23 May 2010

Krisis MIC, apa pula formula Najib kali ini.


PM Najib Razak memberitahu bahawa pergolakkan yang berlaku di dalam MIC perlu mencari jalan penyelesaian kerana kemelut ini semakin hangat. Katanya, MIC perlu melakukan perubahan segera agar parti komponen BN kembali mendapat sokongan rakyat.

Manakala, TPM, Tan Sri Muhyiddin Yasin pula memberitahu bahawa pergolakkan di dalam MIC yang berlaku tidaklah bergitu serius (baca selanjutnya), ianya di sebabkan 'satu dua' perkara yang berbangkit yang dapat di selesaikan.

Ianya di lihat mendapat perhatian apabila Timbalan Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan di pecat oleh Samy Vellu serta merta akibat desakan beliau yang meminta Ketua MIC itu meletak jawatan.

Dan rentetan daripada itu, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan bertindak menubuhkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) yang bertujuan mendesak presiden parti itu mengundur diri (baca selanjutnya)

Kesimpulannya, parti komponen BN, baik UMNO, MCA atau MIC sudah tidak mampu untuk mengembalikan sokongan rakyat, apatah lagi mengambil kisah tentang kebajikan rakyat. Krisis dalaman parti yang berlaku membuktikan BN hanya sibuk mengambil kisah urusan dalaman parti berbanding urusan rakyat.

Sebagai contoh, Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) yang baru di bentuk ini, apakah ia mampu untuk membantu kebajikan masyarakat India khususnya sedangkan tujuan pernubuhan gerakan itu pun bertujuan untuk menjatuhkan Samy Vellu. Jika adapun, sekadar picisan kerana matlamat utamanya adalah untuk menjatuhkan Samy Vellu. Semuanya berkentingan. V.Mugilan yang sebelum ini tidak di calonkan oleh pimpinan MIC di Hulu Selangor, sebaliknya memilih Kamalanathan yang lebih famous di kalangan pimpinan MIC sendiri yang diketuai oleh Samy Vellu. Samy Vellu pula lebih 'kuku besi' selama beberapa lama tahun pimpinannya.

Bagaimana MIC hendak membantu masyarakat India sedangkan dikalangan pimpinan mereka pun masih tidak bersatu. Sekarang masyarakat India yang menyokong MIC terpaksa membuat pilihan, samada tetap setia bersama MIC di bawah pucuk pimpinan Samy Vellu atau berubah untuk memilih MIC yang dikatakan lebih baik tanpa Samy Vellu dengan menyokong Gerakan Anti Samy Vellu.

BN pula di bawah pucuk pimpinan Najib yang sebelum ini di katakan ada formula untuk membantu krisis MCA dahulu, tidak pastilah akan menggunakan formula yang sama untuk mengatasi masalah dalam MIC. Tetapi yang pasti TPM, Muhyiddin Yasin mengambil langkah 'lepas tangan' dengan campur tangan dan membiarkan ia diselesaikan secara dalaman parti masing-masing.

Mungkin sebab itu BN mengambil langkah untuk tidak memberi sebarang komen berkaitan Judi Bola yang hangat di perkatakan, sebabnya masing-masing sibuk dengan urusan parti masing-masing yang bermasalah. Mungkin Pemuda UMNO dilihat nampak memberi respon tentang hal ini (sumber), walaupun jawapannya kita sudah maklum pasti akan turut SAMA dengan cadangan pimpinan mereka untuk meng-HALAL-kannya.

Walaubagaimanapun, kebimbangan BN pasti semakin memuncak. Apabila terpaksa kembalikan sokongan rakyat khususnya masyarakat Cina yang telah sedar permainan politik BN. Apakah mungkin selepas ini masyarakat India juga turut sama akan sedar dengan tembelang BN? Lebih-lebih lagi krisis dalaman MIC yang berlaku.

Masyarakat Melayu?..Ini yang membimbangkan saya...Wallahualam.


No comments: