Pada suatu hari seorang pakcik melalui sebuah lorong di belakang deretan kedai di Kuala Lumpur. Lorong tersebut sudah di ketahui ramai sebuah lorong 'panas' dengan kegiatan pelacuran dan maksiat. Namun tujuan pakcik tersebut melalui lorong tersebut bukanlah bertujuan dengan tujuan 'yang tidak baik', sekadar lalu sahaja.
Dipendekkan cerita, sedang pakcik tersebut melalui lorong tersebut, terserempaklah dia akan seorang lelaki atau perempuan yang di lihat secara luarannya, sukar di ketahui identiti sebenarnya melainkan jika melihat tanda sebiji halkum dan beberapa helai bulu kasar di pehanya. Melihatkan lelaki atau wanita itu yang gundah gulana beserta riak wajah yang seakan 'stress', datanglah pakcik tersebut menghampiri dia bertanyakan masalah yang menimpa lelaki atau wanita yang berkeadaan sunggul tersebut.
"Mengapa ni adik, nampak macam ada problem je..", tanya pakcik itu.
"Tak de lah pakcik, saya kecewa dengan sikap orang ramai, selalu pandang hina pada saya, orang selalu padang saya KOTOR, JIJIK, MENGGELIKAN , saya sedar siapa saya", luah lelaki atau perempuan tersebut.
Melihatkan mukadimah yang di luahkan beliau, pakcik tersebut berminat untuk mendengar.
"Apa yang berlaku, ceritakan pada pakcik, mungkin pakcik boleh bantu" , kata pakcik.
"Ikhlas saya katakan, saya ini 'pelacur profesional' pakcik, walau apa pun yang saya buat, saya tetap JAGA KEBERSIHAN, walaupun orang kata saya KOTOR di dalam, tetapi luar saya BERSIH, SUCI dan MURNI pakcik, percayalah.., Bak kata omputih "don't judge a book by its cover".." ujar 'pelacur profesional' dengan madah berhelah beliau.
"Oh begitu, mengapa tak bagitau je perkara sebenar pada orang yang tuduh kamu ni Kotor, Jijik dan sebagainya, mereka mungkin tak tau yang kamu tetap jaga kebersihan walaupun kamu pelacur profesional.." pakcik tersebut cuba memberikan cadangan.
"Eh, tak mahulah saya pakcik" tegas 'pelacur profesional' itu kepada pakcik tersebut.
"Kenapa pula?" soal pakcik itu.
" Saya malu la pakcik, saya ni pelacur, walaupun kadang-kadang saya TAK RELA atau TERPAKSA melakukannya, tapi nak buat macam mana, itu rezeki saya" jelas pelacur profesional itu.
Sambung pelacur profesional itu lagi...
"Tak pelah pakcik, biarlah mereka nak kata apa pada saya, biar dia jawab dengan tuhan kat akhirat nanti, saya tak halalkan dunia akhirat..saya simpan ia sabagai BUKTI sampai tiba masanya nanti " jawab 'pelacur profesional' dengan tawaduknya.
"aaaaaaaaaaaaaaa......" kata pakcik dengan mulut terngaga.
Tamat (di olah dari versi 1)
p/s: kisah ini ada kena mengena dengan seseorang yang hidup dan yang tunggu nak mati..
No comments:
Post a Comment