05 May 2010

Dialog Zahid dan Ehud Barak...aku respect dan...?



Saya sungguh respect dengan Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi. Dalam lawatan beliau tahun lepas melawat Perdana Menteri Israel, Ehud Barak.

Pertemuan yang dikatakan tidak dirancang itu adalah berkaitan dengan sebuah pertunjukkan antarabangsa aeronautic dan udara ke 48 di Paris pada 16 Jun 2009.

Dalam pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu, ada dialog belaku antara mereka.

Uhud Barak berkata kepada Zahid, "abangku," kita adalah anak Adam."

Jawab Zahid pula selepas itu, "ya, kita berdua sama."

Sambung Zahid lagi,"Tetapi kamu mengamalkan pilih kasih – tangan kanan kamu menawarkan perdamaian, tetapi tangan kiri kamu membunuh abang dan adik di Palestin".

Zahid memberitahu, jika beliau hanya mahu bertemunya untuk menghulurkan tangannya, sebagai menteri pertahanan Malaysia ketika itu saya tidak akan mengiktiraf Israel. (http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=3988)

Nah, ini yang membuatkan saya respect pada Zahid. Soal betul atau tak apa yang dikatakan beliau bukan persoalan bagi kita. Juga soal keberanian Zahid berkata sedemikian juga tak perlu kita soalkan..

Tapi persoalan yang boleh kita soalkan adalah, apakah Menteri Kerajaan 1 Malaysia ini betul-betul tidak mengiktiraf Israel..tetapi mengiktiraf APCO..???

Apakah dengan menafikan Israel itu bukan sebuah negara yang diiktiraf bermaksud boleh untuk mengiktiraf APCO itu yang merupakan sebuah perunding atau agen Israel Yahudi?

Atau APCO itu juga tidak ada kena mengena dengan kematian saudara se-Islam kita di Palestin?

Persoalan ini sudah ada jawapannya..kita sendiri tahu menjawabnya..

Soalnya berbalik kepada para pemimpin negara yang jahil lagi tak sedar-sedar diri..

Wallahu'alam

p/s: aku respect dan suspect...

No comments: