Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan menimbang untuk melaksanakan Lesen Guru. Beliau memaklumkan bahawa kerajaan di bawah Kementrian Pelajaran akan menimbang cadangan Timbalan Menteri Pelajaran itu supaya lesen guru di wujudkan sama seperti lesen doktor, lesen kepada peniaga, dan lesen kepada tenaga profesional lain. Ianya di katakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada guru selain mengiktiraf sumbangan guru kepada masyarakat.
Tambahan lagi, ianya juga bertujuan bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa guru. Erti kata lain, untuk mengelakkan guru yang tidak berkelayakkan mengajar di sekolah-sekolah atau mana-mana tempat. Mereka harus mendapatkan lesen guru yang akan diberikan mengikut kelayakan yang ditentukan.
Saya berpandangan, apakah profesion guru juga memerlukan 'tauliah'..? Seperti yang berlaku hari ini kepada para ustaz ustazah yang harus memiliki tauliah untuk memberi kuliah atau ceramah. Apakah ianya juga satu kaedah kerajaan mengawal 'gerak-geri' para guru seperti yang berlaku kepada para ustaz dan ulama' lain agar para guru tidak 'menyimpang' dari 'skrip' yang di berikan kerajaan.
Ianya dilihat bagaimana sebelum ini yang berlaku di Manek Urai, Dr Mohd Puad Zarkashi tanpa segan meminta 187 guru mengundi Barisan Nasional (BN) yang dikatakan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dilaksanakan kerajaan.
Saya hairan, mangapa kementerian pelajaran agak sibuk dengan perkara yang dilihat tidak begitu penting seperti pemberian lesen ini, apakah pemimpin kerajaan tidak melihat bagaimana mutu pendidikan sekolah tidak begitu baik, ianya melihat kepada implikasi terhadap masalah gejala sosial yang tinggi di kalangan pelajar, ianya melibatkan proses pendidkan di sekolah yang banyak kelemahan. Sepatutnya kementerian pelajaran mengutamakan mutu pendidikan dari sudut substatifnya seperti matapelajaran di sekolah, kokurikulum dan pembentukan sahsiah murid-murid.
Walaubagaimanapun, ianya masih di peringkat awal cadangan lesen Guru ini. Banyak perkara yang mungkin boleh di pertimbangkan dan mungkin ada positifnya jika hendak dibandingkan dengan menimbang untuk memberi lesen judi. Bagi saya pemberian lesen guru itu haruslah telus dan adil, ia juga perlu di maklumkan kelayakan yang bagaimana seseorang guru itu layak mengajar. Dan yang penting tidak di politikkan dengan politik kepartian seperti yang berlaku sebelum ini.
Wallahualam
p/s : Biarlah kerajaan yang gemar menimbang itu timbang-timbang dahulu...
5 comments:
salam. lesen lesen..
hurm..nak ikat kaki cikgu2..
tapi..sejauh mana seteguh mana boleh ikat??hai..
manusia..
cari apa saja jalan utk berkuasa~
Dan sudah menjadi kelaziman.. timbangannya senget sebelah
lesen guru....
1. jika dilihat dasar kementerian pelajaran sekarang yang telah melaksanakn program ijazah sarjana muda perguruan, ia merupakan satu tempoh yang pnjang untuk mndapat kelayakan sbg seorng guru.. jika diteliti betul2... sijil ijazah itu merupakan satu lesen yang mmbolehkn seorng guru mengajar.
2. guru sandaran tidak terlatih. kebanyakn guru sandaran tidak terlatih tidak mempunyai kelayankn untuk mngajar. jika diwujudkn lesen guru maka tidak wujudlh guru sandaran tidak terlatih kerana mereka tidak mempunyai lesen. masalah kekurngn guru d kawasan luar bndar khususnya akn berlarutn.
3. kenapa perlu diwujudkn lesen guru sedangkn kelayankn menjadi seorng guru telha pun dikecapi setlh mndpt izajah atau diploma.
4. jika hendak dibndingkn dengn profesion lain,pekerjaan guru adlh berlain, tidak bolh disamankn dengan doktor ,mekanik, jurutera, pilot dan sebagainya yang memerlukan lesen.
5. jika lesen guru diwujudkn, maka seeloknya semua jenis pekerjaan termasuk ADUN, Menteri juga perlu diwujudkan lesen. kerana golongan ini juga yang banyak mnyumbang ke arah pembngunan negara serta terlibat dengn rasuah dan sebagainya.
3.
to insanlemah: sabar banyak2 ye cikgu..nak buat macam mana..inilah 1 Malaysia..
to Andric:
Saya bersetuju dengan pndangan anda..
Bila mana kerajaan memandang rendah istitusi pengajian tinggi maka inilah jadinya.
Saya sebagai bekas mahasiswa pun merasakan pengajian di kampus itu hanya sekadar memperoleh segulung ijazah sedangkan kehidupn di kampus itu byk lagi add value yg boleh di dapati.
Malangnya kelesuan mahasiswa turut d pandang oleh masyarakt luar lebih2 lg setelah graduasi gagal mndaptkan kerja.
Sy berpandangn andai institusi pndidikan dapt di tingkatkn lagi mutunya tnpa ada cmpurtangan pihak luar yg brkepentingan, maka soal lesen guru tidak timbul. Kerana graduan yg lahir dr bidang ini telah trbukti layak utk mngajar..
p/s: kemntrian pndidikn tinggi khususnya prlu sedar dan mbil tindakan sbb kenapa universiti malaysia semakin jatuh merundum rangkingnya..
Post a Comment