini kepada para ustaz ustazah yang harus memiliki tauliah untuk memberi kuliah atau ceramah. Apakah ianya juga satu kaedah kerajaan mengawal 'gerak-geri' para guru seperti yang berlaku kepada para ustaz dan ulama' lain agar para guru tidak 'menyimpang' dari 'skrip' yang di berikan kerajaan.

Ianya dilihat bagaimana sebelum ini yang berlaku di Manek Urai, Dr Mohd Puad Zarkashi tanpa segan meminta 187 guru mengundi Barisan Nasional (BN) yang dikatakan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dilaksanakan kerajaan.

Saya hairan, mangapa kementerian pelajaran agak sibuk dengan perkara yang dilihat tidak begitu penting seperti pemberian lesen ini, apakah pemimpin kerajaan tidak melihat bagaimana mutu pendidikan sekolah tidak begitu baik, ianya melihat kepada implikasi terhadap masalah gejala sosial yang tinggi di kalangan pelajar, ianya melibatkan proses pendidkan di sekolah yang banyak kelemahan. Sepatutnya kementerian pelajaran mengutamakan mutu pendidikan dari sudut substatifnya seperti matapelajaran di sekolah, kokurikulum dan pembentukan sahsiah murid-murid.

Walaubagaimanapun, ianya masih di peringkat awal cadangan lesen Guru ini. Banyak perkara yang mungkin boleh di pertimbangkan dan mungkin ada positifnya jika hendak dibandingkan dengan menimbang untuk memberi lesen judi. Bagi saya pemberian lesen guru itu haruslah telus dan adil, ia juga perlu di maklumkan kelayakan yang bagaimana seseorang guru itu layak mengajar. Dan yang penting tidak di politikkan dengan politik kepartian seperti yang berlaku sebelum ini.

Wallahualam

p/s : Biarlah kerajaan yang gemar menimbang itu timbang-timbang dahulu...

20 May 2010

Apabila Otai MIC mengamuk...

Dey Roberto, why peoples always don't understand me..?


Timbalan Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan di pecat. (click)

Ayoyo..what happen..Samy Vellu?.

Saya berpandangan, MIC kini memang sudah tidak lagi relevan untuk masyarakat India. Ke'diktator'an Samy Velly yang memecat V.Mugilan atas dasar tidak senangnya beliau terhadap Timbalan Ketua Pemuda nya itu yang sering kali membidas kepimpinan Samy Vellu di lihat suatu krisis dalaman parti yang serius. Hilang kepercayaan.

Beberapa hari lepas apabila Samy Vellu mengumumkan penarikan jawatan beliau di dalam MIC yang akan berlaku pada tahun 2011, dengan tak semena-mena V.Mugilan yang sudah lama 'tak puas hati' menempelak Bosnya itu, iaitu dengan meminta Samy Vellu melepaskan jawatan sekarang.

Arakiannya, apabila api di simbah minyak, maka terjadilah apa yang berlaku hari ini, pemecatan V.Mugilan. Bukankah bosnya itu akan berundur pada tahun 2011? Apakah V.Mugilan tak paham bahasa Bahasa Tamil?

Sememangnya MIClah parti yang cekap, V.Mugilan tak tahu Samy Vellu seorang yang cekap..on the spot terus buat..apatah lagi apabila 'berkata-kata'..cepat sahaja memberi alasan berdalih. Memang cekap.

Kisah ini akan terus bermain, selagi Samy Vellu menjadi pengarahnya, dan juga selaku pelakon utamanya..ingatlah kata-kata hikmah beliau.."Saya tidak akan undur macam orang Bodoh"..Siapa yang ingkar, maka samalah nasibnya seperti V.Mugilan..

Teruskan perjuWANGan..MIC..!!

p/s: "Saya tidak akan undur macam orang Bodoh",..tapi saya akan pecat orang-orang yang bodoh..;p

19 May 2010

Ghaibkah Ashaari Muhammad?




Kita amat-amat mengharapkan semoga dengan kematian Ashaari Muammad pada tanggal 13 Mei 2010, menjadi hujah bahawa segala ramalan dan dakwaan yang dicanang-canangkan oleh para pengikut al-Arqam (sekarang Global Ikhwan) selama ini adalah palsu dan rekaan semata-mata.


Biarlah kematian Ashaari ini melahirkan kesedaran dan keinsafan kepada mereka bahawa Abuya yang mereka agung-agungkan itu hanyalah seorang manusia biasa yang tidak boleh lari malah tidak boleh berunding untuk menerima atau menolak kematian. Sebagaimana Rasulullah SAW, junjungan besar yang merupakan manusia teragung pernah tercipta di dunia ini, wafat dengan sebenar-benar wafat (bukan ghaib kubra atau sughra), apatah lagi kita yang hanya bertaraf umat Baginda SAW. Lihatlah bagaimana para sahabat terkasima di saat kewafatan Rasulullah SAW sehingga ada antara mereka yang meragui pemergian Baginda SAW menemui Kekasihnya. Lalu Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq bertindak sebagai pemberi ingatan. Abu Bakar lalu bangkit sambil menuturkan kata-kata berikut:


Bermaksud: “Barangsiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah wafat, tetapi barangsiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu Maha Hidup dan tidak menerima kematian”.


Dan tidaklah Muhammad itu kecuali seorang Rasul. Sudah berlalu rasul-rasul lain sebelumnya. Kerana itu, Apakah jika Muhammad meninggal dunia atau terbunuh,kamu akan murtad dan kembali kepada agama nenek moyang kamu?.Sungguh barang siapa murtad kembali kepada agama nenek moyang,tidak sedikit pun menimbulkan kerugian kepada Allah SWT.Dan Allah akan menganjarkan pahala bagi orang-orang yang bersyukur.”
Ali-Imran 144


Apa yang penting selepas kematian Ashaari, kita ingin melihat sejauhmana kepercayaan al-Arqam terhadap fahaman ghaibat al-imam (keghaiban imam) yang menjadi aqidah pegangan mereka selama ini masih utuh. Adakah fahaman ini akan terus kekal kerana pengganti imam (iaitu Ashaari Muhammad yang dianggap sebagai Pemuda Bani Tamim) telah meninggal dunia sedangkan Imam Mahdi (iaitu Syeikh Muhammad al-Suhaimi) masih belum muncul-muncul lagi.


Secara akalnya, sudah tentu ini menjadi bukti kedangkalan kepercayaan ini! Masakan Ashaari yang dikatakan mengambil tempat Imam Mahdi sementara menantikan kemunculannya tiba-tiba meninggal dunia pula? Apa akan jadi jika sekarang tiba-tiba Imam Mahdi muncul? Siapakah yang akan menyambut ketibaannya sedangkan Pemuda Bani Tamim telah meninggal dunia?


Di sinilah timbulnya kebimbangan kita, mungkinkah akan timbul pula teori rekaan terbaru kononnya Abuya belum mati? Sebaliknya Abuya hanya ‘ghaib’ dan akan menjelma semula berjuang bersama-sama Imam Mahdi. Namun persoalan tetap timbul siapa yang mengetahui bahawa Abuya tidak mati dan akan kembali?


Jika selama ini hanya Abuya yang boleh berinteraksi dengan Allah, nabi, malaikat dan rijalul ghaib, sekarang siapa pula yang akan mengambil tempat Abuya sementara menunggu Abuya muncul? Jika ada, bermakna orang tersebut sudah tentulah tidak kurang hebatnya seperti Abuya. Mungkin akan ada pula nanti Pemudi Bani Tamim atau Bintu Bani Tamim dan macam-macam lagi. Tapi persoalan masih tak selesai kerana jika ditakdirkan Allah SWT, si pengganti sementara Abuya itu juga mati? Apa akan jadi? Ghaib juga kah…wahakaza al-daur wa al-tasalsul la nihayata laha…


Di sinilah bermula dan berakhirnya aqidah yang batil dan palsu rekaan manusia. Tiada sumber yang boleh dijadikan pegangan, hanya dipenuhi dengan ramalan-ramalan dan telahan-telahan yang tidak berpenghujung. Akal yang waras pasti akan menafikannya.


Aqidah al-Arqam ini jelas bukan bersumberkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Ia bersumberkan aqidah bid’ah dipopularkan oleh golongan Syiah. Tetapi golongan Syiah hanya mengatakan bahawa Imam Kedua Belas mereka yang ghaib dan ia tidak berlaku kepada pengganti-pengganti imam. Adapun, bagi al-Arqam, sudah kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan kononnya Ashaari masih hidup, hanya ghaib dan akan kembali. Jika aqidah ini lah yang menjadi pegangan mereka, ini bermakna berlaku dua keghaiban dalam satu masa.


Imam yang sebenar dan pengganti imam! Sangat kreatif kerana Syiah sendiri hanya mengatakan Imam Mahdi (Muhammad bin Hasan al-Askari) yang ghaib. Kaedah menyebut: “al-Faqid’ la yu’thi” bermaksud “Yang tidak memiliki tidak boleh memberi”. Logiknya, bagaimana yang ghaib boleh jadi pengganti kepada yang ghaib?


Seterusnya, jika sebelum ini yang ditunggu-tunggu adalah Imam Mahdi (Syeikh Muhammad al-Suhaimi), tetapi kini yang ditunggu-tunggu adalah pengganti Imam Mahdi pula iaitu Abuya Ashaari Muhammad. Kesimpulannya, siapa sebenarnya yang ditunggu? Adakah ‘jadual Allah’ telah bertukar?


Jika benar, siapa yang mampu menilik jadual Allah itu sehingga berani mengatakan, “Sekarang kita dah tukar plan B”. Begitulah sifat aqidah yang batil. Ia tidak akan melahirkan kebenaran tetapi hanya akan mencambahkan lebih banyak kebatilan. Kebatilan di atas kebatilan dan begitulah seterusnya.


18 May 2010

Rehat sebentar sambil Berselawat




1) Sabda Rasulullah s.a.w."Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat"

Syafaat Nabi di akhirat nanti ada 5 jenis

i) Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.

ii) Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.

iii) Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.

iv) Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.

v) Syafaat untuk menaikkan makam ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.

2) Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w. (dengan izin Allah jua)

"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. " - Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib

3) Mendapat keampunan dosa dari Allah.

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. " Hadith Riwayat Ad-Dailami

4) Diberi pahala dari Allah s.w.t. - Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim

"Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku 'Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari ummatmu, Allah s. w. t. mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluhdarjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya."

5) Mendapat ketenangan jiwa

"Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan penghapus dosa) bagimu." - Rasulullah s.a.w

6) Mendapat rahmat dari Allah

"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali. " - Riwayat Muslim

7) Mendapat hajat dunia dan akhirat.

"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga
puluh untuk dunia. " - Riwayat Ibnu Majah

8) Digembirakannya dengan syurga.

"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka dia tidak akan matt sehingga dia digembirakan dengan syurga. " - Riwayat Abus Syaikh dari Anas r.a

9) Menjadi orang yang terdekat kepada Nabi s.a.w. di akhirat nanti.

"Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan akupada hari kiamat adalah merekayang lebih banyak berselawat kepadaku" - Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban

Wallahualam, moga kita dapat amalkan Selawat sepanjang hidup kita..

"Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. " - Rasulullah s.a.w

17 May 2010

Tahukah Anda..?




Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK. YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni. (jangan lihat lama-lama, terutamanya di tempat awam hehe..)




Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa. (tak percaya anda juga boleh cuba menguek..pasti sumbang..hehe)




Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Benar! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.




Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses. (Nice..pakailah tebal-tebal..)




Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.




Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi-penjudi dengan taruhan mereka. (Malaysia apa macam, kerajaan tak nak buat ke..?)




Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby'.




Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada. (ye ker..?)




Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas untuk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas. (haha..lepas ni korang mesti cepat-cepat jauhkan berus gigi korang dengan lubang jamban..)





Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika. (??..)




Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorpe'.




Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata. (tak percaya try buat, nak tengok biji mata korang tersembul keluar atau tak..)




Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala. (kuasa Allah..Subhanallah..)




Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.




Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad. (bangganya aku..;p)




Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.(keh..keh..abis tu diorang pakai apa sebelum tu..?)




Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley’s gum.




Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.




Mengikut statistik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.




Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.(banyak-banyaklah tidur..;p)




Terdapat banyak telefon di Washington D.C. mengalahkan penduduknya.




Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.(tips yang baik..:))




Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.




Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

p/s: sekadar berkongsi, kesahihan fakta-fakta di atas masih belum pasti..ambil yang baik, buang yang buruk...

Credit to : http://abyrad.blogspot.com/2009/11/adakah-anda-tahu.html