01 May 2010

Kejohanan PASTI Kawasan Bukit Katil

Siang tadi tamat sudah kejohanan tahunan Sukan PASTI Kawasan Bukit Katil yang di adakan di Paya Dalam. Dimana, PASTI Al-Hadi menjadi tuan rumah untuk kejohanan kali ini.

Kejohanan kali ini berlangsung dengan suasana yang sangat meriah dan ceria. Riak wajah keriangan yang bukan sahaja terpamer di wajah anak-anak kecil PASTI tetapi juga oleh guru-guru dan ibu bapa kepada anak-anak ini. 



Pertandingan bola jaring, adik-adik kecil kelihatan begitu semangat sekali bermain.



Pertandingan perbarisan yang dimenangi oleh kontijen dari PASTI Al-Kauthar



Pertandingan futsal, berlari mengejar bola.



Adik-adik kecil begitu lincah bermain



Pertandingan futsal di menangi oleh PASTI Sri-Jati, yang merupakan juara tahun lepas, Tahniah di ucapkan. 



Kehadiran penyokong yang ramai.


Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang dikurniakan Tuhan. Cuaca baik walaupun panas kejohanan di jalankan dengan lancar. 

Moga-moga Sukan PASTI dapat di teruskan di masa-masa akan datang. Wallahualam

p/s: As-Solehah belum menang....cuba lagi tahun depan..

Gambar: Kredit kepada http://angkasanuri.blogspot.com/

No comments: